KETIKA ramai pihak menuduh Hrithik Roshan 'besar kepala' kerana meminta bayaran tinggi untuk projek terbaharunya, Shuddhi, lain pula ceritanya dengan Karan Johan yang membela aktor itu. Sebelum ini timbul khabar bahawa Hrithik bercadang untuk menolak tawaran filem Shuddhi kerana bayaran yang rendah, namun selepas ditawarkan bayaran yang tinggi termasuk keuntungan dibahagi kepadanya baharulah Hrithik menerima tawaran tersebut. “Artikel itu tidak benar sama sekali, apatah lagi ia menyatakan Hrithik meminta pembahagian keuntungan yang besar. Bagi saya berita itu tidak benar dan tidak ada fakta,” ujar Karan menerusi akaun Twitternya.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-3-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.053904 second(s), 33 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.