CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kepala Bayi 3 Bulan Dikokak Kera!

29-4-2014 09:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9717| Komen: 56

Description: Berikutan Kejadian Itu, Nor Iman Adriana Zuhairi Yang Berusia Tiga Bulan Cedera Dicakar Dengan Dua Garisan Luka Sepanjang Lima Sentimeter Dan Terpaksa Menerima 14 Jahitan Di Dahinya Di Hospital Kemama ...

BEGINILAH keadaan Nor Iman yang cedera diserang kera di Kemaman semalam.


KEMAMAN – Seorang bayi berusia tiga bulan terpaksa menerima 14 jahitan akibat digigit sekumpulan kera di Kampung Gelugor dekat sini kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, Nor Iman Adriana Zuhairi yang sedang nyenyak tidur di dalam buaian diserang di kepala oleh sekumpulan kera.

Berikutan itu, mangsa mengalami dua kesan luka sepanjang lima sentimeter (sm) dan dirawat di Hospital Kemaman untuk menerima 14 jahitan.





Tiga kera serang bayi
Chukai: “Saya menjerit sekuat hati sebaik mendapati sekumpulan kera menyerang bayi saya,” kata Siti Najwa Muhammad, 21, menceritakan detik cemas anaknya dicederakan tiga kera yang menceroboh masuk rumahnya di Kampung Gelugor, Kertih, dekat sini, kelmarin.


Berikutan kejadian itu, Nor Iman Adriana Zuhairi yang berusia tiga bulan cedera dicakar dengan dua garisan luka sepanjang lima sentimeter dan terpaksa menerima 14 jahitan di dahinya di Hospital Kemaman.


Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, bayi terbabit sedang tidur dalam buaian di dapur manakala ibunya sedang bersiap untuk menghadiri majlis perkahwinan.


Siti Najwa berkata, ketika kejadian dia sedang memakaikan pakaian anak sulungnya, Nor Iman Batrisyah, 3, terdengar bayinya menangis kuat.


“Saya ke dapur terkejut mendapati tiga kera dalam buaian menyebabkan saya menjerit sekuat hari sebelum haiwan itu melarikan diri,” katanya.


“Ketika itu saya sangat terkejut mendapati muka anak bermandi darah dengan dua kesan calar,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


Menurutnya, dia meninggalkan anaknya tidur dengan pintu dapur terbuka kerana menyangka keadaan selamat dan tidak menduga kumpulan kera terbabit menceroboh masuk rumahnya.


Katanya, ketika kejadian, suaminya Zuhairi Zainal, 24, sedang bekerja sebagai penyelia di sebuah tapak projek di Kawasan Industri Kertih dan dia kemudiannya membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Kertih sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman.


10

Bagus
9

Marah
6

Terkejut
2

Sedih
13

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 29-4-2014 04:46 AM
KEMAMAN – Seorang bayi berusia tiga bulan terpaksa menerima 14 jahitan akibat digigit sekumpulan kera di Kampung Gelugor dekat sini kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, Nor Iman Adriana Zuhairi yang sedang nyenyak tidur di dalam buaian diserang di kepala oleh sekumpulan kera.

Berikutan itu, mangsa mengalami dua kesan luka sepanjang lima sentimeter (sm) dan dirawat di Hospital Kemaman untuk menerima 14 jahitan.

kosmo

p/s tembak jer kera tersebut...

Quote degil81 29-4-2014 04:47 AM
mcm mana kera tu boleh dapat baby ni?adoiii laa.. kesian baby..
Quote kakikuDibibirmu 29-4-2014 04:50 AM
kemamang darul kera derih natang
Quote tongkatwaran75 29-4-2014 04:52 AM


Quote tongkatwaran75 29-4-2014 04:52 AM
Tiga kera serang bayi
Chukai: “Saya menjerit sekuat hati sebaik mendapati sekumpulan kera menyerang bayi saya,” kata Siti Najwa Muhammad, 21, menceritakan detik cemas anaknya dicederakan tiga kera yang menceroboh masuk rumahnya di Kampung Gelugor, Kertih, dekat sini, kelmarin.


