CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Sharnaaz Mahu Selesaikan Isu Gaduh Selepas Lisdawati Bersalin

23-4-2014 10:33 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17143| Komen: 64

Description: "Saya Tunggu Lisdawati Beranak Dulu, Baru Bincang. Sebenarnya Saya Malas Lah Nak Cakap Tentang Perkara Ini. Saya Tak Suka Bercakap Pasala Orang Yang Tiada Kena Mengena Dalam Hidup Saya", Tuturnya ...


"Pertelingkahan saya dengan dia (Lisdawati) itu biarlah berlalu... Tapi saya rasa ia memang patut diselesaikan sebab saya tak mahu nanti kalau saya mati, mata tak tutup rapat", itu kata pelakon Sharnaaz Ahmad, 29, dengan nada sinis saat ditanya perkembangan lanjut tentang pergaduhan antara dia dengan dramatis Lisdawati yang tercetus sekitar beberapa bulan lalu.

Tambah hero drama bersiri popular, 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' ini lagi, dia tetap mahu bersemuka dan menyelesaikan perkara itu dengan Lisdawati juga suaminya, Fauzi Nawawi.


Tetapi buat masa ini dia menunggu masa yang sesuai bagi mengelakkan dari keadaan menjadi keruh. Lagipun Lisdawati kini sedang sarat mengandung.

"Saya tunggu Lisdawati beranak dulu, baru bincang. Sebenarnya saya malas lah nak cakap tentang perkara ini. Saya tak suka bercakap pasala orang yang tiada kena mengena dalam hidup saya", tuturnya ringkas dan enggan mengulas lanjut.

Sharnaaz ditemui pada majlis tayangan episod akhir 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' bertempat di Red Carpet Avenue @ Encorp Strand Mall, Kota Damansara, malam tadi.

Sebelum ini laporan media menyebut Sharnaaz telah menyerang Lisdawati secara mengejut di lokasi penggambaran drama 'Bukan Aku Tak Cinta' di Sungai Buloh pada 19 dan 21 Februari lalu. Gara-gara serangan itu, Lisdawati, 35, mendakwa mengalami darah tinggi. Peristiwa itu menjadi tegang apabila suami Lisdawati iaitu Fauzi Nawawi, 40, dikatakan menerima khidmat ringkas (SMS) daripada Sharnaaz berbaur ugutan selepas dia bertanyakan hal berkenaan.

Malu Tengok Diri Sendiri

Menyentuh mengenai drama terbitan Pena Creative Production itu, Sharnaaz berkata, dia sama sekali tidak menyangka drama yang mengandingkannya bersama pelakon cantik, Nelydia Senrose, mendapat sambutan hangat para penonton dari pelbagai peringkat umur sehingga mencetuskan fenomena

Bagaimanapun diakui kejayaan tersebut bukan hanya kerana komitmen lakonan dia dan Nelydia sahaja tetapi juga kerja keras seluruh kru produksi drama tersebut.

"Saya tak sangka maklum balas daripada penonton terhadap drama ini sangat mengalakkan. Paling saya terkejut, dikalangan budak kecil pun kenal dan suka dengan watak saya, Jebat. Pada awalnya saya mahu mempotreykan Jebat seorang yang akan dibenci penonton. Saya fikir, siapalah yang suka pada lelaki botak, kan. Dan saya hidupkan karakter Jebat sebagai seorang yang akan buat orang marah padanya. Tapi tak sangka pula para penonton menyukainya.

"Saya rasa penat lelah kami semua para pelakon juga termasuk seluruh kru produksi berbaloi apabila drama ni raih rating yang tinggi dan mendapat sambutan. Saya ingin tujukan rasa penghargaan saya kepada seluruh kru kerana mereka yang lebih berusaha keras demi untuk menghasilkan drama ini di tahap yang terbaik", katanya turut mengakui karakter sebenar dirinya juga saling tak tumpah seperti Jebat.


Barisan pelakon 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta'.

