CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Drebar Van Sekolah Ganti Bini Ditahan Jpj !

18-4-2014 10:02 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6507| Komen: 13

Description: Valluvan Berkata, Operasi Berkenaan Turut Diadakan Di Beberapa Kawasan Di Selangor Seperti Ijok, Banting, Semenyih, Kalumpang Serta Kuala Selangor, Bertujuan Memastikan Pemandu Bas Sekolah Memenuhi Sy ...
Shah Alam: Seorang pemandu bas sekolah warga India ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Ops Khas Bas Sekolah di Seksyen 7, dekat sini tengah hari semalam, berikutan tidak memiliki Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).

Pengarah JPJ Selangor V Valluvan berkata, dalam operasi kira-kira jam 12 tengah hari itu, lelaki berusia 38 tahun itu memberi alasan dia memandu kenderaan berkenaan kerana menggantikan isterinya yang kurang sihat.

Beliau berkata, lelaki terbabit yang hanya mempunyai lesen D merayu untuk dilepaskan, namun rayuan itu tidak boleh diterima kerana ia membabitkan keselamatan orang lain.

“Sehubungan itu, kita mengambil tindakan terhadapnya dan mengeluarkan saman selain memanggil isterinya supaya mengambil kenderaan berkenaan atau ia disita.

Bagaimanapun tidak lama kemudian, wanita terbabit hadir untuk mengambil semula bas berkenaan,” katanya.

Valluvan berkata, operasi berkenaan turut diadakan di beberapa kawasan di Selangor seperti Ijok, Banting, Semenyih, Kalumpang serta Kuala Selangor, bertujuan memastikan pemandu bas sekolah memenuhi syarat yang ditetapkan JPJ selain memastikan keselamatan pelajar terjamin semasa menggunakan perkhidmatan bas sekolah.

“Sepanjang operasi itu, JPJ memeriksa 294 kenderaan dan 132 notis dikeluarkan terhadap pemiliknya atas pelbagai kesalahan.

“Sebanyak 146 kesalahan dikesan antaranya membabitkan pemandu yang tamat tempoh PSV, salah guna van persendirian, tiada perlindungan insuran pengangkutan, gagal menyelenggarakan kenderaan, lampu brek gagal berfungsi, menggunakan tayar botak dan tidak mempunyai cukai jalan,” katanya.

PENGUAT kuasa memeriksa makanan ringan yang turut dijual di dalam bas dipandu lelaki warga India terbabit.


3

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 18-4-2014 06:50 AM

PENGUAT kuasa memeriksa makanan ringan yang turut dijual di dalam bas dipandu lelaki warga India terbabit.
Quote tongkatwaran75 18-4-2014 06:51 AM
[youtube]XOv0tkYWgj4#t[/youtube]
Quote otai_g 18-4-2014 08:58 AM
ganti bini bawak bas...

apa da ingt ganti bini kawen lain ker...
Quote -electrifying- 18-4-2014 09:54 AM
JPJ mmg xde dolak dalih nye, ko redha jela bro
Quote shamsadis 18-4-2014 10:01 AM
ada jugak ramai perempuan yang kahwin dengan lelaki warga asing
Quote pakweneelofa 18-4-2014 11:23 AM
India datang sini pliz jngn merogol eh..nk merogol balik negara lu orang ahh
Quote hambaallah1709 18-4-2014 02:26 PM
mase mengajar disekolah lame dulu...
anak pengusaha bas sekolah sendiri pandai bawa bas sekolah yang besar tu...in vase mak dia tak dapat bawak or ade hal lain anaknye ganti...
nak tau tak anak nye umur berapa? tingkatan 3... bwk bas sekolah yang dalam tu murid2 sekolah rendah
Quote sapp73 18-4-2014 02:31 PM
hambaallah1709 posted on 18-4-2014 02:26 PM
mase mengajar disekolah lame dulu...
anak pengusaha bas sekolah sendiri pandai bawa bas sekolah yan ...

teruknya....anak dia tu tentunya memang takde lesen
Quote exclusive_vvip 18-4-2014 02:39 PM
hambaallah1709 posted on 18-4-2014 02:26 PM
mase mengajar disekolah lame dulu...
anak pengusaha bas sekolah sendiri pandai bawa bas sekolah yan ...

sekolah uols x report ka?
Quote mak_wa95 18-4-2014 02:59 PM
Warga india...???  Ingatkan keturunan india...
Quote haryatie 18-4-2014 03:05 PM
hambaallah1709 posted on 18-4-2014 02:26 PM
mase mengajar disekolah lame dulu...
anak pengusaha bas sekolah sendiri pandai bawa bas sekolah yan ...

waaa..berani giler kasi ank tu bwak bas seklah..
mmg brutal la..
xde lak org report...
Quote gaara_X 18-4-2014 03:22 PM
pergh!!...bahaya woo....
Quote hambaallah1709 18-4-2014 06:46 PM
haryatie posted on 18-4-2014 03:05 PM
waaa..berani giler kasi ank tu bwak bas seklah..
mmg brutal la..
xde lak org report...

org kg sini juga..sekolah lame dulu kt sabah..sekolah kg.
budak tingkatan 3 tu bekas murid sekolah tu rendah kat kg. tu juga...selamba je lambai tangan kt cikgu sambil bawak bas...aduyaii...bukan yg van tapi bas

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.055082 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top