CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Neelofa dan Hans bakal kahwin hujung tahun ini?

22-4-2014 12:05 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 7692| Komen: 0

Description: Terima kasih kerana datang jika anda jangkakan akan ada kenyataan rasmi dari mulut Hans Isaac tentang hubungannya dengan Neelofa. Selebriti yang semakin hari semakin eksklusif tentang kehidupan periba ...



Terima kasih kerana datang jika anda jangkakan akan ada kenyataan rasmi dari mulut Hans Isaac tentang hubungannya dengan Neelofa. Selebriti yang semakin hari semakin eksklusif tentang kehidupan peribadinya itu masih enggan mengulas apa apa.


Namun, ada satu kenyataan Hans Isaac yang dipetik para media menarik perhatian kami. Seperti biasa apabila bertemu dengan penggiat seni ini, soalan tentang hubungan dengan Neelofa pasti menjadi salah satu soalan utama.

Menurut Hans Isaac, beliau sudah bersedia untuk mempunyai seorang teman hidup bergelar isteri dan akan membuat keputusan untuk berkahwin dan mengumumkan sesuatu pada Disember 2014 nanti. Ya, lapan bulan dari sekarang.

“Kalau diikutkan kesediaan untuk berumah tangga, saya sudah lama bersedia dan mungkin akan buat keputusan untuk berkahwin selewat-lewatnya Disember ini,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditanya tentang status hubungannya dengan aktres Neelofa.

“Kehidupan peribadi saya kini lebih gembira & tenang. Namun seperti semua sedia maklum, saya tidak begitu selesa untuk berkongsi kisah peribadi dengan umum serta berkongsi gambar bersama kekasih di media sosial,” ujar Hans Isaac kepada portal GUA.

Spekulasi mula timbul mengatakan yang beliau bakal mendirikan rumahtangga bersama Neelofa, selebriti yang sekian lama dikaitkan dengan dirinya — namun ianya boleh jadi juga jika Hans Isaac sudah ada pilihan lain ‘kan?


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.032851 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top