Pembantu Pengarah Unit Undang-undang Islam Brunei, Jauyah Zaini berkata, tiada tarikh baru ditetapkan untuk memulakan pelaksanaan undang-undang syariah itu yang menyediakan peruntukan hukuman sebat, memotong tangan atau kaki serta rejaman hingga mati. Namun, Jauyah berkata, undang-undang itu akan tetap dilaksanakan “dalam masa terdekat.” Katanya, pelaksanaan undang-undang itu terpaksa ditangguh atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Pengumuman itu dibuat ketika Sultan Hassanal Bolkiah mengadakan lawatan rasmi ke Singapura dan kerajaan dipercayai menunggu pemerintah berkuasa itu kembali sebelum memperkenalkan undang-undang sensitif berkenaan. Namun, penangguhan pelaksanaan hukuman itu mampu mengubah pendirian sultan berusia 67 tahun itu. Pihak berkuasa baru-baru ini menjalankan beberapa taklimat untuk agensi rasmi dan organisasi bukan kerajaan bagi menerangkan mengenai hukuman berkenaan. Peguam dan aktivis hak asasi, Nizam Bashir berkata, pengenalan undang-undang itu bagaikan satu tembok bagi mengatasi globalisasi. “Jika anda cuba melompat tembok itu, akan timbulnya beberapa isu. “Setiap kali anda menerima jawapan, soalan lain akan bermula dan memberikan mereka idea yang tidak selari dengan konsep yang difahami,” katanya. Sementara itu, Majlis Hak Asasi Manusia PBB menyatakan “sangat bimbang” dan mendakwa, hukuman seperti merejam dengan batu diklasifikasi undang-undang antarabangsa sebagai hukuman “penderaan kejam dan tidak berperikemanusiaan.” Hampir 70 peratus daripada 400,000 rakyat Brunei adalah Melayu Muslim, manakala kira-kira 15 peratus lagi etnik Cina bukan Islam.- AFP
|
yipun_78 posted on 23-4-2014 08:13 AM
menerima kecaman Majlis Hak Asasi Manusia PBB? bukan ke Negara dia absolute monarch sapa ...
yipun_78 posted on 23-4-2014 08:13 AM
menerima kecaman Majlis Hak Asasi Manusia PBB? bukan ke Negara dia absolute monarch sapa ...
kentel posted on 23-4-2014 08:16 AM
aku penah dengar sorg ustaz cakap, sorg cuba buat kebaikan, 10 orang akan tentang, especially zama ...
yipun_78 posted on 23-4-2014 08:13 AM
menerima kecaman Majlis Hak Asasi Manusia PBB? bukan ke Negara dia absolute monarch sapa ...
d'zeck posted on 23-4-2014 08:20 AM
biasa la puak2 yahudi dan ultra liberal global
berselindung di sebalik nama PBB
bertujuan untuk ...
sidewinder posted on 23-4-2014 09:02 AM
bersebab la tu.....kalu niat hudud utk macai bawahan ajer kaum kerabat dia kat luar dan dlm negara b ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-3-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.286686 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.