CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pondok Tahfiz Di Umbai

23-4-2014 03:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8506| Komen: 29

Description: “Selain Menekan Ilmu Pengajian Tahfiz Al-Quran, Sekolah Ini Juga Tidak Mengetepikan Mata Pelajaran Akademik Lain Seperti Pengambilan Sijil Pelajaran Malaysia (Spm) Dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (St ...
UMBAI - Sebuah sekolah tahfiz yang diusahakan Ahli Jawatankuasa Surau Haji Husin akan dibina di Umbai, tidak lama lagi.

Pengerusi Pembangunan Sekolah Pondok Tahfiz Tuan Guru Haji Husin, Mohd Saufi Daud berkata, sekolah yang dibina di atas tanah seluas kira-kira 0.8 hektar itu mampu memuatkan kira-kira 250 pelajar dalam satu masa.

Menurutnya, anggaran kos diperlukan bagi pembinaan sekolah berkenaan berjumlah RM1.5 juta, bagaimanapun setakat ini, hanya kira-kira RM100,000 terkumpul hasil sumbangan orang ramai.

“Selain menekan ilmu pengajian tahfiz al-Quran, sekolah ini juga tidak mengetepikan mata pelajaran akademik lain seperti pengambilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM),” katanya pada majlis pecah tanah sekolah terbabit di Jalan Kenangan Umbai, dekat sini, baru-baru ini.

Majlis disempurnakan Mudir Sekolah Pondok Sungai Durian, Kelantan, Dr. Abdul Basit Abdul Rahman.

Beliau berkata, uniknya sekolah itu nanti ialah akan memberi penumpuan kepada pengajian kitab turath atau kitab lama yang pernah digunakan ulama terdahulu.

“Peringkat awal, kita menyasarkan kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun yang bakal dibimbing tenaga pengajar dan ustaz berpengalaman. Setakat ini hanya sebagai permulaan hanya pelajar lelaki sahaja diterima.

“Kerja-kerja pembinaan bangunan akan berjalan tidak lama lagi secara berperingkat," katanya.

Beliau turut mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk wakaf, derma atau sumbangan tanah bagi pembangunan sekolah berkenaan.

Meraka yang berminat boleh menghubungi talian 013-6011969 (Mohd Saufi) atau mendepositkan ke akaun Sekolah Pondok Tahfiz Tuan Guru Haji Husin
(554053608950 - Maybank).



1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 23-4-2014 11:07 AM
Tunggu bila madrasah hafiz diadakan di Pavillion...
Quote pakweneelofa 23-4-2014 01:10 PM
aku baca mcm mumbai je plak
Quote M5 23-4-2014 01:17 PM
penting utk kita ramaikan lagi budak2 jual kismis minda kt petrol station serta di restoran2 utk menampung permintaan ummah keatas pondok tahfiz ini. tak lupa utk mendoakan kesejahteraan pencipta cd player dan penjual cd quran dipasaraya serta pasar malam. anda semua merupakan tahfiz moden yg sering dilupakan masyarakat. Takbirrrr
Quote zull4rs 23-4-2014 01:32 PM
tongkatwaran75 posted on 23-4-2014 11:07 AM
Tunggu bila madrasah hafiz diadakan di Pavillion...

Nak bina Pavilion tu pon BBGS tergadai... nak bina Tahfiz?
Quote minyakzaiton 23-4-2014 01:42 PM
M5 posted on 23-4-2014 01:17 PM
penting utk kita ramaikan lagi budak2 jual kismis minda kt petrol station serta di restoran2 utk men ...

jelas bukan hanya hudud yang cik puan takutkan, muslim yang hafal quran juga amat menakutkan cik puan.
Quote LuqmanHakim3103 23-4-2014 07:45 PM
tongkatwaran75 posted on 23-4-2014 11:07 AM
Tunggu bila madrasah hafiz diadakan di Pavillion...

surau semayang jumaat dalam mall penah le aku jumpe bang.. madrasah hafiz x penah lgi.. keh keh