Berikutan kejadian itu, Nor Iman Adriana Zuhairi yang berusia tiga bulan cedera dicakar dengan dua garisan luka sepanjang lima sentimeter dan terpaksa menerima 14 jahitan di dahinya di Hospital Kemaman.


Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, bayi terbabit sedang tidur dalam buaian di dapur manakala ibunya sedang bersiap untuk menghadiri majlis perkahwinan.


Siti Najwa berkata, ketika kejadian dia sedang memakaikan pakaian anak sulungnya, Nor Iman Batrisyah, 3, terdengar bayinya menangis kuat.


“Saya ke dapur terkejut mendapati tiga kera dalam buaian menyebabkan saya menjerit sekuat hari sebelum haiwan itu melarikan diri,” katanya.


“Ketika itu saya sangat terkejut mendapati muka anak bermandi darah dengan dua kesan calar,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


Menurutnya, dia meninggalkan anaknya tidur dengan pintu dapur terbuka kerana menyangka keadaan selamat dan tidak menduga kumpulan kera terbabit menceroboh masuk rumahnya.


Katanya, ketika kejadian, suaminya Zuhairi Zainal, 24, sedang bekerja sebagai penyelia di sebuah tapak projek di Kawasan Industri Kertih dan dia kemudiannya membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Kertih sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman.
Last edited by tongkatwaran75 on 29-4-2014 04:59 AM

Quote amiraira 29-4-2014 05:19 AM
Sib baik la bby tu selamat..

Sian dia....
Quote noor2 29-4-2014 06:09 AM
ya allah...adui dari td malas nak masuk trit ni takut tertengok gambaq mcm ni la(melibatkan budak kecik)......kesiannya kat baby tu

Quote MissNigga 29-4-2014 06:30 AM
dah ler ubun2 baby masih lembut... kena cakar cam ni... euww.....skerinya
Quote harimau76 29-4-2014 06:37 AM
nampak cam dalam la jugak luka cakaran kera tu.. mmg kesian kat baby ni... tp dah mmg kera takdak akal.. manusia ni sepatutnya lebih cerdik drp kera2 tersebut..
Quote myvios 29-4-2014 06:51 AM
kat kg aku pon kera berani masuk rumah.. tak takut dgn org dah..
Quote nurul_akmar 29-4-2014 06:54 AM
kesiannya..
Quote shysari 29-4-2014 07:12 AM
Sakitnya bb tu...kesiannnnn
Quote alinone78 29-4-2014 07:18 AM
Kera tu nampak kepala baby tu macam buah kelapa tua k?
Quote highcastle 29-4-2014 07:48 AM
degil81 posted on 29-4-2014 04:47 AM
mcm mana kera tu boleh dapat baby ni?adoiii laa.. kesian baby..

Kau punya ayat sesuatu sungguh, macam kera tu yg beranakkan baby tu.................
Quote sajer 29-4-2014 07:53 AM
umah mak aku yg xde pedalaman sgt pun byk monyet kat blkg rumah.
skrg klu mak sorg2 kat rumah, pintu blkg mmg sentiasa bertutup
Quote haryatie 29-4-2014 07:53 AM
ala siannyer..
Quote pakweneelofa 29-4-2014 07:56 AM
kera is everywhere
Quote jaa139 29-4-2014 08:02 AM
sebagai peringatan, kalau dapati kawasan rumah tu ade ramai kera, harap semua berhati2 terutamanya yang ada anak kecik..dah banyak kes kera dan beruk serang budak kecik..kalau kawasan rumah ade ramai kera dan beruk, sentiasalah tutup pintu
Quote rosa_canina 29-4-2014 08:12 AM
pintu dapur bukak pstu tinggal baby sensorang ke...
kesiannya baby

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.060102 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top