CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Saya Yang Buat Keputusan..Bukan Anwar.

18-4-2014 06:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7214| Komen: 32

Description: Beliau Menjawab Soalan Tambahan Dari Adun Dengkil, Shahrum Mohd Sharif Berhubung Keperluan Jawatan Penasihat Ekonomi Ekoram Keputusan Besar Seperti Kenaikan Gaji Exco Dan Adun Dilihat Tidak Merujuk Ke ...

                                                                                                                              


SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa sebarang keputusan melibatkan negeri ini dibuat olehnya bukan Penasihat Ekonomi, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
       
Abdul Khalid berkata, ia ekoran tugasnya sebagai ketua eksekutif yang bertanggungjawab dalam setiap keputusan.
       
"Ada perkara yang kita bincang. Selepas itu keputusan terletak pada tangan ketua eksekutif.
       
Saya tak boleh kata keputusan itu dibuat oleh penasihat...keputusan dibuat oleh Menteri Besar," katanya pada sidang Dun Selangor, hari ini.
       
Beliau menjawab soalan tambahan dari Adun Dengkil, Shahrum Mohd Sharif berhubung keperluan jawatan Penasihat Ekonomi ekoram keputusan besar seperti kenaikan gaji Exco dan Adun dilihat tidak merujuk kepada Anwar selaku Penasihat Ekonomi.
       
Mengulas lanjut, Abdul Khalid mengambil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai contoh dalam membuat sebarang keputusan.
       
"Dari semasa ke semasa, kita ada buat perbincangan. Perdana Menteri (PM) pun ada buat perbincangan dengan penasihat-penasihat. Tapi keputusan dibuat oleh PM.
       
"Saya boleh jadi terperanjat jika PM kata 'keputusan ini saya buat bersama dengan penasihat'," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Anak_Nogori 18-4-2014 05:46 AM
Abdul Khalid: Saya bukan pak turut Anwar
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
13 April 2014
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services5

    Abdul Khalid: Saya bukan pak turut Anwar        Abdul Khalid bersama pimpinan dan ahli PKR Kedah hari ini.

< 1 / 1 >

ALOR SETAR - Bukan semua cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim diterima bulau-bulat, tegas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Ada cadangan Anwar yang saya boleh terima dan ada juga cadangan dia yang saya dengar tapi tak terima,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu bukan satu kesalahan atau kebiadaban tetapi menunjukkan sikap seorang pemimpin yang boleh menerima cadangan dan kritikan.

Bagaimanapun, beliau beranggapan Ketua Umum PKR itu adalah seorang pemimpin yang sangat cekap dalam berpolitik.

“Saya juga nak menyumbang pengalaman saya dan apa yang  saya lakukan di Selangor untuk parti. Itu yang saya mahu dan rasa boleh jadi gandingan dengan Anwar dan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Siapa saja jadi Presiden PKR, saya tiada masalah sebab kami boleh bergandingan. Walaupun saya rapat dengan Anwar tetapi saya tak dengar cakap Anwar 100 peratus walaupun dia nampak seolah-olah saya sedang mendengar,” katanya pada program kasih bertaut di rumah pangsa Sri Gemilang, Mergong, di sini, hari ini.

Menurutnya, PKR perlu melakukan pembaharuan supaya boleh bersaing dengan kerajaan persekutuan.

“Dalam kepimpinan kita mesti ada orang yang boleh berbincang dan bukan jadi pak turut saja. Saya rasa, Anwar perlu ada rakan-rakan seperti itu dan kita mesti ada keseimbangan untuk mentadbir.

“Saya ada pengalaman mentadbir, pengurusan harta dan tenaga manusia manakala Anwar pula cekap dalam politik. Keseimbangan ini boleh membantu kita tawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.


