CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Peranan Israel Dan Soros Dalam Kehilangan MH370

30-4-2014 11:49 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6880| Komen: 5

Description: Syarikat Boeing Yang Berpangkalan Di Seattle Sentiasa Memasang Pesawat Secara Berpasangan Sebagai Satu Amalan Standardnya, Tetapi Persoalannya Ialah Bagaimana Sebuah Jet Telah Disewabeli Oleh Syarikat ...



Bekas editor Japan Times dedahkan peranan Israel dan Soros dalam kehilangan MH370..

Artikel ini ditulis oleh Yoichi Shimatsu, bekas editor kumpulan Japan Times di Tokyo yang juga merupakan seorang penulis sains berpangkalan di Hong Kong..

Dalam spekulasinya ini beliau mendedahkan apa kaitan Israel dan Soros dalam kehilangan MH370..

... Ia bukan semata-mata satu kebetulan, apabila rahsia mengenai peranan Mossad dalam rampasan MH370 sudah mula meletup, apabila kedutaan dan konsulat Israel tiba-tiba ditutup disebabkan oleh kononnya "satu mogok oleh kakitangan diplomatik".

Alibi ini diwujudkan bertujuan untuk menghalang agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang di seluruh Asia dan dunia Barat untuk menyoal ejen perisikan Israel dan tenteranya mengenai keberadaan dan nasib beratus-ratus penumpang MH370.

Kor diplomatik negara Yahudi itu seperti menyembunyikan kepalanya ke dalam cangkerang kura-kura, mungkin kerana terkena hentakan kuat daripada seorang wartawan penyiasatan, Christopher Bolly, yang sebelum ini telah mendedahkan tentang penglibatan tangan Israel di belakang serangan 11 September.


Berdasarkan laporan saksi dari rangkaian pemerhati kapal terbang di Eropah dan Israel, Bollyn juga tekah melaporkan bahawa wujud model pengeluaran yang serupa dengan Malaysia Airlines Boeing 777 sekarang tersimpan di dalam bengkel lapangan terbang Tel Aviv.

Syarikat Boeing yang berpangkalan di Seattle sentiasa memasang pesawat secara berpasangan sebagai satu amalan standardnya, tetapi persoalannya ialah bagaimana sebuah jet telah disewabeli oleh syarikat Penerbangan Malaysia manakala sebuah lagi yang hampir sama diserahkan secara rahsia kepada kerajaan Israel tanpa sebarang pesanan-belian daripada syarikat penerbangan El Al yang dikendalikan oleh negara tersebut.

Bollyn telah membongkar fakta bahawa kedua-dua jet itu telah dihantar ke sebuah syarikat pihak ketiga, yang pengurus atasannya mempunyai hubungan akrab yang cukup lama dengan George Soros.

Dari garis masa peristiwa, ia adalah jelas bahawa pemindahan pesawat dan rampasan pesawat berikutnya adalah sebahagian daripada satu strategi yang lebih besar, bertujuan untuk :

Pertama, satu serangan dengan bendera palsu (false-flag) yang dirancang melibatkan pembunuhan beberapa orang rakyat Amerika (di atas pesawat) dan yang akan dipersalahkan nanti ialah kedua-dua rakyat Iran yang turut berada di dalam pesawat MH370 tersebut, bagi meminta Rumah Putih meluluskan ketetapan supaya serangan udara terhadap kemudahan nuklear dan pertahan udara Iran dapat dilakukan

Kedua, kecurian terang-terangan terhadap teknologi utama yang berkaitan dengan mikrocip Kinesis Freehold Semiconductor, pengawalmikro paling kecil di dunia, untuk digunakan dalam sistem persenjataan yang akan memastikan tentera Israel sentiasa unggul selama beberapa dekad akan datang.

Umpan dan Pementik

Mengapa Israel perlu melakukan serangan 'False Flag' dengan merampas pesawat-kembar Malaysia, sedangkan satu pesawat sudah memadai untuk muslihat ini? Pesawat yang masih baik di Tel Aviv akan dipasang semula dengan pemasangan secara rahsia, avionik terkini (elektronik penerbangan, peluru DU dan bahan letupan bersuhu tinggi), namun bukti rekaan yang berasal dari Malaysia amat diperlukan bagi menyempurnakan muslihat ini.

Oleh itu, tag logam dan bahagian-bahagian lain yang dikenalpasti perlu dikeluarkan daripada MH370, bersama-sama pembalut tempat duduknya, pakaian seragam anak kapalnya dan mayat kedua-dua rakyat Iran, yang dibekukan di rumah mayat. Penipuan ini akan menjadi lengkap apabila jenama pesawat Malaysia digantikan dengan pelekat El Al.

Forum : http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=796841&extra=&page=1

13

Bagus
5

Marah
12

Terkejut
13

Sedih
8

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote garyura 5-5-2014 03:23 PM
ada konspirasi terancang sebenarnya dlm kes ni
Quote Mizuahana 5-5-2014 11:25 AM
Macam2 andaian la....
Quote donut_1752 5-5-2014 09:12 AM
makin byk teka teki
Quote din_atos 4-5-2014 11:13 PM
Satu lg spekulasi
Quote unguaurora 3-5-2014 07:40 PM
Serabut!!!!

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.038393 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top