CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Terkini Lihat artikel

[3] Bagus la...Jantan tolak cinta,dia plak jatuh tgkt 23 !

12-9-2012 10:11 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 25901| Komen: 221

Description: ANAK panah menunjukkan arah Nurul Syafika terjatuh lalu mati di Kondominium PV13, Setapak semalam.

ANAK panah menunjukkan arah Nurul Syafika terjatuh lalu mati di Kondominium PV13, Setapak semalam.

KUALA LUMPUR - Seorang gadis yang kecewa apabila cintanya tidak dibalas sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) memohon maaf kepada rakan-rakan dan kenalan lelakinya sebelum dia maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 23 di Kondominium PV13, Jalan Genting Klang, Setapak di sini semalam.

Kejadian pukul 4 pagi itu mengakibatkan Nurul Syafika Jamaluddin, 24, maut akibat cedera parah di kepala dan badan. Mangsa dikatakan baru menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Mayat mangsa ditemui oleh seorang penghuni kondominium yang terdengar bunyi seperti objek terjatuh dan sebaik ditinjau, dia terkejut apabila menemui mangsa yang lengkap berpakaian dalam keadaan berlumuran darah di tingkat bawah.

Difahamkan, mangsa menyewa bersama abangnya di Seri Kembangan, Selangor dan datang ke premis itu untuk bertemu dengan teman lelakinya yang menetap di tingkat 23. Mereka berkenalan sejak tiga bulan lalu dan lelaki itu merupakan seorang kerani di sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya.

"Ketika kejadian, lelaki berusia 24 tahun tersebut tiada di rumah dan mangsa memasuki rumah berkenaan dengan menggunakan kunci pendua.

"Siasatan awal percaya mangsa terjatuh kerana mempunyai masalah peribadi selepas cintanya ditolak namun motif sebenar kejadian masih disiasat," kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sebelum kejadian, mangsa yang berasal dari Muar, Johor dikatakan sempat menghantar SMS kepada abangnya memaklumkan dia akan pulang ke rumah. Mangsa turut menghantar SMS memohon maaf kepada rakan-rakan termasuk kenalan lelakinya itu.

Sementara itu, seorang jiran yang enggan dikenali memberitahu, dia menyedari kejadian itu ketika bangun untuk menunaikan solat dan terdengar bunyi kecoh di luar bangunan.

"Saya tidak pernah nampak dia (mangsa) sebelum ini, tetapi difahamkan dia terjatuh ketika berada di tingkat 23," dakwanya.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.



1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zaipen 12-9-2012 03:01 AM
apalah pandai sangat tindakan dia ni....
Quote tobby 12-9-2012 03:02 AM
dah jadi mcm kaum yindia pulak...  emosi lebih.
Quote mawarika 12-9-2012 03:05 AM
Terjunkah? Kesian mak bpk budak ni...
Quote juliez 12-9-2012 03:09 AM

ya allah.. apa la yg ada dlm fikiran budak ni sblm terjun.. tak ingat mak ayah ker
Quote tongkatwaran75 12-9-2012 03:27 AM
aku lebih kesian bila memikirkan kedudukannya di sisi Allah swt...
Quote anakmak 12-9-2012 03:27 AM
Cintai dan kasihani lah diri sendiri dulu sebelum sayang kepada makhluk Allah yg lain
Quote tongkatwaran75 12-9-2012 03:31 AM
Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi..." حب لأخيكَ ما تحِبُّ لنفسكَ " yang bermaksud: sayangilah saudara kamu seperti mana kamu sayangi diri kamu sendiri..allauhumma salli wasallim alaik...
Quote Acong 12-9-2012 03:55 AM
giler bunuh diri................
Quote stars83 12-9-2012 06:47 AM
Senang2 je nak cabut nyawa sendiri..org lain mati2 cuba mptahankan nyawa diri sendiri..
Quote noor2 12-9-2012 06:48 AM
err....tolonglah...baru sebab cinta tak berbalas dah bunuh diri...belum cerai dek laki lagi..adoiii...takut pulak fikir hal2 mcm ni pada generasi sekarang...apakah kurang didikan agama sebab tak boleh menerima takdir? dan tolong la..jodoh maut semua tu kuasa tuhan,..mana pi iman walau sedikit??...

Quote MissNigga 12-9-2012 06:53 AM
belajo tinggi tinggi sampai ke Universiti tak menjamin yang sesorg tu boleh bertindak dengan bijak or boleh berfikir secara rasional...

hanya kerana cinta ditolak.... dah anggap dunia dah berakhir..... tah arrr... what linger in her mind till make this stupid action ...
Quote solstice 12-9-2012 07:17 AM
TERjatuh?
Bunuh diri lah kan?
Siap minta maaf bagai...
Quote Bateesta 12-9-2012 07:21 AM
baru nak ckp......" KAPIR !!!!!...PATUTLAHHHHHHHH..... "

baca baru tau melayu islam rupanya



Quote hainina 12-9-2012 07:29 AM
org xnak mati cpt bdk ni senang2 je bunuh diri... tp kot dtolak ke bawah xtau la...
Quote Bateesta 12-9-2012 07:29 AM
ps: mcm salah je, so aku remove dulu Last edited by Bateesta on 12-9-2012 07:47 AM

Quote ombak_rindu 12-9-2012 07:29 AM
kalau arwah dapat pinjaman dari PTPTN, haruslah tak sempat nak membayar hutang lagi. dah la bunuh diri + berhutang. nauzubillah.. mohon ALLAH pelihara kita semua.
Quote Bateesta 12-9-2012 07:33 AM
aku bkn gelakkan si mati ye dlm post aku kt atas2 tu , baca dn fhm baik2

hrp clear prkara tu
Quote Bateesta 12-9-2012 07:35 AM
ps: mcm salah je, so aku remove dulu Last edited by Bateesta on 12-9-2012 07:47 AM

Quote Bateesta 12-9-2012 07:36 AM
ps: mcm salah je, so aku remove dulu Last edited by Bateesta on 12-9-2012 07:47 AM

Lihat semua komen(221)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.077810 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top