CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Catuan Air Di Lembah Klang Dihentikan Minggu Depan

23-4-2014 10:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9078| Komen: 52

Description: Menurut Beliau, Mesyuarat Yang Dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Loo Took Gee; Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span); Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. ...


Catuan air di Lembah Klang dihentikan minggu depan
KUANTAN 22 April - Kebimbangan penduduk di Selangor dan Wilayah Persekutuan bakal berakhir apabila catuan air yang berlangsung selama dua bulan lalu akan ditamatkan pada minggu depan.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan mengisytiharkan perkara itu hasil daripada mesyuarat yang diadakan di Shah Alam petang semalam.

Menurut beliau, mesyuarat yang dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Loo Took Gee; Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN); Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan syarikat pengurusan air lain membincangkan beberapa langkah susulan bagi menamatkan catuan air.


Beliau yang ditemui selepas Majlis Tautan Kasih Bersama Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri di sini, malam tadi berkata, bekalan tersebut dijangka pulih sepenuhnya sebelum bulan Ramadan ini dan masyarakat terutama umat Islam tidak perlu bimbang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote huJanBaTu 22-4-2014 01:11 PM
sumber mana ni?
Quote genchi 22-4-2014 01:15 PM
siyes? mana artikel??

kalo btol alhamdulillahh

sian sama yang ramai rakyat dlm umah.. nak tadah air pun tak ckp
umah pun kck ..

mcm gen dok sorang takde trasa sgt.. sbb masa ada air mmg tadah pnoh2 tangki.. ckp la

tuk 2 ari tuh
Quote namirulmukminin 22-4-2014 01:15 PM
Tu pasal dia berani tolak tawaran MB Nogori.... buek apo nak bazir bayar juta2 kek kerajaan Nogori... ngabis boreh jo....
Quote sapp73 22-4-2014 01:17 PM
kalau betul baguslah....tapi simpanlah jugak air, mana tau krisis berulang
Quote atira 22-4-2014 01:25 PM
ramalan cuaca kata nanti musim kering lagi teruk may - sept..
harap2 kita semua masih berhemah la guna air ye
kalau tak.. rasakana kering kontang berbulan2 lamanye
Quote whadda 22-4-2014 01:31 PM
alhamdulillah la kalau benti catu... klo berdua ok lagi... tp klo kuarga datang... adoiii... memang la tak cukup... leceh... sampai nak kencing berak pon kene catu...
Quote lizaluvliz 22-4-2014 01:33 PM
btuika?? br dgr berita pg td kat radio...catuan akan diteruskan
kalu betui stop bagusla...
Quote AbukRokok 22-4-2014 01:45 PM
pembangunan merata2... hujan xmeresap kedalam tanah jadi banjir kilat
jangan harapla empangan nak penuh

perlu ada pembangunan terkawal utk jaga sumber air bawah tanah yg boleh disedut kedalam empangan ketika kecemasan
Quote AbukRokok 22-4-2014 01:46 PM
lepas berenti catu air..ummah gerenti membazir semula.... amik wuduk buka pili air mcm nak tadah air segelen...mandi wajib setiap 3 hari... sekali mandi 3-4 baldi besar
kali 2 juta
Quote tupaiterbang 22-4-2014 01:49 PM
Catuan Air Diteruskan - Syabas


KUALA LUMPUR 22 April - Pelan catuan bekalan air peringkat pertama, ketiga dan keempat masih diteruskan sehingga diputuskan semula oleh kerajaan negeri Selangor.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata sehingga kini, pelan catuan itu berjalan lancar.

Beliau berkata penyaluran bekalan air terputus di beberapa kawasan catuan di Putra Prima, Sepang semalam adalah disebabkan peralatan dicuri pihak tidak bertanggunjawab.

"Peralatan yang dicuri telah diganti semula oleh Syabas dan bekalan air kembali disalurkan ke kawasan pengguna yang terlibat, dan mereka yang melakukan perbuatan itu boleh didakwa di bawah Akta Industri Pembekalan Air 2006 dan boleh dikenakan penalti yang tinggi," katanya dalam kenyataannya semalam.

Priscilla berkata bantuan bekalan tidak akan diberi kepada pengguna komersial serta industri namun mereka boleh memohon membeli air daripada SYABAS dengan menyediakan pengangkutan sendiri, mengikut terma dan kelulusan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.syabas.com.my berkaitan kawasan yang terlibat serta jadual pelan catuan.

sumber :http://www.rakyatnews.my/index.php/20140422166172/umum/catuan-air-diteruskan-syabas?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+RakyatNewsRss+%28Rakyat+News+RSS%29
Quote totokreturn 22-4-2014 01:50 PM
Haaa yg nih kena cakap.... terima kasih SYABAS
Quote dasatgiler 22-4-2014 02:21 PM
huJanBaTu posted on 22-4-2014 01:11 PM
sumber mana ni?

kalau TT nih yg bukak thread, sumbernya pasti daripada blog OMAKKAU pencipta fitenah di alam maya

http://omakkau.blogspot.com/2014 ... -omar-dan-para.html


Quote huJanBaTu 22-4-2014 02:23 PM
dasatgiler posted on 22-4-2014 02:21 PM
kalau TT nih yg bukak thread, sumbernya pasti daripada blog OMAKKAU pencipta fitenah di alam maya
...

la...so masih continue catu jugak?