Kehkehkehkehkeh keh...
Quote cikglemer 18-4-2014 07:04 AM
Kenapa pendatang kat negeri Selangor ni menyibuk sgt ni kami rakyat Selangor tulin rasa gembira duduk dibawah pentadbiran PR, kalau tak setuju AN boleh balik N9 duduk kat bukit pelandok tu...jaga dan uruskan N9 kan bagussss....please lah jgn menyibuk boleh tak???
Quote roy3 18-4-2014 07:09 AM
Bgus la die bkn pak turut drp jenih2 bodoh rempit kekampungan tuh..mengampu x abis2
Quote pelukis.plan 18-4-2014 07:57 AM
Anak_Nogori posted on 18-4-2014 05:46 AM
Abdul Khalid: Saya bukan pak turut Anwar
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
13 April 2014

kau ni jgn la sibuk negeri org
kan ada org konon tulin (eja pun salah..betul ke dia ni tulen selangor?) tak kisah



Quote Al-Patih 18-4-2014 08:31 AM
cikglemer posted on 18-4-2014 07:04 AM
Kenapa pendatang kat negeri Selangor ni menyibuk sgt ni kami rakyat Selangor tulin rasa gembira dudu ...

kampong dio kat sini kot ...


Quote akughi 18-4-2014 08:53 AM
"Mengulas lanjut, Abdul Khalid mengambil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai contoh dalam membuat sebarang keputusan."


ayat ni kompom tak masuk dlm haramkah atau keadilan daily
Quote akughi 18-4-2014 08:55 AM
PR nak jadikan kerajaan selangor sbg kerajaan boneka, tapi penang tak berani pulak....pasai pa, pasai penang DAP pegang......PR tak berani, nnt kene tengking saje saje je
Quote satriastendet 18-4-2014 09:08 AM
akughi posted on 18-4-2014 08:55 AM
PR nak jadikan kerajaan selangor sbg kerajaan boneka, tapi penang tak berani pulak....pasai pa, pasa ...

penang kebangga tu layeeeennnnnn
Quote tupaiterbang 18-4-2014 09:18 AM
Quote Anak_Nogori 18-4-2014 12:00 PM
pelukis.plan posted on 18-4-2014 07:57 AM kau ni jgn la sibuk negeri orgkan ada org konon tulin (eja pun salah..betul ke dia ni tulen sela ...

org macam tu....saya anggap macam org yg duduk dikatil wad gila je..biar dia cakap sensorang...

kalau dia nak rokok sebatang...baru saya kasi....pasal kesian..
Quote wututoking 18-4-2014 12:02 PM
At least Khalid ada 2 biji bola yg besar
Quote cikglemer 18-4-2014 03:28 PM
Al-Patih posted on 18-4-2014 08:31 AM
kampong dio kat sini kot ...

Agaknya masa virus menyerang bukit pelandok dulu dia lari ke Selangor...hahaha..

Quote TigerFeith 18-4-2014 03:33 PM
cikglemer posted on 18-4-2014 07:04 AM
Kenapa pendatang kat negeri Selangor ni menyibuk sgt ni kami rakyat Selangor tulin rasa gembira dudu ...

Orang tua pencen tu, kalu ko sekolahkan pon dia bukan buleh hadam pon.... Abis kuat dia bagi signal kiri pastu dia konar kanan...
Quote cikglemer 18-4-2014 03:41 PM
akughi posted on 18-4-2014 08:53 AM
"Mengulas lanjut, Abdul Khalid mengambil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai contoh  ...

Jangan menyebok kat Selangor ni boleh tak!!!!....sila jaga negeri bn tu yg dah nak tergadai...hahaha

Quote munchkin 18-4-2014 03:47 PM
apa apa jelah.
Quote GalileO 18-4-2014 03:57 PM
anwar also pendatang fr cherok to kun..why he have 2 be so call penasihat ekonomi selangor????
Quote Ah_Kwan 18-4-2014 04:41 PM
Ini baru betul....
Parti bukan memelintah...
Kerajaan Negeri yang dilantik rakyat yang memelintah...
baru lain dengan itu BeeEnd....
Sapa pun tiada lantik itu rosmah..sebok mahu memelintah
Sebok mau tulis besar-besar sepanduk..satu lagi plejek kerajaan Barisan Nasional...puiiiiiiiiiiiii


keh keh keh
Quote Anak_Nogori 18-4-2014 04:52 PM
Ah_Kwan posted on 18-4-2014 04:41 PM
Ini baru betul....
Parti bukan memelintah...
Kerajaan Negeri yang dilantik rakyat yang memelintah. ...

Lu merepek apa apek?..
Quote akughi 18-4-2014 04:57 PM
cikglemer posted on 18-4-2014 03:41 PM
Jangan menyebok kat Selangor ni boleh tak!!!!....sila jaga negeri bn tu yg dah nak tergadai...haha ...

  menteri gagap ko yg sombong tu pun buat najib sbg contoh.....

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.187184 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top