CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

21-4-2014 04:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22975| Komen: 80

Description: Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, Berkata Operasi Bertujuan Membanteras Kegiatan Jenayah Keganasan Dan Jenayah Sosial, Selain Pengedaran Dan Penyalahgunaan Dadah.

Gambar dari filem 'khurafat'


Kuala Lumpur: Seorang pelakon lelaki terkenal antara 41 individu yang ditahan dalam Ops Cantas Khas, Polis Daerah Dang Wangi, di dua premis hiburan di Jalan P Ramlee, awal pagi semalam.

Selain pelakon berusia 35 tahun dan pernah membintangi beberapa filem box office, termasuk Khurafat itu, 20 wanita warga asing dipercayai pelacur.

Ujian positif ganja  

Berdasarkan dua ujian air kencing, pelakon itu disahkan mengambil ganja, manakala dua pengunjung lelaki terbabit dalam pengambilan syabu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata operasi bertujuan membanteras kegiatan jenayah keganasan dan jenayah sosial, selain pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata, pihaknya memeriksa 110 individu iaitu pengunjung dan pekerja premis hiburan bagi mengesan rekod kesalahan lampau.
“Mereka yang ditahan diarah menjalani ujian air kencing dan tapisan awal dilakukan dengan 41 daripada mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Tawar seks

“Dalam serbuan di kedua-dua premis ini, kita menahan wanita Vietnam dan Filipina yang menawarkan khidmat seks kepada pelanggan di hadapan serta di dalam kelab berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Zainuddin berkata, pihaknya turut menahan tiga deejay warga tempatan kerana menggunakan cakera padat cetak rompak.

“Operasi seperti ini akan dijalankan setiap masa bagi memastikan kawasan utama pusat bandar raya Kuala Lumpur (Dang Wangi), bebas jenayah,” katanya.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nuryakmal 20-4-2014 08:10 AM
Syamsul Yusof sebagai Johan
Liyana Jasmay sebagai Aishah
Sabrina Ali sebagai Anna
Along Eyzendy sebagai Rosman
Fauziah Nawi sebagai Mak Johan
Huda Ismail sebagai Jea
Mariani sebagai Nenek
Latiff Borgiba sebagai Bomoh
Salina Saibi sebagai Zura

Pelakon khufarat
Quote achik2009 20-4-2014 08:17 AM
nuryakmal posted on 20-4-2014 08:10 AM
Syamsul Yusof sebagai Johan
Liyana Jasmay sebagai Aishah
Sabrina Ali sebagai Anna

Along Eyzendy sebagai Rosman


yg ni kot?...
Quote nuryakmal 20-4-2014 08:18 AM
achik2009 posted on 20-4-2014 08:17 AM
Along Eyzendy sebagai Rosman

Takkan latip borgiba pulak
Quote keretapilaju 20-4-2014 08:18 AM
sabrina ali ke... tapi umo dia 35 ke.... Last edited by keretapilaju on 20-4-2014 08:22 AM

Quote achik2009 20-4-2014 08:21 AM
nuryakmal posted on 20-4-2014 08:18 AM
Takkan latip borgiba pulak

kann?...

Syamsul baru je selesai majlis resepsi kawin...
Quote huJanBaTu 20-4-2014 08:22 AM
lelaki le kakak..kasik baca habis n pahamkan

@keretapilaju
Quote achik2009 20-4-2014 08:23 AM
keretapilaju posted on 20-4-2014 08:18 AM
sabrina ali ke...

dlm artikel tu tulis pelakon lelaki....maknanya semua pelakon wanita selamat....
Quote keretapilaju 20-4-2014 08:23 AM
huJanBaTu posted on 20-4-2014 08:22 AM
lelaki le kakak..kasik baca habis n pahamkan

@keretapilaju

hahaha...mintak mahap la sabrina ali.... tertinggal plak part 'pelakon lelaki' tu...
Quote huJanBaTu 20-4-2014 08:28 AM
@achik2009

syamsul muda lg ...belom 34...

Quote achik2009 20-4-2014 08:32 AM
huJanBaTu posted on 20-4-2014 08:28 AM
@achik2009

syamsul muda lg ...belom 34...

kalo mcm tu mmg konfem Along la kan?...
Quote hanakikan 20-4-2014 08:33 AM
Yg drebar ambulans tu ke?
Quote huJanBaTu 20-4-2014 08:34 AM
achik2009 posted on 20-4-2014 08:32 AM
kalo mcm tu mmg konfem Along la kan?...


motipp sokabar tuliss pelakon terkenal.
:curse
?? !!!

tepek gambau..sapa lak tu..
Quote amiraira 20-4-2014 08:37 AM
achik2009 posted on 20-4-2014 08:17 AM
Along Eyzendy sebagai Rosman



X kn la  .....
Quote hanakikan 20-4-2014 08:38 AM
huJanBaTu posted on 20-4-2014 08:34 AM
motipp sokabar tuliss pelakon terkenal.
:curse
?? !!!

Tu lah. Terkenal ke?? Filem2 dia berlakon kebanyakkan watak tempelan aje.
Quote amiraira 20-4-2014 08:38 AM
nuryakmal posted on 20-4-2014 08:18 AM
Takkan latip borgiba pulak

Ish.....x baek adik ni tau
Quote achik2009 20-4-2014 08:38 AM
huJanBaTu posted on 20-4-2014 08:34 AM
motipp sokabar tuliss pelakon terkenal.
:curse
?? !!!

cer tgk sini....

https://www.facebook.com/pages/Along-Eyzendy/175281362530773
Quote huJanBaTu 20-4-2014 08:40 AM
achik2009 posted on 20-4-2014 08:38 AM
cer tgk sini....

https://www.facebook.com/pages/Along-Eyzendy/175281362530773

euwsss
.. cam pondan lorong jahhh..

terkenal kah??

pelakon tempelannn jahhh
Quote azie.dz 20-4-2014 08:40 AM
bodo warawan ni...tatau beza pelakon terkenal n tempelan...

saja nak laku kan paper la tu....choi
Quote achik2009 20-4-2014 08:44 AM
azie.dz posted on 20-4-2014 08:40 AM
bodo warawan ni...tatau beza pelakon terkenal n tempelan...

saja nak laku kan paper la tu....choi ...

tu la pasal...saja nak buat gempak je...


pssstt....bila nak upkan balik thread IG tu?...

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.974905 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top