CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Agbimudin @ Azzimuddie Kiram penjawat awan dan rakyat Malaysia.

20-3-2013 02:53 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 19499| Komen: 192

Description: Muhammmad Faizal, 20 Mac 2013 (Rafizi dan Derell dalam sidang media hari ini) PETALING JAYA: PKR mendakwa Raja Muda Sulu yang mengetuai Kesultanan Sulu menceroboh Sabah sekara ...

Muhammmad Faizal,
20 Mac 2013       


(Rafizi dan Derell dalam sidang media hari ini)

PETALING JAYA:
PKR mendakwa Raja Muda Sulu yang mengetuai Kesultanan Sulu menceroboh Sabah sekarang,
Agbimudin @ Azzimuddie Kiram merupakan seorang bekas kakitangan awam dan juga merupakan rakyat
Malaysia setelah diberi kad pengenalan.

Dakwaan ini dibuat Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi ini. Beliau menyertakan dokumen berkaitan bagi menyokong dakwaannya itu.

Rafizi yang menjelasksan sejak pencerobohan di Lahad Datu berlaku banyak spekulasi timbul akibat maklumat yang samar-samar yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai penjawat awam tertinggi yang bertanggungjawab kepada rakyat.

Menurutnya lagi, sejak tercetusnya pencerobohan itu, PKR telah mengadakan pertemuan dengan penduduk tempatan untuk cuba memdapat maklumat lanjut mengenai latar belakang tokoh-tokoh yang berada dalam kumpulan penceroboh, yang antaranya adalah ketua kumpulan itu sendiri yang mengelarkan dirinya sebagai Raja Muda.

"Salah satu persoalan yang paling besar ialah latar belakang kumpulan bersenjata ini, walaupun secara rasminya mereka diisytiharkan sebagai orang asing dari satu kumpulan yang mewakili Kesultanan Sulu.


(Dokumen yang menunjukkan Agbimudin @ Azzimuddie Kiram bekas kakitangan awam)


"Namun maklumat yang kita perolehi dari penduduk setempat adalah Azzimuddie Kiram ini pernah bertugas sebagai pegawai kerajaan di Pejabat Daerah Kudat dan mengesahkan beliau adalah rakyat Malaysia," jelasnya.

Menurut Rafizi lagi, Timbalan Setiausaha Agong PKR, Darell Leiking telah menjejaki maklumat kakitangan Kerajaan Negeri Sabah di beberapa tempat termasuklah di Jabatan Arkib Negara Sabah.

Dari maklumat 'Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah' seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah mengesahkan Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pengawai Pentadbir Muda di Daerah Kudat dengan lantikan bermula 1 Mac 1974 bergaji RM610 sebulan.

PKR mendesak agar Najib tampil memberi menjelaskan berapa ramai di kalangan penceroboh bersenjata merupakan rakyat Malaysia.

"Kita juga ingin tahu dari kalangan penceroboh bersenjata berapa ramaikan mereka merupakan ahli Umno.

"Kenapa Najib tidak berterus terang dengan rakyat bahawa ketua kumpulan bersenjata ini adalah rakyat Malaysia berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru," sambung Rafizi lagi.

Rafizi yang turut menegaskan penemuan ini membuka dimensi baru mengenai pencerobohan ini jelas mengesahkan hubung kait di antara pencerobohan bersenjata dengan projek IC yang dikaitkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Umno.

PKR akan turut menganjurkan Bicara Kedaulatan dan Keselamatan Negara (BKKN) dalam bentuk forum bagi memgupas perkara tersebut yang akan disertai Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Mantan Timbalan Panglima Tentera Darat) dan Yusuf Barji (mantan Penolong Pesuruhjaya Polis / ACP dan Pengarah Cawangan Khas PDRM Sabah) di Kuala Lumpur, Sungai Petani dan Johor Bahru.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LombuKondo 20-3-2013 01:25 PM
banyak nyeeer kisah kisah benar di sebalik trajedi menyayat hati.

Quote kecimpret 20-3-2013 01:26 PM




Quote lizaliza 20-3-2013 01:32 PM
ayoooo! tak tahu...salah sapa!!
ayooo! kantoi! Pr pulak bukak cerita!
Dok tuduh sangat Anwar!
bukti takde!
Quote cak! 20-3-2013 01:34 PM
aku suka rafizi dgn bukti kukuhnya..madet2
Quote LombuKondo 20-3-2013 01:34 PM


ini semua salah DS Anwar Ibrahim         hahaha.








aku pasti berita ini tidak muncul di utusan and TV3 and TV1.