Quote ajinomotonosuga 23-4-2014 08:26 PM

umat islam asik nak sekolah hafiz jek..bila masa nak cipta mende macam kapal korek tuh

ntah2 nate tu made in yisrael

napa depa senang2 bukak sekolah? peh tu tadak kemampuan kendian idup macam segan tapi mati tak mahu? arap derma oang aje..

peh tu agak2 nak cepat duit kerah budak2 hafiz tu pi mintak derma

tu lom korek pasal pedo pedo di kalangan lebai2 tu seme..sure ada kalo di korek cite kut

sapalan tau salah satu cara depa nak peluang cari budak ialah setting up sekolah2 camni..budak2 kecik tu kalo di buli sikit di gertak sure takut nak cite

mende2 cam ni kene cek gak..persatuan2 seme tu mana2 oang tua dok kendalikan kumpulan anak2 kecil bawah 18 taun seme tu kene cek REKOD POLIS gakk

bila la depa ni nak seragamkan bab2 cam education islam tiap negeri tuh..bukan persekutuan or negara pun, jangan sewenang bio bukak sekolah kalo tak mampu dan penting pantau semua aspek sekolah tu termasuk well being anak2 tuh


Quote totokreturn 23-4-2014 08:34 PM
ajinomotonosuga posted on 23-4-2014 08:26 PM
umat islam asik nak sekolah hafiz jek..bila masa nak cipta mende macam kapal korek tuh

ntah2  ...

patut laa macai UMNO nih sampai tua jadi gay pada mat saleh.. camnih pemikirannya....
Quote GuaAnakMelaka 23-4-2014 09:31 PM
ajinomotonosuga posted on 23-4-2014 08:26 PM
umat islam asik nak sekolah hafiz jek..bila masa nak cipta mende macam kapal korek tuh

ntah2  ...

IBNU SINA PAKAR PERUBATAN DAN HAFIZ QURAN KETIKA USIANYA 10 TAHUN....



Quote perang_candu 23-4-2014 09:49 PM
GuaAnakMelaka posted on 23-4-2014 09:31 PM
IBNU SINA PAKAR PERUBATAN DAN HAFIZ QURAN KETIKA USIANYA 10 TAHUN....

Ibnu sina tak gi kutip derma kat petrol pam kut..

Quote ajinomotonosuga 24-4-2014 04:31 AM
GuaAnakMelaka posted on 23-4-2014 09:31 PM
IBNU SINA PAKAR PERUBATAN DAN HAFIZ QURAN KETIKA USIANYA 10 TAHUN....

jangankan ibnu sina.. mostly ibnu2 zaman dia seme tu memang cam tu pun

ibnu khaldun pun gitu...imam2 mazhab pun gitu, imam ghazali pun gitu.... yang salu kita dngo..depa2 ni KECIK KECIK ABAH DEPA YANG AJAR...kire homeschooling gitu

bapak2 depa amik berat pelajaran anak2..sejak depa merangkak lagi

tapi hari ini ibu bapa tak nyempat2 nak campak anak ke sekolah ..kalo buleh lepas banak sehari campak je depa ke sekolah...btui ke pasai nak anak cepat dapat ilmu atau depa pemalas atau sebenonya depa tu bodoh belaka

lepas tu kene pukui ngan cikgu repot polis..

kalo tenguk macam mana ilmuan dulu dapat ilmu dan kendian KEMBANGKAN ilmu..beza hari  ni..macam langit dan bumi!! bapak depa ajaq quran seme tuh peh tu hadis peh tu antor pi belajar ngan guru hebat2 peh tu budak tu hingus baru nak kering dah buleh buat buku kuo fatwa dan kembangkan ilmu sedia ada, kendian dia berantau beribu batu sana sini berguru RAMAI GURU yang hebat...last2 budak tu pun jadi hebat dan harum nama dia

hari ini?  

