CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syarikat Telekomunikasi Untung Terlalu Banyak?

22-4-2014 09:48 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9024| Komen: 60

Description: Gesaan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Supaya Syarikat Telekomunikasi Di Negara Ini Menurunkan Caj Penggunaan Telefon Ialah Kenyataan Yang Menarik Perhatian, Terutama ...
         


GESAAN Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya syarikat telekomunikasi di negara ini menurunkan caj penggunaan telefon ialah kenyataan yang menarik perhatian, terutama apabila beliau menyebut syarikat-syarikat gergasi ini ‘untung besar’.
        
Ahmad Shabery mempersoal keuntungan besar diumumkan syarikat telekomunikasi, dan mengingatkan mereka patut menjalankan tanggungjawab sosial lebih besar dengan mengurangkan kos penggunaan telefon kerana lesen mereka diberikan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
        
“Saya seru supaya mereka ini cuba duduk dan berfikir, bagaimana dapat kurangkan kos penggunaan berkaitan telefon (perbualan dan SMS) yang ada. Dulu mahal, kini patut makin murah.
        
“Sepatutnya ada tanggungjawab sosial korporat lebih besar (kepada masyarakat) selain membina menara komunikasi di luar bandar, pada masa sama mereka mesti umumkan pengurangan kos,” katanya, Februari lalu seperti dilaporkan Bernama.

        
Berapa besar keuntungan syarikat telekomunikasi seperti dimaksudkan Ahmad Shabery?
        
Memang besar, jika mengambil contoh tiga syarikat telekomunikasi negara iaitu Maxis Bhd, Celcom Axiata Bhd (Celcom) dan Digi.com Bhd (Digi).
        
Untuk tahun kewangan berakhir 2013, Maxis mencatat untung selepas cukai RM2.1 bilion, Celcom RM2.4 bilion dan Digi RM1.7 bilion.
        
Ketiga-tiga syarikat ini secara purata mengenakan caj panggilan suara 15 sen seminit dan 5 sen bagi setiap SMS.
        
Celcom menjelaskan syarikat itu sentiasa menawarkan pelan telekomunikasi pada harga terendah kepada pelanggannya terutama melalui pelan prabayar.
        
Ketua Pegawai Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin sebelum ini berkata, Celcom sentiasa prihatin terhadap isu semasa terutama membabitkan kenaikan kos sara hidup.
        
Katanya, menerusi pelbagai pakej prabayar, Celcom adalah syarikat telekomunikasi yang menawarkan pelan prabayar termurah berbanding syarikat telekomunikasi lain.
        
Usaha mendapatkan maklum balas daripada Maxis dan Digi berhubung isu ini tidak berjaya setakat ini.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 21-4-2014 02:54 PM
Macam mane tak mencekik ngan wujudnye scam mcm2 sekali dpt sms potong berringgit-ringgit call customer service pun xboleh buat ape2
Quote mjla 21-4-2014 02:56 PM
Kedekut nak mengulur  kan dah kena komplen dgn menteri...
Quote chandrahusin 21-4-2014 02:56 PM
tgk bil2 aku & adik beradik & kwn2 pun dh tau maxis untung byk
Quote tongkatwaran75 21-4-2014 02:56 PM
baru dpt wassap ttg penjimatan line hp;

Kempen deactivate Voicemail

salam,

Tn/pn dikenakan caj sbyk 0.10 sen atau 0.08 sen utk setiap kali call yang tidak dijawab dan disambut oleh sistem voicemail. TELCO buat untung jutaan RM dari servis ini. utk deactivate servis ini;

sila dail;
celcom ##002#
tune talk ##002#
digi *128#
Maxis ##109#

cuba le...tak tau mujarrab atau dak sbb belum try...



Quote a_gen2 21-4-2014 03:00 PM
senang aje Shabeery oii.. luaskan khidmat Wifi yg berkelajuan tinggi (LTE) secara percuma kalau boleh hingga ke pekan2 kecil supaya semua ada wifi dan akhirnya semua pakat beli semakphone dan boleh berwhatapps atau viber/skype secara percuma.

