CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Fauzi Nawawi Gagal Bayar Sewa Pejabat

25-4-2014 10:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13147| Komen: 68

Description: Bagaimanapun, Fauzi Menafikan Semua Tuduhan Itu Termasuklah Memberitahu Dia Menolak Pelbagai Tawaran Kerana Mahu Memberi Fokus Dalam Perniagaannya Di Bawah Syarikat Perfect Illusion Corp Sdn Bhd.




PETALING JAYA: Pelakon Fauzi Nawawi terkejut apabila ada pihak cuba memburukkan namanya sehingga tergamak menuduh dia tidak membayar sewa pejabatnya yang terletak di Cheras dekat sini selama lima bulan.

Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 41, berkata, sehingga kini dia belum pernah berdepan dengan masalah lewat membayar sewa pejabat dan khabar angin negatif itu dianggap sebagai satu gosip yang tidak masuk akal.

"Tak bayar sewa pejabat lima bulan? Macam tak logik jer.

"Macam mana sampai hal pejabat saya pun orang boleh ambil tahu? Mereka pernah sampai ke pejabat saya ke?," soalnya kepada mStar Online.

Pelakon ini diminta mengulas gosip yang kedengaran kononnya dia tidak Pada Rabu lalu, sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan Fauzi tidak membayar sewa pejabatnya selama lima bulan kerana kesempitan wang.

Hal itu dikatakan berpunca kerana dia kurang mendapat tawaran berlakon.

Bagaimanapun, Fauzi menafikan semua tuduhan itu termasuklah memberitahu dia menolak pelbagai tawaran kerana mahu memberi fokus dalam perniagaannya di bawah syarikat Perfect Illusion Corp Sdn Bhd.

"Saya dah kurang mengambil kerja-kerja lakonan kerana sibuk dengan projek tender kerajaan.

'Projek apa? Saya tidak boleh nak kongsikan lagi. Cuma yang pasti saya sedang mencuba nasib di bidang baru.

"Semua ini adalah demi menjamin masa depan keluarga. Untuk isteri serta anak-anak, Insya-Allah," ujarnya.

Bagaimanapun Fauzi berkata, dia mengambil khabar angin negatif itu sebagai perkara positif kerana merasakan masih ada pihak yang ingin tahu tentang dirinya.

"Saya anggap, apabila digosipkan mengenai sesuatu perkara, kiranya saya masih diperlukan dalam industri seni tempatan ini. Kalau tak, kira saya dah tak lakulah kan...," selorohnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Matakilat 25-4-2014 01:28 AM
Pojie lama tak blakon .
Quote kakikuDibibirmu 25-4-2014 01:49 AM
tak hensem                  
Quote jefri90 25-4-2014 01:58 AM
dh 41 woooo
Quote edoraixora 25-4-2014 02:26 AM
Nk kate sharnaz yg buat ler tuh
Quote RatuDunia94 25-4-2014 03:20 AM
baru td tengok anak dia menyanyi kat program Macam2 Aznil..
sebijik mcm muka dia! dh besar ye.. anak dgn isteri pertama..
Quote mitnick 25-4-2014 07:09 AM
dia nie meniaga ape skrg? kontraktor?
Quote batman_2007 25-4-2014 07:18 AM
Projek tender gov giteww.
Quote bambimo 25-4-2014 07:33 AM
Hehehe tu sbb jealous dgn sharnaz kn...
Quote fizamn 25-4-2014 07:54 AM
alahai kan betul mesti laki bini ada ajee berita megatif nak upkan diri memsaing... betul betul made for each other la...
Quote xpdckelate 25-4-2014 07:57 AM
duit tender belum masyuk kot,hu2
Quote chekshu 25-4-2014 08:06 AM
nama kompeni - perfect illusion

macam hidup heols lah kan.... illusion
keh keh keh
Quote cikperiukkera 25-4-2014 08:13 AM
Iyelahhhh poji oiii... Upkn story byk2, nistawati dh nk bsalin tu byk pkai duit Last edited by cikperiukkera on 25-4-2014 08:16 AM

Quote agipfilan 25-4-2014 08:19 AM
tuan lot tula yg pegi report. pura pura plak
Quote suterabiru123 25-4-2014 08:26 AM
poji lisda dan kontrobasi xdpt di pisahkan
Quote pakweneelofa 25-4-2014 08:30 AM
mmg ko ada rupa muka malas bayar sewa
Quote gekkou 25-4-2014 08:31 AM
busuk gler poji dlm pic di atas...
moga murah rezeki..
semoga gomen cepat mmbayar tender2 anda
Quote twins 25-4-2014 08:54 AM
kalau betul dia tak bayar 5 bulan..nanti gegeh ler dia nak menyaman orang.... nak cari duit...
Quote chickenwing 25-4-2014 09:07 AM
muka memang x hensem...tapi nasib baik bakat lakonan tu ada...
Quote amyainsamad 25-4-2014 09:13 AM
sape yg sebarkan psl sewa dia ni??

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.107487 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top