Quote prettymanja 22-4-2014 02:27 PM
ye la tu?? Cian org Selangor xmandi wajib dgn sempurna Uols
Quote huJanBaTu 22-4-2014 02:29 PM


nanti ade orang carut syabas mcm plus baru tau....

Quote akughi 22-4-2014 02:30 PM
Quote akughi 22-4-2014 02:32 PM
Kalau kenyataan ini keluar dari mulut seorang Menteri, Sangkakala rasa dah gegak gempita seluruh alam tambahan pula pengikut pembangkang akan menghentam Menteri tersebut seperti mana yang mereka lakukan terhadap Perdana Menteri tentang isu kangkung sikit masa dulu.

Tapi mungkin kerana YB Yunus ini adalah EXCO kerajaan Pakatan di Selangor, 洀愀欀愀 senyap sunyi semua pengikut pembangkang dan apa yang menjadikan ianya lebih kelakar, mungkin akan ada yang menyokong.Kenyataan jika tiada air paip maka air hujan boleh diguna pakai untuk kegunaan harian Sangkakala rasa adalah satu kenyataan bangang yang dikeluarkan oleh seorang EXCO.

Kalau dah ada hujan, sudah pastilah empangan akan penuh dan masalah air tidak akan timbul, tapi yang menjadi masalahnya sekarang ini ialah tiada hujan yang turun di Selangor.

Lagi satu Sangkakala nak katakan tentang kebodohan EXCO ni ialah, air hujan pada masa kini terlalu banyak kadar asid dan bahan yang boleh memudaratkan kesihatan manusia akibat daripada pencemaran udara.

Kalau di zaman sebelum tahun 60an dulu ada kemungkinan air hujan akan menjadi alternatif kepada penggunaan harian tetapi pada ketika ini, air hujan sudah berubah daripada bersih kepada tidak selamat digunakan.

Takkan sebagai seorang EXCO kerajaan , YB Yunus tidak mampu memikirkan perkara ini dan hanya mengeluarkan kenyataan ibarat melepas batok di tangga.

Atau pun kemungkinan besar, kerajaan Selangor sememangnya tidak pernah memikirkan keselamatan pengguna air di Selangor yang kini dilanda dengan krisis air yang telah berlaku hampir dua bulan.

Menteri Besar Selangor semasa ada cadangan untuk pembinaan loji langat 2 pernah mengatakan bahawa Selangor mempunyai lombong yang banyak dan mampu untuk membekalkan air kepada rakyat tetapi kini, rakyat Selangor mengalami masalah air yang meruncing.

Kerajaan Barisan Nasional pernah membuat cadangan untuk membina loji Langat 2 kerana mengikut kajian masalah air akan berlaku pada tahun 2014 apabila permintaan air meningkat di Selangor.

Akan tetapi, ianya telah disanggah oleh kerajaan negeri dengan memb3rikan pelbagai alasan dan akhirnya perkara tersebut benar benar berlaku kini dan baru baru ini, Menteri Besar Selangor telah bersetuju untuk membina loji Langat 2.

Meskipun begitu, pelbagai reaksi telah diberikan oleh ADUN daripada kerajaan yang menghentam tindakan Menteri Besar Selangor yang menandatangani perjanjian pembinaan loji Langat 2 baru baru ini.

Jika perjanjian ini di tandatangani sepertimana yang dijadualkan oleh kerajaan pusat, kemungkinan besar pada hari ini permasaalahan air tidak akan berlaku di negeri Selangor dan simpanan air di Selangor mencukupi untuk digunapakai oleh rakyat.

Oleh kerana kerakusan dan kesombongan serta keegoan pemimpin kerajaan Selangor, maka pada hari ini rakyat menerima azab dan sengsara kerana ketiadaan air untuk mejalankan kegiatan harian.

Begitu juga kilang kilang di Selangor, 琀攀爀氀愀氀甀 banyak yang menerima bahang akibat dari ketiadaan air di negeri Selangor untik menjalankan operasi harian.
Quote atira 22-4-2014 02:34 PM
utuseks

Catuan air di Lembah Klang dihentikan minggu depan
KUANTAN 22 April - Kebimbangan penduduk di Selangor dan Wilayah Persekutuan bakal berakhir apabila catuan air yang berlangsung selama dua bulan lalu akan ditamatkan pada minggu depan.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan mengisytiharkan perkara itu hasil daripada mesyuarat yang diadakan di Shah Alam petang semalam.
Menurut beliau, mesyuarat yang dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Loo Took Gee; Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN); Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan syarikat pengurusan air lain membincangkan beberapa langkah susulan bagi menamatkan catuan air.

Beliau yang ditemui selepas Majlis Tautan Kasih Bersama Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri di sini, malam tadi berkata, bekalan tersebut dijangka pulih sepenuhnya sebelum bulan Ramadan ini dan masyarakat terutama umat Islam tidak perlu bimbang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140422/dn_31/Catuan-air-di-Lembah-Klang-dihentikan-minggu-depan#ixzz2zaucpF6x
© Utusan Melayu (M) Bhd

Quote dasatgiler 22-4-2014 02:35 PM
huJanBaTu posted on 22-4-2014 02:23 PM
la...so masih continue catu jugak?

eh ini info dari blog OMAKKAU tau, maka wajib percaya..

twitter ahmad maslan tak perlukan bloger2 umno bertaraf sampah tu pun datang drpd blog nih jugak..

takkan lah TT yg beri salam ke hulu, salam ke hilir tiap2 kali bukak thread sanggup menifuuu & menyebar pitenah..





Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.073733 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top