CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penganjur Perlu Kebenaran Dbkl Bagi Lokasi Perhimpunan 1 Mei

22-4-2014 10:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4044| Komen: 5

Description: Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Acp Zainuddin Ahmad Berkata, Polis Terpaksa Menolak Permohonan Penganjur Bagi Mengadakan Perhimpunan Itu Kerana Hanya Memberikan Notis Pemberitahuan Mengenai Perhimpunan ...



KUALA LUMPUR 21 April - Penganjur perlu mendapatkan kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung lokasi perhimpunan bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) dirancang 1 Mei ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, polis terpaksa menolak permohonan penganjur bagi mengadakan perhimpunan itu kerana hanya memberikan notis pemberitahuan mengenai perhimpunan itu tanpa kebenaran daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur bagi lokasi perhimpunan.

"Penganjur sudah mengemukakan notis kepada pihak berkuasa untuk melakukan demonstrasi berkenaan di Dataran Merdeka tetapi kita terpaksa menolak permohonan berkenaan.

"Mereka gagal memenuhi syarat mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 yang memperuntukkan supaya pihak penganjur memberikan notis dan kebenaran daripada pemilik lokasi sebelum melakukan perarakan mahupun berkumpul," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Zainuddin berkata jika penganjur telah mendapat kebenaran daripada pihak berwajib bagi lokasi perhimpunan, polis sedia untuk mengawal selia perhimpunan itu bagi mengelakkan berlakunya ketegangan dan kekacauan.

Permohonan itu dikemukakan wakil penganjur antaranya Anggota Parlimen Batu Tian Chua, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Md Ramli di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada kira-kira 2.30 petang hari ini. 



14

Bagus
5

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
4

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakweneelofa 22-4-2014 08:28 AM
perhimpunan bimbo?
Quote gaara_X 22-4-2014 08:49 AM
tak de lepas nyer kalau mintak nie.....buang membazir form je...
Quote -electrifying- 22-4-2014 09:55 AM
mmg xdptnye
Quote nurul_akmar 22-4-2014 02:57 PM
sume org tau xkan dapat
Quote Al-Patih 27-4-2014 07:23 AM
ARTIKAL BERKAITAN (tak keluar surat khabar)

PAA bercanggah perlembagaan, KPN patut hormati keputusan Mahkamah

SHAH ALAM 26 APRIL: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abdul Bakar digesa menghormati keputusan sebulat suara tiga hakim Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) bercanggah dengan Perlembagaan Persektuan.
Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran menggesa Khalid agar berhenti dengan memberikan kenyataan bersifat sombong.N Surendran demikian selepas akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Khalid sebagai berkata orang ramai masih mempunyai kewajipan untuk memaklumkan kepada polis jika mereka mahu mengadakan perhimpunan awam dan mematuhi Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (PAA).

“Seksyen 9 (5) menyatakan ia adalah satu kesalahan apabila seseorang tidak memberi 10 hari pemberitahuan minimum kepada polis apabila mengadakan perhimpunan.


http://bm.selangorku.com/

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.083762 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top