CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Penyokong Shahidan bayar saman RM39000 kepada FAM guna syiling

17-3-2013 02:16 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 5237| Komen: 16

Description: teringat hoax Samsung byr Apple USD1.05billion guna syiling, tapi yg ni, real . aku tengok juga kat tv semlm. jenuh fam nak kira.
Shahidan bawa kes gantung ke mahkamah
2013/03/16 - 05:31:09 AM Cetak Emel Kawan


Datuk Seri Shahidan Kassim

Kuala Lumpur: Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim mengikut jejak bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang membawa kes hukuman gantung yang dikenakan Jawatankuasa Tatatertib FAM ke mahkamah.

Beliau yang kini menjadi penasihat PFA menegaskan sudah melantik peguam untuk meneliti kesnya.
"Saya sudah lantik peguam untuk meneliti hukuman yang dikenakan kepada saya. Saya minta kes ini dibawa ke mahkamah untuk menilai keputusan yang dibuat sah atau tidak.

"Saya percaya keputusan saya ini disokong peminat bola sepak negara. Dalam masa sama, saya sedang berusaha mengadap Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah untuk berbincang mengenai hukuman yang dikenakan kepada saya," katanya pada sidang media semalam.

BH Sukan sebelum ini melaporkan Jawatankuasa Tatatertib FAM menjatuhkan hukuman gantung dua setengah tahun dan denda RM 39,000 ke atas Shahidan kerana kesalahan mengkritik FAM dan melanggar Artikel 88.

Tidak halal

Mengulas tindakan penyokongnya yang membayar denda RM39,000 dengan menggunakan duit syiling, Shahidan menyambut baik dengan tindakan itu.
"Baguslah. Janji kita sudah bayar. Tetapi macam saya cakap, saya tidak halal semua wang itu," katanya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batusembilan 16-3-2013 07:41 PM
sorry bai.......aku x sokong datuk seri...........
Quote AdamBillionaire 16-3-2013 07:50 PM
ada masa kita kena jd mcm mahathir? musuh jadi kawan. kawan jd musuh.

bagus dato seri kasi saman itu FAM saman RAJA GOBAL sekali saman MAT YOYO sekali  SAMAN UTUSAN
Quote razhar 16-3-2013 07:51 PM
batusembilan posted on 16-3-2013 07:41 PM
sorry bai.......aku x sokong datuk seri...........

kinapa tarak sukung?
Quote highcastle 16-3-2013 07:53 PM
Bab sukan aku memang sokong Anuar Musa dan Shahidan...


sekadar gambar hiasan..
Quote AdamBillionaire 16-3-2013 07:55 PM
ustaz fathul bahri kawin lari2 menantu shahidan kasssim ckp? jgn lawan sultan. nnti dpt murka sultan kena humban dalam neraka
Quote batusembilan 16-3-2013 08:13 PM
razhar posted on 16-3-2013 07:51 PM
kinapa tarak sukung?

sbb umno paling lembo. KOAM pun dh tendang kuar sampah ni.
Quote batmana 16-3-2013 08:39 PM
duit syiling bape sen tu..
kalu 1 sen, bape lori nk angkut agknye..
Quote paperchase 16-3-2013 09:40 PM
Demo hantar duit syiling

Imej dan reputasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus tercalar apabila kira-kira 40 penyokong dan peminat bola sepak Perlis mengadakan demonstrasi aman di depan bangunan badan induk bolasepak negara itu di Kelana Jaya, pagi semalam.

Penyokong yang datang dari segenap pelusuk Perlis itu hadir bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap FAM yang menjatuhkan hukuman gantung 30 bulan dan denda RM39,000 terhadap Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) Datuk Seri Shahidan Kassim, 20 Februari lalu.

Mereka yang membabitkan segenap lapisan masyarakat, termasuk warga emas mengadakan demonstrasi kira-kira 15 minit dengan melaungkan kata-kata seperti ‘FAM tidak adil’, ‘FAM pilih bulu’, ‘FAM berat sebelah’, ‘Tukar Setiausaha Agung’ dan ‘Rombak FAM’ selain membawa sepanduk.

Menurut wakil kumpulan terbabit, Abdul Halim Abdullah Sunny, kehadiran mereka dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri secara sukarela itu bertujuan melahirkan kekesalan terhadap tindakan FAM menghukum Shahidan yang dianggap ‘bapa pembangunan sukan’ negeri terbabit.
Quote tepisket.. 16-3-2013 10:15 PM
banyak cantik muka ko??
suruh penyokong lak bayau..
kau punya duit mana??
Quote sepitsiput 16-3-2013 10:24 PM
tok yem (rahim maarof) yang menjadi pioneer buat payment pakai syiling pada tahun 1991. duit rm15,000 kepada aziz bakar.

dalam filem shopaholic juga ada adegan bayar hutang guna syiling
Quote skymania 16-3-2013 10:49 PM
yg neh ker??



YB Dato' Seri Shahidan Bin Kassim yang melanggar artikel 88, beliau telah melunaskan denda sebanyak RM 39,869.00 dengan menggunakan duit syiling..

*Kahkakah3x.. Memang itu makannya.. Tau nk mkn duit org je.. Mutu bola sepak Malaysia dan ranking terus jatuh, mereka taknak betulkan..

*Bincangkan secara berhemah..

#HapuskanArtikel88


crdt: Kelab Penyokong Chelsea FC Malaysia
Quote Al-Patih 16-3-2013 10:49 PM
BH Sukan sebelum ini melaporkan Jawatankuasa Tatatertib FAM menjatuhkan hukuman gantung dua setengah tahun dan denda RM 39,000 ke atas Shahidan kerana kesalahan mengkritik FAM dan melanggar Artikel 88


denda macam masih bolih kan ...jadi calon untuk pru13
Quote DeMax 16-3-2013 11:12 PM
Tuhan bayar cash kat FAM
Quote ctaz 16-3-2013 11:35 PM
hina FAM....maka terhina lah RAJA
Quote jofizo 17-3-2013 12:25 AM
nak lawan tapi masih lagi dok main liga anjuran fam..... nk rombak fam ni kalau cara baik x bleh buat la cara lain sikit.... kalau berani pakat la dgn persatuan2 negeri yg x sebulu ngan fam utk keluar buat liga sendiri.... bila ada 2 liga bolasepak, nanti fifa haramkan liga cam indon, kasi rombak buat lain........ tapi pers negeri nak ke...? piala malaysia tuh....  kununnya sentimental....
Quote paperchase 17-3-2013 02:43 PM
pasni sapa2 yg terlibat dlm kes saman-menyaman kena tambah satu clause spt berikut:

method of payment - if in cash, must be in RM notes, RM100 being the smallest denomination. no coin accepted.  however, banker draft is preferred.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.207309 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top