CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

KAX, Kini Menjadi BFF Artis Malaysia!

24-4-2014 12:47 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 52973| Komen: 371

Description: Sejak beberapa hari kebelakangan ini kalau anda perasan, ramai selebriti kesayangan anda dilihat sentiasa bersama patung comel Kax untuk menemani mereka ke mana mana sahaja — makan, tidur, pergi gym, ...
KAX, Kini Menjadi BFF Artis Malaysia!


Sejak beberapa hari kebelakangan ini kalau anda perasan, ramai selebriti kesayangan anda dilihat sentiasa bersama patung comel Kax untuk menemani mereka ke mana mana sahaja — makan, tidur, pergi gym, melancong dan sebagainya.


Kami sendiri tertanya tanya apakah sebenarnya Kax ini dan melalui apa yang kami tahu, Kax bukan hanya ada satu tetapi lapan variasi yang masing masing mempunyai karakter dan gaya tersendiri. Sesuai untuk menjadi teman kepada sesiapa pun.

Ini Nad Zainal bersama Kax bernama Dolly yang kami pasti karakternya sebagai seorang yang nakal dan kelakar namun dalam gayanya yang suka bermain main, tidak bermakna Dolly tidak mahu serius untuk berjaya.



Buat Nad Zainal, Dolly memang teman baik yang memahami — lihat sahaja mimik wajah mereka, boleh kelihatan serupa. Heh.





Peachy juga khabarnya satu karakter yang mampu bertegas jika keadaan memerlukan, satu sifat positif yang dikongsi Najwa Latif. Seorang lagi selebriti yang memilih Peachy adalah Qi Razali.



Ahli perniagaan dan juga selebriti berjaya seperti Fizo Omar pastinya mahukan Kax seperti Foxy kerana ianya tahu dengan jelas apa yang dimahukan dalam hidup — ciri positif seorang yang mahu berjaya dan anda tidak akan mahu menjadi penghalang kepada keinginan mereka. Bahaya!

Jika anda mencari BFF sebagai teman untuk berjaya setiap hari, Foxy yang juga menjadi pilihan Iqram Dinzly, Hanis Zalikha dan Erin Malik ini pasti menjadi pilihan. Kita semua perlukan BFF begini.

Tetapi …

Di mana kita semua boleh dapatkan patung comel Kax ini kerana maklumat yang berjaya kami temui hanya memberikan laman web rasmi Kax di http://www.kax.com.my/index.php dan ya, kami sendiri masih mencari.

Di sana anda boleh mengetahui kesemua lapan karakter Kax yang bakal (sudah?) berada di pasaran kini dan kami juga bakal berusaha mengumpul kesemuanya kerana terlalu comel dan bersifat positif untuk dilepaskan sebagai BFF.

Sebentar, apa yang kami jumpa juga sebenarnya agak mengejutkan. Ada beberapa edisi khas Kax sudah mula dijual di laman web eBay dengan harga yang sangat eksklusif. Boleh menangis mahu pecahkan tabung untuk beli. Sila maklumkan kepada kami jika jumpa yang lebih murah.

Kax yang mana akan menjadi pilihan anda untuk bergelar teman baik atau BFF sepanjang masa?


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 24-4-2014 05:21 AM









Last edited by RatuDunia94 on 24-4-2014 05:51 AM

Quote kakikuDibibirmu 24-4-2014 05:25 AM
Dafi 2007:


Dafi 2013:


Dafi 2020:


Dafi 2030:


Dafi muda-mudi:


Quote leezzaliza 24-4-2014 05:55 AM
Celah mane yg best nye patung bodoh ni... Bole ckp2 ke...?? Bole kongsi pendapat, masalah ke yg gigih sgt nk angkut kehulu hilir.. Koserrr
Quote Fleur81 24-4-2014 06:01 AM
Apakah kegilaan ini
Quote abahkau 24-4-2014 06:22 AM
Kejadahnya ni??
Quote ira_229 24-4-2014 06:23 AM
leezzaliza posted on 24-4-2014 05:55 AM
Celah mane yg best nye patung bodoh ni... Bole ckp2 ke...?? Bole kongsi pendapat, masalah ke yg gigi ...

boleh record suara lepas tu pantulkn semula suara tu..harga lebeh kurang $150.
Quote NHolmes 24-4-2014 06:26 AM
Kalau yg function mcmtu byk jer lagik yg lebih murah.. N comel2..
Quote leezzaliza 24-4-2014 06:37 AM
ira_229 posted on 24-4-2014 06:23 AM
boleh record suara lepas tu pantulkn semula suara tu..harga lebeh kurang $150.

Ooo mcm talking tom yg dalam ipad tu ke...??
Quote yipun_78 24-4-2014 07:05 AM
mereka ni org Islam ke?
Quote yipun_78 24-4-2014 07:07 AM
bingainya pastu budak2 pon nak
Quote fifie_olin 24-4-2014 07:16 AM
dh le mhl..baik aku beli makan...lg berbaloi
cute lg garfield
Quote kakikuDibibirmu 24-4-2014 07:27 AM
andrew garfield lagi cute sis
Quote mea 24-4-2014 07:35 AM
hahahahha...ntah apa2 laa deolss nih...coiii
Quote WawaRaRa 24-4-2014 07:35 AM
aduyaii rosak2... mau jd psiko diorg ni.. elok bela kucing betul jer...  aku rasa ptg tu x mendatangkan apa2 pon kecuali abuk... klu ko kena kacau ada ker BFF patung kucing / musang ko leh tolong defense ko.. Kena campak jer la...
Quote rosasa 24-4-2014 07:37 AM
kakikuDibibirmu posted on 24-4-2014 05:25 AM
Dafi 2007:

akak ni!! sila belanja saya patung ni sebab air milo sy tengah tersembur ni tengok post sis
Quote intriQue 24-4-2014 07:39 AM
Oh No!!!!

kegilaan apa kah ini??
Quote atiqah_bea 24-4-2014 07:54 AM
Pasni mesti ramai yg meniru. Takde keje betul artis2 msia nih..
Quote aloynr 24-4-2014 07:57 AM
kakikuDibibirmu posted on 24-4-2014 05:25 AM
Dafi 2007:

terbarai gelak bila ad gmbr fei mau tuh  
Quote lil_honey 24-4-2014 07:58 AM
looser gile kawan ngn patung..

takde life betul

Lihat semua komen(371)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.212145 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top