Bagaimanapun Sharnaaz memberitahu sepanjang drama tersebut bersiaran, dia belum pernah menontonnya waima satu episod. Ini kerana, dia malu mahu melihat lakonannya sendiri disamping bimbang kalau-kalau dia tidak dapat mengekalkan momentum Jebat dari satu episod ke satu episod sepertimana yang dimahukan penonton.

"Respon daripada penonton terhadap drama ini, kalau boleh saya katakan ianya 'beyond extra-ordinary'. Jadi itu membuatkan saya takut kalau-kalau saya buat silap dalam lakonan saya. Sebenarnya saya tak tonton pun drama ni sebab saya sibuk dengan penggambaran.

"Tapi saya ada rakamkan setiap episod cuma saya belum tonton. Saya takut tengok lakonan sendiri dan bimbang kalau saya tak boleh kekalkan momentum Jebat dari satu episod ke satu episod kerana jangkaan dan harapan penonton terhadap cerita ini sangat tinggi", katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz juga diminta mengulas mengenai satu kontroversi yang tercetus gara-gara gambar-gambar intim antara dia dan Nelydia untuk drama tersebut, yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya. Gambar-gambar berserta kapsyen yang sangat romantis itu pernah menimbulkan kemarahan kekasih Nelydia iaitu pengacara dan pelakon Qi Razali.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamapea 23-4-2014 09:05 AM
adam ikut muka pakcik dia la..
Quote miminn 23-4-2014 09:11 AM
asal nampak bambam. goatee tu buat dia nampak macam ada double chin. hihi
Quote tomet05 23-4-2014 09:16 AM
semoga mencapai penyelesaian teraik
Quote ainie_1008 23-4-2014 09:20 AM
yg pasti aku x suka lisdawati dan suami poyonya..
Quote schababe 23-4-2014 09:28 AM
aku pun sama..xberkenan sungguh dgn si lisda dan poji tuh
Quote edoraixora 23-4-2014 09:32 AM
sharnaaz ni nmpak makin berisi pulak

Quote tengokjerrr 23-4-2014 09:37 AM
tembamnyerrr jebat
Quote onetwonine 23-4-2014 09:39 AM
amboi nmpk bambammmmm
Quote lucky_peace 23-4-2014 09:55 AM
yup yup yup... nampak makin berisi...
Quote -electrifying- 23-4-2014 10:11 AM
aku masih tidak menyukai ketiga2 individu ni tapa sebab. terima kasih.
Quote mommymonster82 23-4-2014 10:12 AM
Xsuka laki bini pyo tu jugak
Quote naina 23-4-2014 10:27 AM
xsuke lisda dlm bukan kerana aku xcinta.xbes.
pasal isu gado ni aku xtaw hujung pangkal
Quote carly_lah 23-4-2014 10:30 AM
muka senang hati... badan pun berisi...
Quote miniminimor 23-4-2014 10:37 AM
si laki lisdawati ni pernah ajak member aku pergi apartment dia uolss. ni citer lama la tapi masa tu dia dah kawen pun dgn lisdawati
Quote martiena 23-4-2014 10:40 AM
miniminimor posted on 23-4-2014 10:37 AM
si laki lisdawati ni pernah ajak member aku pergi apartment dia uolss. ni citer lama la tapi masa tu ...

apartment setapak ria ke uolss....
Quote miniminimor 23-4-2014 10:42 AM
martiena posted on 23-4-2014 10:40 AM
apartment setapak ria ke uolss....

tak tau la pulak sbb member aku tak pergi pun.


Quote Lavender_Violet 23-4-2014 10:56 AM
naina posted on 23-4-2014 10:27 AM
xsuke lisda dlm bukan kerana aku xcinta.xbes.
pasal isu gado ni aku xtaw hujung pangkal

Kan....aku pun tak suka Lisda dlm drama ni esp part yg dia tengah benci Jebat tu, memang nampak over dan aku rasa macam reflect dia in person
Quote xdielzx 23-4-2014 11:09 AM
apesal dia ni asik kes gaduh je...
Quote mitnick 23-4-2014 11:26 AM
x abis lagi kekdahnyer kesah deme nie

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.149517 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top