Kalau buat camtu jawapnya mati keringlah sykt2 tu semua..

amacam... ada berani??? takkan berani punya pasal sykt2 tu semua Gomen ada share.. jadi takat2 berlakon aje ler kononnya prihatin
Quote saladin780 21-4-2014 03:00 PM
ada satu benda yg aku x puas ati pasal telco ni..kedit ada expired date..biarlah jelah kedit tu xde expired so anytime boleh guna..so pelanggan cuma akan topup bila perlu je
satu lagi voicemail bodoh tu..baru ring2 sikit dah masuk voicemail..dahlah makan duit..ada tak sapa2 tau cara nak deactivate?
Quote tongkatwaran75 21-4-2014 03:03 PM
saladin780 posted on 21-4-2014 03:00 PM
ada satu benda yg aku x puas ati pasal telco ni..kedit ada expired date..biarlah jelah kedit tu xde  ...

try la method kat post 2#...

Quote saladin780 21-4-2014 03:04 PM
tongkatwaran75 posted on 21-4-2014 03:03 PM
try la method kat post 2#...

tq..boleh try pasni
Quote cmf_blingblings 21-4-2014 03:05 PM
Patut kasi rebat one month free kat semua pengguna
Quote PenjualAPAD 21-4-2014 03:09 PM
mahal memang mahal tapi kalau kita bersuara ade la yang berbunyik nanti, guna phone mahal nak bayar servis tak mampu, hahah
Quote kiutkiut 21-4-2014 03:21 PM
org tak angkat call pun kena caj jgk.. masuk voicemail..
ini tidak adil!
ada lagik sms yg kalu masuk sekali potong beringgit2 tu..
tu yg paling aku menyampah.. padahal tak penah melanggan apa pon..
Quote popjack 21-4-2014 03:22 PM
mimang pong!
Quote Pajeri_Nenas 21-4-2014 03:26 PM
tongkatwaran75 posted on 21-4-2014 02:56 PM
baru dpt wassap ttg penjimatan line hp;

Kempen deactivate Voicemail

propalah..xjadi pong.lol
Quote sheetRock 21-4-2014 03:28 PM
camne nak stop msg yg masuk merepek2?

aku kene tolak 0.30...seingat aku bln 3 takder plak masuk msg cmtuh

msg masuk aku yg kene byr..sengal...jahat betol..wpun line aku tak byk sgt...tak smpai seratus..

tapi 0.30 tuh..tetap la duit aku nak kene membayar...
Quote nurkasih74 21-4-2014 03:29 PM
tongkatwaran75 posted on 21-4-2014 02:56 PM
baru dpt wassap ttg penjimatan line hp;

Kempen deactivate Voicemail

Dah try tadi.xtaw berjaya tak tp dia ada tulis erasure is successful. .apa kejadahnya??
Quote -electrifying- 21-4-2014 03:31 PM
tp sjak aku single setahun ni, byk plak aku dapat msg dr celcom. baru aku tahu dorg ni sentiasa disisi, baik xde kdit, dan klau ade kdit dorg akan hntr msg pesanan tarikh luput kita supaya kita tak alpa untuk topup blik. hmm
Quote fifie_olin 21-4-2014 03:49 PM
tongkatwaran75 posted on 21-4-2014 12:56 PM
baru dpt wassap ttg penjimatan line hp;

Kempen deactivate Voicemail

aku pon dpt...bos aku yg forwd..tp x try lg...
Quote ellZack 21-4-2014 03:53 PM
tongkatwaran75 posted on 21-4-2014 02:56 PM
baru dpt wassap ttg penjimatan line hp;

Kempen deactivate Voicemail

try dulu, then get back to me..
iols tak nak tanggung risiko sim card kena block..
Quote ultra78 21-4-2014 03:54 PM
Caj yg tinggi itu utk cover kehilangan revenue daripada voice dan sms.

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.300830 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top