CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Catuan Air Berakhir 30 April - Syabas

21-4-2014 03:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8937| Komen: 53

Description: "Walaupun Ada Bekalan Air Alternatif Disalurkan Dari Pengeluaran Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3, Namun Jumlah Keseluruhan Agihan Bekalan Air Berkurangan Berikutan Tiada Sumbangan Daripada L ...
KUALA LUMPUR: Pelan catuan bekalan air peringkat pertama, ketiga dan keempat dijangka ditamatkan pada 30 April depan.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS Priscilla Alfred Dharan berkata bagaimanapun ia bergantung kepada keputusan kerajaan negeri Selangor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

"Pelaksanaan pelan catuan bekalan air peringkat pertama, ketiga dan keempat masih diteruskan seperti yang dirancang dan diputuskan kerajaan negeri Selangor (sehingga 30 April)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Mengulas mengenai kelewatan penyaluran bekalan air di beberapa kawasan catuan di Hulu Langat pada 19 April lepas, Priscilla berkata ia berikutan kejadian paip pecah yang berlaku di Taman Minang, Kajang.

Beliau berkata kejadian itu menyebabkan kawasan catuan di Taman Minang, Kajang Emas dan Kajang Mulia mengalami gangguan bekalan air untuk tempoh beberapa jam.

Sementara itu, catuan bekalan air di sekitar Gombak juga berhadapan dengan kekerapan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Wangsa Maju akibat kekeruhan pada air mentah melebihi tahap yang dibenarkan.

"Walaupun ada bekalan air alternatif disalurkan dari pengeluaran Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3, namun jumlah keseluruhan agihan bekalan air berkurangan berikutan tiada sumbangan daripada LRA Wangsa Maju.

"Selain itu, pengeluaran air terawat dari LRA Sungai Selangor Fasa 3 sedang dikurangkan ekoran pengurangan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor seperti diputuskan kerajaan negeri Selangor," katanya.

Beliau berkata, bagi keperluan kritikal seperti upacara kematian, kegunaan pusat dialisis, rumah perkahwinan atau majlis perkahwinan, pengguna boleh memohon untuk mendapatkan bekalan melalui lori tangki atau tangki air statik daripada SYABAS.

Pengguna dinasihatkan untuk tidak menggunakan bekalan air bagi keperluan tidak kritikal seperti mencuci kenderaan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan kawasan catuan bekalan air boleh melayari laman sesawang SYABAS di www.syabas.com.my. 

22

Bagus
29

Marah
13

Terkejut
17

Sedih
20

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (124 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alinone78 20-4-2014 08:18 PM
Tahniah la orang selangor
Aku harap depa bergumbira
Baru tadi depa bagitau yang catuan dilanjutkan sampai ogos
Quote amiraira 20-4-2014 08:33 PM
Just wait and see.....:lol
Quote pakweneelofa 20-4-2014 08:36 PM
syabas mere bete..boleh la TUN berjimak2 puas2 dengan siti semah..
Quote roblucci 20-4-2014 08:38 PM
Syabas kepada SYABAS
Quote MissNigga 20-4-2014 08:51 PM
alhamdulilah .... harap betol ler catuan akan stop after 30 April

lemah rasa nyawa kalo air asik kena catu nie
Quote kgdangar 20-4-2014 09:05 PM
:..Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS Priscilla Alfred Dharan berkata bagaimanapun ia bergantung kepada keputusan kerajaan negeri Selangor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara."

aper yg nk "bergantung kepada keputusan kerajaan negeri Selangor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara." lagi nihhh....
Quote BotakChinPeng 20-4-2014 09:10 PM
Shabbaaaas
Quote siti_kus 20-4-2014 09:21 PM
Alhamdulillah kalau btl. Tp doa sgt btl. Aku dh x larat :Q
Quote mixed 20-4-2014 09:32 PM
Rmh iols dah 4 hari ada air
Patut harni dgn smlm xda air

Syukur la syabass
Quote FlowerGirl 20-4-2014 09:34 PM
So far dh 4,5 hari air ada ni..syukur sgt2..masa x de pun ttp syukur sbb air x pernah abis..
Quote sayawifenikmie 20-4-2014 09:34 PM

.. hmmm.... bagus la ..

jangan lupa kutip sampah-sampah yang dah berlonggok di rumah kami wahai kerajaan selangor
Quote munchkin 20-4-2014 10:20 PM
Apa ada hal. Ada yang tak kisah. Dia kata orang komplen ni kecohhhh. Dia boleh je bertahan ngan catuan ni.
Quote Czaziq 20-4-2014 10:41 PM
terasa x best dah dok selangor. nak dok kl balik. dahler sampah xdiangkat, air kne catu. sedey!!
Quote kgdangar 20-4-2014 11:14 PM
Czaziq posted on 20-4-2014 10:41 PM
terasa x best dah dok selangor. nak dok kl balik. dahler sampah xdiangkat, air kne catu. sedey!!

mostly kat KL pun banyak area yg kene catu gak
Quote aechae 20-4-2014 11:19 PM
kwn aku x ckp apapn psl ni....dia n the geng duk gigih buat cloud seeding kt area empangan nun....hujan hari2 ni sokmo kt area town je
Quote fuyupoktek 20-4-2014 11:52 PM
x sguup dh hadap catu ni
Quote niq 21-4-2014 12:02 AM
kalau dah setel bab air ni nanti harap setelkan pulak bab sampah & longkang
teruk dah ni.. sampah tak dikutip & longkang yg tersumbat punca penyakit..
kurang air & air yg kurang bersih (air karat, air kotor, keladak) pun punca penyakit jugak

politik tu politik jugak la.. tapi kerja tu biar la buat betul2.. agak kecewa
Quote Qissya2014 21-4-2014 12:23 AM
Syukur sgt...
Quote chaintea 21-4-2014 01:04 AM
Jika benar..alhamdulillah..
Apa pon..ttp menyimpan..

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.109905 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top