CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Angkara Sanggul, Pelajar Ditampar

26-4-2014 04:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14534| Komen: 93

Description: Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed Berkata, Kejadian Dipercayai Berlaku Jam 8.30 Pagi Ketika Mangsa Berusia 14 Tahun Berada Di Surau Apabila Seorang Guru Wanita Datan ...

Gambar hiasan



Permaisuri: Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di daerah ini, hampir pengsan akibat ditampar dan dipukul beberapa kali oleh seorang guru hanya kerana tindakannya menyanggul rambut, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 8.30 pagi ketika mangsa berusia 14 tahun berada di surau apabila seorang guru wanita datang.

Beliau berkata, sebaik menghampiri mangsa, guru terbabit menampar pipi dan memukul kepala mangsa beberapa kali.

“Difahamkan, guru terbabit bertindak sedemikian kerana marah dengan tindakan mangsa menyanggul rambut di belakang.

“Sebelum ini, guru terbabit pernah beberapa kali menegur sanggul mangsa yang dikatakan terlalu besar dan mungkin ketika kejadian, guru berkenaan tidak dapat menahan marah lalu memukul mangsa.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa hampir pengsan dan rebah, tetapi bernasib baik sempat dipegang beberapa rakannya yang berada di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ab Rahman berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa sakit leher dan kepala serta telinga kanan.

Katanya, setiba di rumah, mangsa menceritakan kejadian itu kepada bapanya sebelum dia dibawa ke Hospital Setiu untuk rawatan.


“Hasil rawatan mendapati mangsa tidak mengalami kecederaan serius, hanya bengkak pipi kanan dan bapa mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan guru terbabit membuat laporan di Balai Polis Chalok,” katanya.






Bagus
5

Marah
8

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Al-Patih 26-4-2014 05:42 AM
guru tu bengkek kot..kepala dio gondol ...
Quote mak_wa95 26-4-2014 05:54 AM
Al-Patih posted on 26-4-2014 05:42 AM
guru tu bengkek kot..kepala dio gondol ...

lawak pepagi...kepala gondol..tapi pakai tudung paridah ok pe....
Quote tongkatwaran75 26-4-2014 05:56 AM
Quote tongkatwaran75 26-4-2014 05:56 AM
Quote dualchicks 26-4-2014 06:07 AM
Pandai keluar hadith2....walhal benda ni masih KHILAF ....bodddoo
Quote alinone78 26-4-2014 06:31 AM
Apa la cikgu2 ni
K ustazah
Quote chaintea 26-4-2014 06:36 AM
Fishy...xkan sbb sanggul je kena tmpar sampai pengsan??

I doubt that
Quote tongkatwaran75 26-4-2014 07:34 AM
dualchicks posted on 26-4-2014 06:07 AM
Pandai keluar hadith2....walhal benda ni masih KHILAF ....bodddoo

jgn sebut jer `khilaf'...
pencerahan pls...


Quote lasagnaklcc 26-4-2014 07:38 AM
Sanggul pon tak blh...kalau dah rambut pnjg dan lebat mmg takleh elak la dpt sanggul besar. Lain la bdk ni pakai sanggul palsu. Pelik2 la hal skrg...
Quote GhostWalking 26-4-2014 07:48 AM
Cikgu tu sanggulphobia ke?gilo sampai tampar.takde cara lain ke dah nak handle benda minor gitu.lupa amik ubat penenang?
Quote annehuda 26-4-2014 07:56 AM
pasni semua calon bakal guru diwajibkan menjalani ujian psikiatri. makin ramai plak cikgu mental skrang ni
Quote noor2 26-4-2014 08:02 AM
makin mental la cikgu ni...
Quote Grengo 26-4-2014 08:13 AM
budak ni biadap kot.. sebab tu kene tampor
takkan lah guru suka suki yg sepak anak org.
Quote exclusive_vvip 26-4-2014 10:20 AM
chaintea posted on 26-4-2014 06:36 AM
Fishy...xkan sbb sanggul je kena tmpar sampai pengsan??

I doubt that

i pon....pkul 8.30 pagi ada dlm surau, tanpa guru/ustazah (sbb katanya tetiba cikgu tu datang n tampar dia, means sepanjang diorg dok dlm tu takder cikgu lah kan).... i rasa diorg ponteng kelas, n guru matapelajaran dtg cari diorg kat situ...mgkn bdk ni kurang ajar sgt, tu yg cikgu x tahan tu..klu org tampar berkali2 biasanya sbb dh memendam sebelum tu...hmmm....apa2 pun cikgu ni pun x perlu la nk tampar2 pelajar...pegi lapor ke GPK HEM...bgtau budak ni dh memang x mkn dek ajar ke...

Quote magnus 26-4-2014 10:23 AM
Mee sanggul...
Quote lipsofanangel 26-4-2014 10:28 AM
masa aku form 3 - sorang kwn aku kena tampar ngan pengetua
semata-mata sebab nama dia..
kami rasa pelik sangat masa tu... bukan salah dia pun nama dia tak berbunyi muslimah
tapi zaman2 dulu, mana ada student nak report apa2 pun kan..
Quote ~boolean 26-4-2014 10:32 AM
Dah banyak kali ditegur tapi tak mahu dengar
Ada di surau jam 8 pagi, berkemungkinan ponteng...

Boleh agak pelajar jenis apa betina ni.

Aku tak sokong tindakan guru yang belasah murid, tapi kadang2 memang perangai murid tu sendiri yang minta dibelasah.
Quote haZelEyEz 26-4-2014 10:36 AM
tak dengar cerita belah cikgu lagi...
Quote pakweneelofa 26-4-2014 10:43 AM
sanggul itu seksi...

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.066836 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top