CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Obama Tidak Mahu Jumpa Anwar

21-4-2014 09:53 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8256| Komen: 39

Description: Ketika Ditanya Sama Ada Obama Akan Meluangkan Sedikit Masa Untuk Pertemuan Tersebut Sepanjang Berada Di Malaysia Di Mana Beliau Akan Menghadiri Majlis Makan Malam Dan Mesyuarat Dengan Perdana Menteri ...

WASHINGTON 19 April - Presiden Barack Obama tidak merancang untuk bertemu dengan Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim apabila beliau berkunjung ke Kuala Lumpur minggu hadapan, walaupun beberapa pegawai Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat tidak menolak berlakunya mesyuarat peringkat bawahan.

Obama akan menjadi Presiden AS pertama melawat Malaysia dalam tempoh hampir setengah abad apabila beliau tiba di Kuala Lumpur pada 26 April ini.

Ketika ditanya sama ada Obama akan meluangkan sedikit masa untuk pertemuan tersebut sepanjang berada di Malaysia di mana beliau akan menghadiri majlis makan malam dan mesyuarat dengan Perdana Menteri Najib Tun Razak, penasihat keselamatan negara, Susan Rice menegaskan beliau tidak merancang pertemuan dengan Anwar.

"Saya percaya Presiden tidak akan mengadakan mesyuarat tersebut - terdapat temu janji di peringkat lain," kata Rice.

Obama bagaimanapun akan mengadakan mesyuarat bersama pemimpin muda dari seluruh Asia Tenggara dan bertemu dengan wakil masyarakat di Kuala Lumpur.

Kunjungan Obama akan bermula di Jepun, termasuk lawatan ke beberapa negara seperti Korea Selatan dan Filipina.



2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BlueHand 20-4-2014 10:24 AM
Lol
Quote pakweneelofa 20-4-2014 12:02 PM
Obama akan menjadi Presiden AS pertama melawat Malaysia dalam tempoh hampir setengah abad apabila beliau tiba di Kuala Lumpur pada 26 April ini.


aku tk faham ayat ni
Quote highcastle 20-4-2014 12:12 PM
pakweneelofa posted on 20-4-2014 12:02 PM
aku tk faham ayat ni

Setahu kau lah, pernah tak sebelum ini Presiden Amerika melawat Malaysia?
Quote AdsMsia 20-4-2014 12:12 PM
tajuk kau

ha ha ha
Quote pakweneelofa 20-4-2014 12:13 PM
highcastle posted on 20-4-2014 12:12 PM
Setahu kau lah, pernah tak sebelum ini Presiden Amerika melawat Malaysia?

hmmmm.....mmg tk pernah eh??? apa dia jijik sangat dengan malaysia?
Quote wongedandotcom2 20-4-2014 12:14 PM
pakweneelofa posted on 20-4-2014 12:13 PM
hmmmm.....mmg tk pernah eh??? apa dia jijik sangat dengan malaysia?

Malaysia baru menjadi penting buat Amerika & Sekutunya saat PLA China menancapkan jangkar di James Shoal.  
Quote ronin 20-4-2014 12:14 PM
Anwar not Obama's taste....
Quote Knights 20-4-2014 12:15 PM
highcastle posted on 20-4-2014 12:12 PM
Setahu kau lah, pernah tak sebelum ini Presiden Amerika melawat Malaysia?

Lyndon b johnson pernah lawat malaysia
Sampai ada nama felda guna nama dia
Quote LavaConcubine 20-4-2014 12:15 PM
Obama tak nak jumpa anuar pasai takut kena liwat
Quote Knights 20-4-2014 12:16 PM
FELDA L.B. Johnson ataupun Kampung L.B .Johnson merupakan sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan, Malaysia. FELDA L.B. Johnson dinamakan bersempena bekas Presiden Amerika Syarikat, Lyndon B. Johnson, yang melawati kampung itu pada 1966. Ianya merupakan antara tempat yang dilawatinya dalam rombongan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Amerika Syarikat dan Malaysia pada masa itu.
Quote pakweneelofa 20-4-2014 12:16 PM
wongedandotcom2 posted on 20-4-2014 12:14 PM
Malaysia baru menjadi penting buat Amerika & Sekutunya saat PLA China menancapkan jangkar di James ...

menancapkan?
Quote miss_pooh 20-4-2014 12:17 PM
presiden AS pertama jejak malaysia??
Quote ChildrenOfBodom 20-4-2014 12:18 PM
bukan tahun 1966 presiden lyndon b johnson penah mai malaysia? sampai ada FELDA kt N9 dinamakan sempena nama beliau.
Quote wongedandotcom2 20-4-2014 12:19 PM
pakweneelofa posted on 20-4-2014 12:16 PM
menancapkan?

memasang jangkar kapal.......  
Quote pakweneelofa 20-4-2014 12:19 PM
wongedandotcom2 posted on 20-4-2014 12:19 PM
memasang jangkar kapal.......

jangkar??????????
Quote ChildrenOfBodom 20-4-2014 12:21 PM
miss_pooh posted on 20-4-2014 12:17 PM
presiden AS pertama jejak malaysia??

dalam tempoh 50 tahun
Quote mattzzx 20-4-2014 12:29 PM
Anwar bukanlah  ajen CIA???
Quote tupaiterbang 20-4-2014 12:38 PM
obama dlu singgah malaysia sebagai backpacker..
skg as Presiden Amerika, aku cadang Felda Sg Tengi tukar ke Felda B.Obama
Quote munchkin 20-4-2014 12:53 PM
sian si comel.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.120263 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top