Quote Dzunnun 20-3-2013 01:34 PM
Pulok! Jawat awan yang mano schatuuu...!!!???
Quote dzeck@hana82 20-3-2013 01:36 PM

sapa entah ada nick penjejak_awam. look like penjejak_Magika
Quote gogo2 20-3-2013 01:36 PM
Madey : apa salah saya bagi IC kat pengganas Suluk? Tunku pun bagi kat pendatang...
Quote sayang_mulut 20-3-2013 01:37 PM
rafizi is indeed the most hated guy in Malaysia...
Quote kelana36 20-3-2013 01:39 PM
patut tak nak musnah ( baca ,takut) rumah air yang berlambak  naik  macam rumpai laut....

agaknya ramai lagi tu, ada yg jadi polis, guru, driver teksi, ....
Quote fauuzi 20-3-2013 01:39 PM

t kasih rafizi..
tak sia-sia kamu belajar obersi dan kerja di MNC petronas.

Quote Muntz 20-3-2013 01:42 PM
Penjawat awan?
Quote pisang69 20-3-2013 01:43 PM
Apa masalahnya? Tak kira dia ada kp msia, or bekas penjawat kerajaan... Kalo dh bikin onar..petualang. Kena ttp kena!
Yg bg ic tu... Paham2 sudah.. Dia akn spin citer...
Quote Babai 20-3-2013 01:43 PM
LombuKondo posted on 20-3-2013 01:25 PM
banyak nyeeer kisah kisah benar di sebalik trajedi menyayat hati.

Itu zaman bapak najib, bukan zaman Tun M.
Quote sepiITUindah 20-3-2013 01:45 PM
Madey : ni semua salah JPN...saya tak terlibat
Quote sharfox 20-3-2013 01:46 PM
huh...makin berbelit2 ni. Ex wife Jamalul Kiram pun dah bersuara seminggu lepas serangan ari tu. Katanya dia dimintak join dlm 'drama' tapi dia taknak. Sapa2 yg tak tau boleh le google statement ex wife dia kat media Filipina.
Quote cak! 20-3-2013 01:46 PM
PKR: Agbimudin Kiram pernah jadi ADO di Kudat
                                                            ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
                                                                                                                20 Mac 2013                                    
                                                                                                                                                        
                                 Rafizi Ramli                                
                                                        PETALING JAYA - PKR hari ini mendedahkan Ketua Penceroboh, Azzimuddie Kiram, yang dikenalai sebagai Raja Muda Sulu, mempunyai kad pengenalan warganegara Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan.
       
        Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, maklumat itu diperoleh daripada penduduk tempatan sehinggalah Timbalan Setiausaha Agung PKR, Darell Leiking berjaya menjejaki maklumat berkenaan.
       
        "Kerajaan tidak boleh lagi menyembunyikan perkara ini kerana maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram (Azzimuddie) tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda (ADO), di Pejabat Daerah Kudat.
       
        "Agbimudin telah dilantik pada 1 Mac 1974 dengan gaji RM610 sebulan," katanya pada sidang media di Ibupejabat PKR pagi tadi.
       
        PKR turut mendakwa melalui pendedahan itu membuktikan penglibatan Azzimudie dalam insiden di Lahad Datu ada kaitan dengan Umno.
       
        Pada lampiran itu menunjukkan Azzimudie dilahirkan pada 24 September 1941.
       
        Ketika ditanya wartawan bagaimana pihaknya yakin yang Azzimudie yang dimaksudkan adalah ketua kumpulan penceroboh berikutan faktor usianya yang lanjut.
       
        Rafizi berkata, pihaknya percaya Azzmudie mengetuai pencerobohan itu berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh abangnya Jamalul Kiram III sebelum ini.

       
Quote annadellia 20-3-2013 01:47 PM
kalau Rafizi, mesti come with all the physical evidence.. two thumbs up Rafizi..
Quote cak! 20-3-2013 01:51 PM
kes ni melangkaui masa madet jadi PM so xleh nak tuduh

Lihat semua komen(192)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.064391 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top