CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Nek Misnah Dibelasah Perompak

22-4-2014 05:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7775| Komen: 19

Description: Kota Tinggi - Seorang Warga Emas Di Felda Sungai Mas Disini Bukan Sahaja Patah Hidung Malah Turut Mengalami Kecederaan Teruk Di Muka Akibat Dibelasah Ketika Dirompak Di Kediamannya Di Sini Isnin Lalu.
Nenek Hampir Pecah Muka, Perompak Wanita Mengganas !





KOTA TINGGI - Seorang warga emas di Felda Sungai Mas disini bukan sahaja patah hidung malah turut mengalami kecederaan teruk di muka akibat dibelasah ketika dirompak di kediamannya di sini Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, Misnah Sahuri, 62 dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi selepas kejadian malang tersebut disedari suaminya Mohd Sani Mistar,62 yang berpatah balik ke rumah ketika itu.

Mohd Sani ketika ditemui berkata, ketika kejadian dia yang bekerja sebagai mandur di kebun tiada di rumah kerana telah keluar kira-kira jam 7 pagi.

Bagaimanapun katanya, dia kembali semula ke rumah kira-kira jam 8 pagi untuk mengambil barangnya
yang tertinggal sebelum terlihat isterinya yang terbaring di lantai berlumuran darah.

“Selalunya jika saya keluar kerja saya tidak akan balik ke rumah sebelum siap kerja namun pada hari itu kebetulan ada barang saya tertinggal di rumah lalu saya berpatah balik.

“Ketika sampai di pekarangan rumah, saya ada melihat sebuah motosikal namun saya tidak syak apa-apa kerana menyangka rakan isteri datang ke rumah.

“Malah saya juga sempat menegur pemiliknya namun pemiliknya yang kelihatan panik terus menghidupkan enjin lalu terus memecut," katanya.

Kata Mohd Sani, curiga dengan keadaan itu, dia memanggil isterinya namun tiada sahutan malah pintu rumah juga tertutup.

"Sebaik sahaja saya melihat ke dalam rumah isteri sudah terbaring dengan berlumuran darah. Ketika itu barulah saya sedar isteri telah dirompak,” kata bapa kepada empat anak itu.

Katanya, dia juga tidak menyangka perompak tersebut yang dipercayai seorang wanita tergamak memukul isterinya sebegitu rupa malah berani melakukan jenayah tersebut pada siang hari.

Tambah Mohd Sani, isterinya yang pada awalnya dirawat di Hospital Kota Tinggi telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru kerana disyaki mengalami darah beku di bahagian kepalanya bagaimanapun keadaannya kini sudah stabil.

“Sebelum ini kira-kira lima tahun yang lalu rumah kami pernah dimasuki perompak, namun ketika itu kami hanya diikat. Tidak sangka kejadian sama akan berulang lagi namun kali ini lebih parah.

“Sebagai langkah keselamatan saya juga telah berbincang dengan anak-anak dan meminta salah seorang daripada mereka tinggal bersama kami,” katanya lagi.

Berikutan kejadian itu, dia juga telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi.



2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ctaz 22-4-2014 09:56 AM
kejam giler....
kalau dpt perompak tu....
belasah sampai setengah mati....
Quote kiutkiut 22-4-2014 10:09 AM
advance dah sekarang.. lu ingat jantan je pandai merompak ganas2 mcm ni?
Quote dubuk 22-4-2014 10:20 AM
cepat lah laksana hudud
Quote pakweneelofa 22-4-2014 10:32 AM
kota tinggi ni bahaya
Quote crossfire 22-4-2014 10:33 AM
pakweneelofa posted on 22-4-2014 10:32 AM
kota tinggi ni bahaya

@highcastle ada jawapannya..:
Quote highcastle 22-4-2014 11:24 AM
crossfire posted on 22-4-2014 10:33 AM
@highcastle ada jawapannya..:

Kota Tinggi tu luas la, kat bandar Kota jarang pulak berlaku jenayah.. Tapi kawasan Felda kat Kota Tinggi selalu lah dan yg buat jenayah rompak atau samun kat rumah kebanyakkan penagih ngan Indon lah......
Quote sapp73 22-4-2014 11:35 AM
mungkin penagih dadah....felda felda kat kawasan tu sudah jadi sarang dadah
Quote cubby_qt 22-4-2014 11:38 AM
highcastle posted on 22-4-2014 11:24 AM
Kota Tinggi tu luas la, kat bandar Kota jarang pulak berlaku jenayah.. Tapi kawasan Felda kat Kota ...

Setuju.. banyak indon PATI.. yg upah.. org felda gak..
Quote batmana 22-4-2014 12:45 PM
pmpn bwa moto ..pi rompak..

ala, org felda situ juga la..

Quote namirulmukminin 22-4-2014 12:50 PM
Perempuan + Perompak = Perompuak....
Quote zeed 22-4-2014 01:45 PM
Misnah, sahuri, mistar.. javanese name.. calling for abam peyno..
Quote devilito2 24-4-2014 11:48 AM
rompak jer la xyah nak pukul2 sampai cedara parah...
Quote mommymonster82 25-4-2014 11:39 PM
Pompuan????  Mesti penagih
Quote setia00 26-4-2014 07:06 PM
penagih lah ni..
dengan orang tua pun nak digaduhnya..kesian makcik ni..
nak rompak, rompak je barang.jangan nak usik orang dekat rumah tu.
Quote noor2 26-4-2014 07:22 PM
perompak pengecut...dgn nenek bolehla ..

perompak ni elok ditembak sampai mati
Quote haryatie 26-4-2014 07:44 PM
Kejam giler....
Mesti trauma kan
aku td pagi da kena time nk pegi psar. bukan jauh dr umah pun seberang jln je tiba2 motor dr arah depan jauh dr jln aku trus meluru kat aku. yg blakang turun kluarkn pisau. aku panik tp menjerit jugak la dia ugut klau jerit lg dia nk tikam. smpai sekrang aku msih lg rsa tkut gila...susahnya nk hdup..x slamat di mana  mna pun
Quote alinone78 26-4-2014 07:53 PM
Drug addict la tu
Quote solstice 26-4-2014 08:22 PM
Vavi btol lah
Elok sgt lalau dipukul reramai sampai mamposss
Thats the only way la ni
Kalau tak depa x serik
Drpd public kena pukul... elok depa yg mampus dulu
Quote R.A.M.A_mirror 1-5-2014 09:35 AM
ak orang Johor tapi da malas nak balik Jhor since rame berlambak2 sangat PATI kat sana..

#bukan si tanggang k !! LOL

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.401941 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top