CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

BUKAN OP DAULAT-Bekas Panglima Tentera Darat Ke-18, Tan Sri Hashim Sertai PKR

7-3-2013 09:36 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 24087| Komen: 327

Description: Bekas PTD Tan Sri Hashim Sertai PKR Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN Tan Sri Mohd Hashim Hussein PETALING JAYA: Bekas Panglima Tentera Darat (PTD) ke-18, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Hashim ...
Bekas PTD Tan Sri Hashim Sertai PKR


Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN


Tan Sri Mohd Hashim Hussein

PETALING JAYA: Bekas Panglima Tentera Darat (PTD) ke-18, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Hashim Hussein pada Rabu mengumumkan secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan turut menyatkan sokongan penuh terhadap perjuangan Pakatan Rakyat yang disifatkannya lebih ikhlas dalam memperjuangkan hak rakyat.

"PR ada suatau kualiti yang penting sebab Anwar boleh bawa harmoni dalam parti. Kualiti kepimpinan sebegini sangat penting dalam mentadbir negara," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini, Rabu.

Beliau mendakwa dirinya tidak dipujuk oleh mana-mana pihak sebaliknya beliau secara sukarela ingin menyertai parti itu.

Dalam perkembangan lain, Hashim berkata inisden di Lahad Datu sepatutnya boleh ditangani dalam masa lebih singkat seperti peristiwa kumpulan Al-Maunah di Sauk pada 2000 yang hanya mengambil masa empat hari.

Katanya, operasi pihak keselamatan dalam peristiwa itu dilakukan dalam masa lebih singkat kerana terdapat rantaian perintah yang lebih jelas.

"Sepatutnya ada rantaian arahan yang jelas tetapi buat masa ini saya tak fikir ia berlaku.

"Jika saya boleh bandingkan dengan Sauk, kita mampu selesaikan dalam masa empat hari.

"Kenapa? Kerana kita ada struktur arahan yang jelas dan penggemblengan (tentera dengan) segera," katanya .

Beliau yang bersara pada 2002, bagaimanapun menjelaskan bahawa pendangannya itu mungkin berbeza sekiranya melihat sendiri keadaan di lapangan.

Pada 9 Febaruari lalu, kumpulan penceroboh yang dianggotai lebih 100 orang itu diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, masuk ke Sabah dan tinggal di Kampung Tanduo yang terletak kira-kira 100 kilometer daripada Lahad Datu.

Kumpulan berkenaan sebelum ini menuntut pengiktirafan sebagai tentera Sulu daripada kerabat Sultan Sulu, meminta agar komuniti Sulu, yang telah lama berada di Sabah tidak dihantar pulang.

Pada pagi Selasa, pasukan keselamatan negara melancarkan serangan ofensif di kawasan Kampung Tanduo bagi menyelesaikan krisis pencerobohan yang berlarutan sejak tiga minggu lalu.

Serangan itu dilakukan berikutan penceroboh bersenjata bertindak menyerang dan membunuh lapan anggota polis dalam dua kejadian berasingan di Lahad Datu dan Semporna pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Dalam dua kejadian berasingan masing-masing pada dua anggota komando polis VAT 69 terkorban apabila ditembak pada jarak dekat oleh kumpulan bersenjata Sulu sementara enam anggota polis lagi terbunuh dalam satu serangan hendap oleh yang sama di Kampung Simunul, Semporna.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idz 6-3-2013 09:03 PM
welcome to PR..
Quote dauswq 6-3-2013 09:08 PM
rminya polis/tentera masuk PKR...mcm ade sesuatu jah...
diorg dijanjikan elaun yg tinggi ker?
Quote kecimpret 6-3-2013 09:17 PM
tian chua kena bantai kiri kanan masih ade lg ex army nak msk PKR ekkk...dorang tak tgk TV3 ke

Quote kecimpret 6-3-2013 09:18 PM
[youtube]MSij05xMSQw[/youtube]

ex army ni mana tau pa...asik komplen yoooooo
Quote Nash^Roy 6-3-2013 11:00 PM
Hoooray.. jom compare negara kite ngan ghana.. kater panel
Quote geolimarkisa 6-3-2013 11:03 PM
Beliau yang bersara pada 2002, bagaimanapun menjelaskan bahawa pendangannya itu mungkin berbeza sekiranya melihat sendiri keadaan di lapangan.



so...turun tgk sendiri dulu la baru bagi pendapat wahai pakcik tan sri...
Quote penyo 6-3-2013 11:09 PM
setakat masuk PKR tak heran dia boleh keluar parti. sejarah membuktikannya

Last edited by penyo on 6-3-2013 11:10 PM

Quote geolimarkisa 6-3-2013 11:09 PM


pasni pakcik tan sri dengan pakcik jenderal berebut nak jadi menteri pertahanan...
Quote crossfire 6-3-2013 11:23 PM
penyo posted on 6-3-2013 11:09 PM
setakat masuk PKR tak heran dia boleh keluar parti. sejarah membuktikannya

panglima tak guna nie, abe keross sempat bawah orang tua kutuk nie, satu habuk pun takder bawak apa2 kebajikan kat tentera..
Quote gogo2 6-3-2013 11:24 PM
crossfire posted on 6-3-2013 11:23 PM
panglima tak guna nie, abe keross sempat bawah orang tua kutuk nie, satu habuk pun takder bawak ap ...

Abe keross.. Umo 35 boleh masuk tentera lagi ke?
Quote crossfire 6-3-2013 11:26 PM
gogo2 posted on 6-3-2013 11:24 PM
Abe keross.. Umo 35 boleh masuk tentera lagi ke?

boleh apply ajalah masuk wataniah... lagi 5 tahun bersara...

nak masuk army betul dah lewat..jadi macam david teoh..sekali menembak dah dpt mejar Last edited by crossfire on 6-3-2013 11:28 PM

Quote adiwarna 6-3-2013 11:28 PM
takziah tan sri! semoga berbahagia di sana....
Quote gogo2 6-3-2013 11:28 PM
crossfire posted on 6-3-2013 11:26 PM
boleh apply ajalah jadi reserve wataniah... lagi 5 tahun bersara...

Pm camane nak ma
Quote crossfire 6-3-2013 11:30 PM
gogo2 posted on 6-3-2013 11:28 PM
Pm camane nak ma

apply ajalah, tunggu iklan keluar..dgn syarat tak rabun... masuk wataniah david teoh ok aja, siti nurhaliza pun...boleh jaga SATU PENANG.
Quote gogo2 6-3-2013 11:31 PM
crossfire posted on 6-3-2013 11:30 PM
apply ajalah, tunggu iklan keluar..dgn syarat tak rabun... masuk wataniah david teoh ok aja,  ...

Tq Abe...
Quote cmf_blingblings 6-3-2013 11:32 PM
Suluk ke ni?
Quote crossfire 6-3-2013 11:33 PM
gogo2 posted on 6-3-2013 11:31 PM
Tq Abe...

masuk ajalah wataniah, kaum cina nie malu2 sgt nak masuk army.....

selebihnya perang civil boleh bantu, dia mindef punya orang...
Last edited by crossfire on 6-3-2013 11:38 PM

Quote crossfire 6-3-2013 11:35 PM
cmf_blingblings posted on 6-3-2013 11:32 PM
Suluk ke ni?

jgn sebutlah panglima tak guna nie.....
Quote fairluck 6-3-2013 11:35 PM
Askar tahap prebet cabuk geng senaman punggong saja yg masih setia dgn UMNO...

Lihat semua komen(327)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.063203 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top