CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Taman Tercantik Di Dunia

22-4-2014 11:27 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 25404| Komen: 67

Description: Taman Mempersonakan Biasanya Menggabungkan Spesies Berwarna-Warni Dan Struktur Unik Sebagai Elemen Utama Dalam Dekorasi Sesuatu Landskap. Berikut Adalah 10 Taman Tercantik Di Dunia Yang Mampu Memukau ...
Taman mempersonakan biasanya menggabungkan spesies berwarna-warni dan struktur unik sebagai elemen utama dalam dekorasi sesuatu landskap. Berikut adalah 10 taman tercantik di dunia yang mampu memukau pandangan:-

1.Chateau de Verailles, Perancis.





Landskap taman ini dalah hasil cetusan idea pereka terkenal ,Andre Le Notre,ini dibina pada kurun ke-17 semasa era pemerintahan Raja Louis XIV. Taman bunga seluas 101 hektar ini dihiasi tasik dan arca purba yang masih tersergam indah ini terletak di barat daya Paris.

2. Taman Botani Diraja di Kew,England






Taman seluas 132 hektar ini meliputi pusat pemulihan dan penyelidikan sains botani di kawasan strategik terletak 16 kilometer dari London. Lebih 30 ribu speseis flora terdapat di taman ini termasuklah pokok berusia 150 tahun. Ia turut dilengkapi rumah hijau terbesar di dunia.

3. Taman Powerscourt, Ireland.





Landskap seluas 19 hektar di hadapan sebuah vila selatan Dublin ini dibina pada abad ke-18 dan turut diiktiraf sebagai taman tercantik di Ireland. Hiasan taman memukau pandangan ini turut menggabungkan pengaruh landskap Perancis dan Jerman.

4.Taman Butchart, Columbia.





Taman berwarna-warni seluas 22 hektar ini adalah contoh kejayaan projek penebusan guna tanah. Jennie Butchart, isteri kepada pemilik tanah asal,Portland Cement menjadi perintis dan mengubahnya menjadi taman dihiasi lebih 700 tanaman bunga.

5.Villa d’Este, Itali





Taman mempersonakan ini tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Ia turut dilengkapi air pancut unik digelar Fontana del Bicchierone.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anees~nuhara 17-4-2014 03:15 PM
6. Dumbarton Oaks, Washington






Pepustakaan dan koleksi penyelidikan Dumbarton Oaks ini diasaskan oleh pasangan Bliss. Ia kini ditadbir oleh pemegang Amanah Universiti Harvard selepas diserahkan pada tahun 1940. Ia kini menyokong biasiswa pengajian dalam reka bentuk kajian landskap.

7.Taman Vila Ephrussi de Rothschild






Vila berkonsepkan tepi pantai ini terletak di St- Jean-Cap-Ferrat, Perancis dan direka arkitek tempatan,Aaron Messiah. Ia dibina antara tahun 1905 dan 1912 oleh Baroness Beatrice de Rothchild. Vila mewah ini dikelilingi Sembilan taman menggunakan tema berbza dan ladskapnya dibina menyerupai kapal.

8.  Stourhead,England.



Taman seluas 1,072 hektar ini dibina untuk golongan bangsawan pada abad ke-18. Ia turut dilengkapi rumah agam Palladian, kawasan lading dan hutan. Amanah Negara telah mengambil alih hak pemilikan Stourhead sejak 1946.

9. Taman Master of Nets, China







Taman digelar Wangshiyuan dalam bahasan Mandarin ini dibina semasa dinasti Song(960-1270 Sebelum Masihi). Susunana astaka,dewan,bilik muzik dan rumpun buluh didakwa sebagai satu bentuk keharmonian semula jadi. Ia turut dilengkapi jambatan digelar sebagai ‘jalan ketenangan’.

10. Sans Souci, Jerman.




Ia adalah sebuah taman luas mengelilingi istana Sanssouci di Potsdam yang dibina pada abad ke-18. Taman ini dilengkapi pelbagai spesies flora dan 3,000 pokok buah-buahan seperti limau,tembikai, pic,pisang dan sayur-sayuran. Pada tahun 1990, ia turut tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunis UNESCO.

Last edited by anees~nuhara on 18-4-2014 04:02 PM

Quote liyamariska 17-4-2014 03:19 PM
menarik pemandangan taman2 nih...
Quote iman_aly 17-4-2014 03:22 PM
waaaa... cantiknyaaaa.....
Quote ip_lepat 17-4-2014 03:25 PM
suka no 3..
Quote prettyuglybabe 17-4-2014 03:36 PM
cantik.. tenang je pandangan
Quote munchkin 17-4-2014 03:42 PM
ayaiyaiii...cantiknya sangat
Quote amiraira 17-4-2014 03:48 PM
cantiknya pemandangan dari kacamata mira ni ...ermmmm
Quote doubleA 17-4-2014 04:13 PM
subhanallah. cantiknya alam semulajadi
Quote unoryah 17-4-2014 04:37 PM
indahnya..sejuk mata memandang
Quote pakweneelofa 17-4-2014 05:33 PM
tempat sesuai untuk kita honeymoon dan prehoneymoon
Quote cmf_ultraviolet 17-4-2014 05:36 PM
cantiknyaaaa
Quote tobby 17-4-2014 06:51 PM
cantiknya
Quote mbhcsf 17-4-2014 07:26 PM
subhanallah cantik dan

......Greenwich....dia lupa bubuh  sooo lovely this time of the year....
Quote mbhcsf 17-4-2014 07:28 PM
cantik...2,3,4, 5 dan 8....

Quote jo_je 17-4-2014 07:40 PM
No 10 di german. . Saya dah sampai. Memang cantik.  Atas bukit sejuk jer.
Quote lavendernovella 17-4-2014 09:45 PM
Harap mesia boleh ambil iktibar  hihihihi, pasni buatlah taman yg indah , berseni dan cantik ...., tak rugi pon
Quote Kejora927 17-4-2014 10:34 PM
sangat cantik tempat2 ni
Quote shuk_one 17-4-2014 11:00 PM
Cantiknya....
kita banyak taman tapi tak de maintenance .
Sayang betul
Quote popjack 17-4-2014 11:25 PM
tak bersujud sukur!
kite ade hutan simpan luas di sebah den serewak...
tak cantik spt taman tapi berbiodiversiti nohhh!
tmpt tinggal flora dan fauna yg jerang2 dijumpai...

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.103593 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top