CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dapat Tempat Menghentam Kerajaan Pula

23-4-2014 10:22 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5138| Komen: 17

Description: Sementara Itu, Mohamad Berkata, Bangunan Baharu Medan Selera Ampangan Yang Menelan Belanja Rm8.7 Juta Itu Bakal Menjadi Mercu Tanda Dibanggakan Penduduk Sekitar Kawasan Ampangan Dan Seremban.


SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi amaran kepada peniaga di Medan Selera Ampangan, dekat sini, supaya mencari lokasi perniagaan lain sekiranya ada antara mereka mengutuk kerajaan.

Beliau berkata, peniaga di situ sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan yang berusaha menyediakan kemudahan berniaga selesa dan bukannya berterusan mencari salah kerajaan.

“Mahu menumpang di gerai kerajaan, meminta macam-macam tetapi apabila sudah dapat, tempat menghentam kerajaan pula.

“Jika tidak suka dengan kerajaan BN, pergilah berniaga di Kelantan, Selangor atau Pulau Pinang. Ini saya dengar ada yang buka video ceramah parti pembangkang mengutuk kerajaan sepanjang hari, sedangkan berniaga di premis kerajaan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak akan teragak-agak menarik balik lesen peniaga di Medan Selera Ampangan baharu itu sekiranya penyewa enggan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

“Jika didapati ada peniaga mahupun operator yang tidak mahu bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), kita akan minta mereka keluar daripada kawasan itu.

“Jangan main ikut suka hati kerana negara ini ada undang-undang dan peraturan. Orang yang suka mengutuk kerajaan juga, saya nasihatkan elok berhenti dan jangan berniaga di sini,” katanya pada sidang media selepas melawat Medan Selera Ampangan yang baharu, di sini semalam.

Sementara itu, Mohamad berkata, bangunan baharu Medan Selera Ampangan yang menelan belanja RM8.7 juta itu bakal menjadi mercu tanda dibanggakan penduduk sekitar kawasan Ampangan dan Seremban.

Beliau turut berharap ia dapat menjadi medan pelancong serta orang ramai untuk menikmati masakan Negeri Sembilan.

“Saya yakin tempat ini bakal menjadi tempat tumpuan orang ramai selepas ia beroperasi sepenuhnya.

“Saya amat berharap peniaga, operator dan orang ramai dapat menjaga kebersihan dan segala kemudahan disediakan," katanya.

Medan Selera Ampangan ini menempatkan 60 unit gerai makanan dan 10 lagi gerai kering seperti jualan suratkhabar, majalah, kraftangan dan lain-lain serta telah dibina mengikut spesifikasi ditentukan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rammad25 22-4-2014 11:29 AM
tempat berniaga nie bina guna duit peribadi dia ke?
Quote norhaz 22-4-2014 11:44 AM
Kat ampangan di dipenuhi dengan org minang..org melayu dah tak berniaga kat situ sebab takut dek ketuo minang..bersepah indon kat kaw tu sewa rumah buat rumah...sakit mato..tu tok mat taknak tgk ke?buat pejam mata?
Quote the_killer 22-4-2014 11:49 AM
norhaz posted on 22-4-2014 11:44 AM
Kat ampangan di dipenuhi dengan org minang..org melayu dah tak berniaga kat situ sebab takut dek ket ...

sono nogori kan semuo suku2 minangkabau...sodaro2 mereko ramai2...kualo pilah, jolobu,ghombau,..semuonyo suku2...eh....12 suku..itu bolum laie suku2 dari sumatera....minang pon dah jadi pemimpin yo
Quote cmf_herrhughie 22-4-2014 11:54 AM
Oh yeah, umno telah menanam minda suci murni ni :u tak suka, u keluar Dari sini........


Best la Malaysia ni, thank you umno....
Quote sup@rm@n 22-4-2014 12:00 PM
Pok montori palo bano umno camni lo. Dio ingek nogori ni dio yong ponyo. Poyo martopo tol lo. Nilo namonyo domokrosi terpompon nato bewok.

Bodo taloh nok diojor.
Quote popjack 22-4-2014 01:00 PM
kolo den pun supo gitu, ponat2 den berusaha bori torbaik tuk org2 den...
tp den ttp dikutok puok2 bonci den!makanyo den sombur "jikolo tak suko poyi tompek lae'n"sobolum den carut'
Quote freebird 22-4-2014 01:05 PM
dio ni pokak ko apo??? orang kutuk ameno parti kapal layar tu, ada paham tak??
dio ni maso kocik dulu asal felda labu jonson ko??? bobal naaaa...
Quote namirulmukminin 22-4-2014 01:22 PM
Dio bino tompek tu pakai duit ABAH dio kot......... Sobab tu dio bangang.... Nak jual air kek selangor, MB khalid tolak montah2... tu yang dio meroyan sangat tu...
Quote chandrahusin 22-4-2014 02:09 PM
sonang yo montori2 ni beckp..mcm ckp2 org pprt
Quote prettymanja 22-4-2014 02:13 PM
Alahai.. Anak Omak oii
Quote the_killer 22-4-2014 02:20 PM
manghah yo montori dok suroh halau urang mcm no nogori uwan dio
Quote huJanBaTu 22-4-2014 02:35 PM
suke pi makan kt ampangan nih..bes2 kedai dia..zaman buat a-level dulu rajin jalan kaki dari allson klana smpi ke ampangan...

pasar malam pun bes..
Quote tapibukanaku 22-4-2014 02:39 PM
sup@rm@n posted on 22-4-2014 12:00 PM
Pok montori palo bano umno camni lo. Dio ingek nogori ni dio yong ponyo. Poyo martopo tol lo. Nilo n ...

da serupa bahasa apa tah....
Quote pakweneelofa 22-4-2014 03:11 PM
ganas nye menteri besar nogori ni..takot hakak
Quote kecimpret 22-4-2014 03:52 PM
MB yg ada hati nak jual air ke Selangor w'pun negeri sendiri kena catu air
Quote garyura 25-4-2014 02:43 PM
ni namanya demo kasi terpimpin
Quote devilito2 25-4-2014 03:33 PM
erk.. pulak dah...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.057594 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top