kita dah terbalik dari tertib orang zaman dulu kutip ilmu

mula2 patut kenal tuhan dan rasul, kene ngaji, bukan saja faham malah hafal lagik dan ini seme di TITIK BERATKAN OLEH SANG BAPA ! BAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAPAKKK !!

dah agak banyak leh faham baru pi cari guru tambahan, dok tambah ilmu yang ada..kendian satu masa budak tu akan buat PENGKHUSUSAN sendiri, dia lebih berminat nak satu bidang tu untuk fokus, tapi tak makna dia tak leh komen bidang lain pasal bidang lain pun dia ahli gak

pasei tu kalo kita tenguk nama2 hebat ilmuan dulu2, depa ni MULTI TALENT oang hari ini kata

depa bleh komen quran hadis buleh gak jadi penyair bleh buat puisi sajak kendian handal matematik, pakar falak pun yer kendian ada kebolehan pasal chemistry gak..perghhhhhhhh ko hade?

kalo ko tenguk baik2.. pasai pa kecik lagi dah sibuk nak pi tadika ? MAK AYAH tu buat apa? gentil biji dan ramas tloq aje ka di rumah? apa sebenar tugas ibu bapa?

HOME SCHOOLING ni ribuan taun oang dah buat esp  di kalangan ilmuan islam

yang depa tekankan cuma bab UNIVERSITY, the place of learning, ni ciptaan oang islam yang kapir hari ini tiru

tu pasal setiap uni masa konvo ada GARB or jubah , dan serban tu depa ganti dengan buku di kepala or utamakan ilmu gitu, ni seme budaya oang islam di zaman ke emasan islam..dah tuaaaaaaaaa baru dok universiti, berbincang kembangkan ilmu, berjurnal, berkomen satu sama lain pasal ilmu

masa kecik2???? abah mak ko kene pastikan ajo..

bukan nak kata saya tak peka pada MASS PRODUCTION development dalam tamadun manusia moden

tapi saya nak kata tang terbalik kong nya macam mana orang dulu dan orang sekarang kutip ilmu, dan cara2 oang dulu tu kutip ilmu masih ada di praktiskan tapi tak sepenuh nya, itu ler sekolah sekolah pondok yang ada tuh

patut nya MAK BAPAK budak2 tu yang pi blajo PONDOK..  p ramlee awal2 lagi dah sindir dan dah ajar pasai pa orang tua kene terus belajo

yang saya komen dan maksudkan ialah bab pemantauan, bab tadak keseragaman, bab acuh tak acuh pasal pendidikan anak2, bab tak utamakan ilmu esp asas ilmu agama tu kene di pacak pada anak2 sejak dia merangkak lagi, kenai tuhan kenai rasul kenai agama dia..baru pi ilmu2 lain bila makin dewasa

sikap ibu bapa pada pendidikan anak2 ituuuuuuuu gak ler antara faktor kenapa sekolah cam ni tumbuh cam cendawan, atas permintaan kut, kerana demand, ADA PASARAN or market kata orang urban

so last2 di buat semata2 sebab lain dari sebab nak kenal Allah dan kerana Allah, tu yang jadi mintak sedekah budak2 tu..di peralatkan

lepas tu kita berjemaah marah dan maki pasal di peralat budak2 tu..tapi pasai pa terlepas tang mende saya komen ? esp pendidikan anak oleh bapak? bapak busy mengail ikan kut..atau cuci motor atau sibuk buat pilem rock

tak btui ka? hangpa tenguk keliling laa..bab pendidikan anak serah kat oang lain pasai pa? boleh serah tapi kene ada masa nya, bukan ke dengan bapak or ibu tu ler budak2 tu patut paling mudah belajo or senang nak di buat apa..dah makkkkkkk bapak sendiri? cikgu tu parents ke dua aje

so tak payah lah nak kata saya dengki islam kaa saya dengki depa kaa , saya tak suke sekolah pondok kaaa saya masih berak lam suo lai dah berangan nak pi sekolah pondok, pasei saya tenguk depa BEBAS sonok, masak sendiri basuh sendiri kendian bertani skit cam oang kampung buat laa kendian ada masa dok belajor haa..PERAK banyak sekolah pondok gak
Last edited by ajinomotonosuga on 24-4-2014 04:34 AM

