CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Panduan Mesra Pelancong Islam ke Hangzhou

23-4-2014 12:00 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 7402| Komen: 3

Description: Di bandar yang terkenal dengan pemandangan indah dan mempunyai beberapa unsur-unsur Islam yang menarik ini, sertailah penulis kami Shafiqah yang akan memberikan ringkasan mengenai bandar yang dikenali ...
Di bandar yang terkenal dengan pemandangan indah dan mempunyai beberapa unsur-unsur Islam yang menarik ini, sertailah penulis kami Shafiqah yang akan memberikan ringkasan mengenai bandar yang dikenali sebagai “Syurga di Bumi” ini.

Artikel pertama muncul di travel 3Sixty° (www.airasia.com/travel3sixty)

Ahlan wa Sahlan! Apabila rakan saya menulis mengenai Hangzhou & Shanghai pada tahun 2012, saya terus memberitahu diri saya untuk melawat bandar yang kaya dengan sejarah dan landskap menakjubkan ini. Kadang-kala, bukan mudah untuk menjadi seorang pengembara Islam, tetapi saya berasa amat gembira apabila mempelajari bahawa Hangzhou mempunyai pelbagai tempat yang bukan sahaja penuh dengan makanan Halal tetapi juga tempat untuk menunaikan solat. Kini giliran saya pula untuk menerokai bandar yang indah ini dan memberi saudara-saudari Islam semua satu panduan yang mudah untuk menerokai Hangzhou - gaya Islam!



Pertama sekali, berikut adalah beberapa fakta ringkas mengenai bandar ini:
  • Ia merupakan ibu kota dan bandar yang terbesar di Wilayah Zhejiang (Cina Timur)
  • Pada tahun 1848, Hangzhou digambarkan sebagai “kubu kuat” Islam di Cina
  • Pedagang Arab mula menetap di sini sejak Dinasti Song
  • Masjid Hangzhou Phoenix adalah salah satu masjid terbesar di Tenggara Cina



Jalan Komuniti Islam
Jalan ini terletak di sekitar sekitar Masjid Pheonix (yang juga dikenali sebagai Masjid Feng Huang) di Zhing Shan dan terdapat lebih seribu rakyat Islam yang tinggal di kawasan ini.



Suatu komuniti telah dilahirkan apabila masjid megah itu dibina. Ianya sebesar 2600 meter persegi dan mempunyai seni bina Islam yang terdiri daripada pintu masuk dewan, auditorium dan dewan solat.

Anda juga boleh lawati restoran Halal di sekitar kawasan ini:
  • Mutton Soup Restaurant @ 64, Zhong Shan Zhong Lu, Daerah Shangcheng
  • Xin Xibei Renjia @ 217, Zhong Shan Zhong Lu, Daerah Shangcheng


Lorong Qinghe
10 minit berjalan kaki dari Masjid Pheonix, anda pasti akan hilang di kawasan membeli-belah yang bersejarah dan terkenal ini. Lorong yang dipelihara dengan baik sekali ini mempunyai banyak restoran, kedai-kedai teh dan gerai-gerai yang masih mengekalkan imej dan suasana yang berabad-abad lamanya.



Di belakang kedai lama Zhang Xiaoquan Scissors, anda boleh menikmati hidangan Halal di restoran Dong Yi Shun, di mana mereka menghidangkan makanan terkenal Zhejiang dan juga makanan Arab pada harga yang berpatutan.
Restoran Halal:
  • Dong Yi Shun @ 99-101 Gao Yin Jie, Daerah Shangcheng


Tasik West
Jangan tinggalkan bandar ini tanpa melawat Tasik West terlebih dahulu. Mudah diakses dengan kereta (5 minit) atau dengan berjalan kaki (20 minit) dari Lorong Qinghe, gazebo Cina dan pagoda-pagoda yang menghiasi tasik yang indah ini telah memberikan inspirasi kepada ramai penyair Cina untuk mengukir kisah cinta dan kecantikan sejak berabad-abad lamanya.



Terdapat juga beberapa makam purba Islam dan kaligrafi bahasa Arab yang terletak di sekitar kawasan tersebut - satu daripadanya adalah makam penyair dan penulis Islam Cina yang terkenal, Ding Henian, yang terletak berhampiran Jalan Nanshan.


Muzium Sutera Kebangsaan
Terletak di Jalan Yuhuangshan, hanya 5 minit dengan memandu kereta dari Tasik West, muzium ini adalah tempat yang amat disyorkan untuk wanita Islam untuk mendapat hijab sutera serta barangan sutera yang lain. Muzium sutera yang terbesar di dunia ini mempamerkan rahsia-rahsia terbaik dalam pembuatan sutera halus.



Semasa anda berjalan melalui dewan-dewan pameran muzium ini, anda akan mempelajari dengan lebih lanjut lagi mengenai evolusi sutera semenjak 5,000 tahun yang lepas. Anda juga akan dapat melihat dengan mata sendiri teknologi canggih yang digunakan dalam pembuatan sutera pada zaman ini.
  • Yuran Kemasukan: Percuma
  • Barangan yang harus dibeli: Selendang sutera, tali leher, selimut dan banyak lagi barangan pada harga yang sangat berpatutan.


Teh, teh dan lebih banyak teh!
Budaya teh di Cina semakin popular di kalangan masyarakat Islam Cina hari ini. Jadi, apa cara yang lebih baik untuk memulakan hari anda selain dari secawan teh Cina yang lazat? Jangan ketinggalan melawat Longjing Tea Plantation di Bukit Fenghuang, di mana anda akan berpeluang untuk memetik daun teh anda sendiri dan juga membawa pulang beberapa jenis teh mereka yang lazat ini.



Pelancong Islam tidak perlu risau tentang kualiti teh yang dihasilkan di Hangzhou kerana terdapat beberapa syarikat teh yang menghasilkan teh khusus untuk pasaran Islam.

  • Syarikat (Dijamin Halal) :  Hangzhou Mingbao Food Co. @ Jalan Xianxing, Daerah Yuhang
  • Produk :Serbuk teh segera (Oolong, jasmine, green tea, black tea),ekstrak teh dan banyak lagi.
     
Sebagai pelancong Islam yang amat berminat untuk mengembara, terdapat banyak perkara untuk diterokai di Hangzhou dan saya mungkin terpaksa menulis sebuah buku khusus untuk bandar yang mempersonakan ini. Jadi, tunggu apa lagi wahai akhi dan ukthi? Sudah tiba masanya untuk menyediakan beg dan peta anda, jangan lupa juga untuk membawa sejadah anda bersama dalam pengembaraan anda ke Hangzhou!



What are your favourite Muslim-friendly destinations across Asia & Australia? Share with us in the comment box below!
GETTING THERE AirAsia now flies direct 1x daily from Kota Kinabalu to Hangzhou.
For flight information and the lowest fares, go to www.airasia.com.
Fly with the world’s best low-cost airline. Book your holidays, hotels and vacation packages today to get great deals and earn BIG Points!
There’s more to explore in China. Download your FREE copy of AirAsia Discover China travel guide here!

GRAB YOUR MUSLIM-FRIENDLY HOLIDAY IN HANGZHOU!      


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote devilito2 23-4-2014 05:12 PM
bagus artikel ni... boleh membantu untuk melancong ke China...
Quote yanasan21 24-4-2014 07:38 AM
dah lama nak ke china......tapi tak tau bila....uhuhuu
Quote Vedder9 25-4-2014 11:41 AM
Ved baru je balik dari Hangzhou last week.....memang stay sebelah je ngan Masjid Phoenix

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.274495 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top