CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Masuk Wad Kerana Dicakar Kucing

21-4-2014 09:49 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17477| Komen: 208

Description: Rusita Yang Turut Menghidap Penyakit Kencing Manis Berkata, Ketika Itu Nurhafifi Dipercayai Panik Dan Tidak Mampu Berbuat Apa-Apa Kerana Takut Dengan Kejadian Yang Pernah Menimpa Dirinya Sebelum Ini.
Alor Setar: Seorang suri rumah kini menanggung derita sakit dan dijangkiti kuman, malah terpaksa dirawat di hospital, gara-gara digigit dan dicakar pada pergelangan tangan dan lengan kanan oleh seekor kucing jantan baka Siam peliharaannya yang ‘naik minyak’, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 5 petang, Rusita Ahmad, 50, mahu membawa pulang kucing berusia enam tahun yang diberi nama Putih itu selepas disedari keluar dari kawasan rumahnya di Taman Setia, di sini, sebelum kucing itu menyerangnya dan terpaksa ‘bertarung’ dengannya selama tiga minit.

Kecederaan teruk akibat digigit dan dicakar kucing itu menyebabkan Rusita terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Alor Setar sebelum dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, berikutan jangkitan kuman pada Rabu lalu.

Menceritakan semula kejadian itu, Rusita berkata, dia berehat di ruang tamu sebelum dimaklumkan oleh anak sulungnya Nurhafifi Mohd Zuki, 23, bahawa kucing yang dibela sejak kecil dilihat keluar merayau-rayau di kawasan perumahan mereka.

Katanya, sebelum ini kucing berkenaan tidak pernah keluar atau bergaul dengan kucing lain, sebaliknya hanya berada di dalam kawasan rumah, selain ditempatkan di dalam sangkar khas.

Katanya, Nurhafifi enggan mengambil kucing itu, sebaliknya menyuruhnya membawa pulang ke rumah kerana mungkin masih fobia berikutan kakinya pernah dicakar haiwan berkenaan, dua bulan lalu. “Saya kemudian mengekorinya sejauh kira-kira enam meter sambil memanggil nama Putih sebelum bulu-bulunya dilihat mengembang lalu menyerkupnya dengan bakul baju dan membawanya pulang ke rumah bagi dimasukkan ke dalam sangkar.

“Ketika cuba memasukkannya ke dalam sangkar dengan memegang lehernya, Putih tiba-tiba meronta-ronta sambil bergayut dan bertindak agresif menggigit pergelangan tangan kanan saya, manakala kuku kakinya yang tajam mencakar berulang kali pada lengan.

“Saya terpaksa ‘bertarung’ dengan Putih selama tiga minit dan darah menitis dengan banyak di atas lantai sebelum berjaya melepaskan gigitannya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Rusita yang turut menghidap penyakit kencing manis berkata, ketika itu Nurhafifi dipercayai panik dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana takut dengan kejadian yang pernah menimpa dirinya sebelum ini.

Katanya, sebaik melepaskan gigitan, Putih masih menjegilkan matanya berwarna kebiruan sebelum melarikan diri selepas dibaling dengan bakul baju berkenaan.

Nurhafifi yang bekerja sebagai jururawat membasuh lukanya dengan air dan sabun sebelum menyapukan iodin serta ubat.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote huJanBaTu 20-4-2014 07:50 AM
calling @pyropura

Quote mizahanan 20-4-2014 08:09 AM
Kucing Siam pon stress asik berkurung dalam rumah/sangkar. Nak gak bersosial begitu
Quote obelisk 20-4-2014 08:10 AM
yg ni ke.. ?


Quote huJanBaTu 20-4-2014 08:15 AM
evil cat...kerana ikutkn nafsu..
Quote bluberi 20-4-2014 08:20 AM
aku penah gak kena 'serang' ngan kucing kesayangan aku
memang kena pegi klinik/spital amik injection
takut nanti kena jangkitan kuman
Quote Steelheart 20-4-2014 08:29 AM
kucin nk mengawan pi kacau wat pe...
Quote pearl.silver 20-4-2014 08:31 AM
Masa nk mandikn kucing dulu kucing tu nk paut kt kite..die igt kite ni pokok kot..die cengkam benamkm kuku die kt badan kite...haih...scary gile teringat insiden menenangkn kucing tu sbb nk kuarkn kuku die dr bdn kite..

jgn laa tuan kucing ni dendam kt kucen tu...
Last edited by pearl.silver on 20-4-2014 08:36 AM

Quote al-asil 20-4-2014 08:34 AM
kucing tu nak mati dah kot, tiba2 nak gi jalan jejauh dari umah
Quote pearl.silver 20-4-2014 08:34 AM
Btui..kucing tgh agresif,jgn tangkap..mak dulu die selubung kucing tu ngn kain bg die xnmpk dah musuh die tu.lpastu tggu smpi die dah rilex br tangkap kucing tu...
Klu pegang terus tgh neik sheikh tu,mmg azab laa kne gigit..l
Quote MissNigga 20-4-2014 08:34 AM
kucing datang bulan kut
Quote sup@rm@n 20-4-2014 08:40 AM
Ape punye manusia bela kucing dalam sangkar. Pale otak korang la
Quote Extralink 20-4-2014 08:44 AM
X penah lepas kluar sekali terlepas baru nampak dunia luar. Tu yang marah kat tuannya yang dok kurung dia selama ni
Quote tongkatwaran75 20-4-2014 08:46 AM
Kucen tu stress dah lama tak balik Thailand...
Quote none88 20-4-2014 08:48 AM
kena cengkam kuat kat tengkuk die tu baru tak mengamuk kucen tu...

aku penah kena camtu..kucen jantan gk..masuk wad jugak..kikii...

kucen terlepas kat luar...biasa duk dalam rumah jek..dia panik la bile terlepas...

so bila die tgh panik tu jgn pegang die terus...bagi die rilex dulu....

kalo tak kena la habuan die...

Quote batmana 20-4-2014 08:59 AM
apa bangang punya anak, suh mak lak amik kucen tu,
mu dh sakit tu, tak payahla bela binatang, buat anak, bela anak sndiri tkleh?..
Quote obelisk 20-4-2014 09:00 AM
dia nk ciom kucing dia kot...

[fbv]269781143203589[/fbv]
Quote LoveSungmin 20-4-2014 09:12 AM
Da penah kena jgk mcm ni.. G hkl trus nurse tu bg injection.. Nsib x truk mcm mcik ni.. Huu~
Quote noor2 20-4-2014 09:16 AM
nama kucing i pun putih....tp dah arwah...
Quote noor2 20-4-2014 09:17 AM
wahhh ...ramai rupanya  forumar kena masuk wad sebab gigoitan kucing kah?

Lihat semua komen(208)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.062281 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top