Quote ajinomotonosuga 24-4-2014 04:38 AM
M5 posted on 23-4-2014 01:17 PM
penting utk kita ramaikan lagi budak2 jual kismis minda kt petrol station serta di restoran2 utk men ...

ni pun btui gak..ler ni oang sebut MEMENUHI PERMINTAAN PASARAN

tak cukup TITLE KAT DEPAN NAMA SENDIRI, nanti kat bakang nama pun kene ada

YANG BERBAHAGIA YANG BERHORMAT YANG TERAMAT MULIA AL FADIL AL MAULANA AL SYEIKHUL TAN SRI DATO SERI UTAMA PROFFESOR DOKTOR FALSAFAH DOKTOR KEHORMAT DOKTOR GIGI (OXPOD) SAMEON BIN SUPARMAN AL HAFIZ
Quote GuaAnakMelaka 24-4-2014 05:23 AM
dah la x bersdekah..meroyan x tentu pasal....

MELAYU,DULU,KINI SELAMANYA....
Quote kakikuDibibirmu 24-4-2014 05:23 AM
dah 1000 tahun punya cerita pun nak ibnu sina lagi
Quote M5 24-4-2014 12:14 PM
ajinomotonosuga posted on 23-4-2014 08:26 PM
umat islam asik nak sekolah hafiz jek..bila masa nak cipta mende macam kapal korek tuh

ntah2  ...

backhoe tu kalu nak buat, ummah kena la kaji hukum alam ciptaan tuhan. kena belajar ilmu matematik tambahan, fizik, hidraulik, engineering. latihan monkey see-monkey do sambil makan kismis minda serta minum air jampi 30 juzuk berjemaah bakal melahirkan teknologi baru backhoe isle yg boleh mengorek lubang yg sentiasa sejajar dgn garisan kiblat. sama2 kita doa dan nantikan pencapaian ummah di umbai ini.  takbirrrrr
Quote tongkatwaran75 24-4-2014 12:36 PM
perang_candu posted on 23-4-2014 09:49 PM
Ibnu sina tak gi kutip derma kat petrol pam kut..


ada petrol pam ker masa tuh?

Quote tongkatwaran75 24-4-2014 12:43 PM
aku ingat la klu ibnu sina dgr geng yg serupa ini ketika dulu...
mmg sampai bila dia tak hafaz Quran...
Klu dulu ada kumpulan hafaz Quran , ada kumpulan yg jumud pandangan terhadap para tahfiz...

aku ada kawan yang anaknya hafaz quran dan baru tamat bidang kedoktoran...
klu di Pakistan, ramai Dr & jurutera terdiri daripada para hafiz...
mereka dulukan menghafaz al quran...
baru kepada kurikulum dinniyah...
tapi kerajaan dorang iktiraf sekolah gini...
beri bantuan infrastruktur, kewangan, fasiliti...

kita?
sbb apa tak kurang@takde...
sbb ada org Islam sendiri berfikiran jumud seperti post-post di atas...
Quote GuaAnakMelaka 26-4-2014 06:46 AM
dah la x bersdekah..meroyan x tentu pasal....

MELAYU,DULU,KINI SELAMANYA....

CINA XDA MARA,PUNB PN KAYA RAYA.....BUAT DEWAN,KUIL,SEKOLAH X PAYAH MINTA PUSAT ZAKAT....

Quote myoujin 26-4-2014 06:53 AM
tongkatwaran75 posted on 24-4-2014 12:43 PM
aku ingat la klu ibnu sina dgr geng yg serupa ini ketika dulu...
mmg sampai bila dia tak hafaz Qura ...

ye tu tong..

ramai kat forum ni menyamar bersalin kulit.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.063970 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top