BINTANG kacak, Tom Cruise, kembali dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan selebriti anggun, Laura Prepon. Walaupun sebelum ini kedua-duanya menafikan khabar angin itu, namun sumber terdekat memberitahu, hubungan asmara mereka sudah terjalin sejak pertengahan tahun lalu. Namun, menurut sumber itu, Cruise dan Prepon, sepakat memilih untuk menyembunyikan hubungan cinta dari pengetahuan ramai. "Hubungan itu terjalin di lokasi penggambaran," kata sumber berkenaan. Namun, juru cakap Prepon, menafikan perkara ini dan pada November tahun lalu, juru cakap Cruise juga turut membuat penafian. Sejak bercerai dengan Katie Holmes pada 2012, Cruise pernah dikaitkan dengan beberapa wanita termasuk pemilik restoran di New York, Cynthia Jorge.
|
cikus posted on 1-5-2014 09:46 AM
Dah tua pon....life kelam kabut lg...kesian...tgk cam si beckhams ngan brad pit....dah settte down.. ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
25-4-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.099403 second(s), 37 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.