CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Cerita Seram Di Tandas Pejabat

8-5-2014 02:52 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15908| Komen: 46

Description: Emm Takpelah Dia Fikir Selepas Orang Tu Keluar, Dia Nak Mop Lantai Dan Cuci Mangkuk Tandas Tersebut. Sambil Itu Dia Mengalihkan Perhatian Seketika Untuk Melakukan Cucian Di Tempat Lain Dan Kemudian Pe ...

Gambar hiasan

Ok ceritanya macam ni. Suatu petang jam 4 lebih macam tu, cleaner di pejabat ni sedang mencuci tandas, mop lantai, cuci sinki dan lap cermin sambil dalam hatinya menyanyi lagu Kris Dayanti, mana saya tahu? Saya agak-agak je hehehe. Ok sorry kita sambung semula.

Cleaner tu bersendirian dan itulah rutin harian beliau, iaitu memastikan tandas dalam keadaan bersih dan wangi untuk kegunaan staff di sini. Memang wajib dibersihkan setiap masa sebab ramai kan pengguna toilet ni, jadi haruslah sentiasa dalam keadaan bersedia untuk diguna. Tiba-tiba matanya terpandang akan sepasang selipar yang berada di belakang pintu tandas yang sedang terbuka separuh. Biasalah fikirnya ada orang yang mungkin hendak keluar setelah selesai membuang hajat.

Emm takpelah dia fikir selepas orang tu keluar, dia nak mop lantai dan cuci mangkuk tandas tersebut. Sambil itu dia mengalihkan perhatian seketika untuk melakukan cucian di tempat lain dan kemudian perhatiannya difokuskan semula ke tandas berselipar tadi.

Alamak!!! Selipar tu sudah tiada dan bila ditolak pintu tandas tu tiada sesiapa pun di situ dan dia yakin dan amat pasti tiada sapa yang melintasinya sejak tadi.

Korang fikir apa??? Jeng jeng jeng….Selepas mendengar cerita makcik cleaner tu saya dan officemate semuanya takut nak ke tandas bersendirian. Sebelum ni ok aje ke tandas tak kira jam berapa pun, berseorangan pun, walau untuk tujuan apa sekalipun. Aduyaiii kali ini memang tak sedap hati langsung nak buang hajat, sebab terfikirkan hal tu. Nauuzubillah minta dijauhkan dari berselisih dengan ‘dia’. Ya Allah mintak jauhkanlah hendaknya.

Saya seram juga beb!! Bila masuk tandas tu ok je, bila dah buang hajat dan nak keluar ke sinki untuk basuh tangan tu, dia terbayang macam-macam, korang boleh bayangkan kan? Eiii meremang bulu tengkuk, orang kata kalau meremang tu maksudnya adalah kan? Jadi saya paksa bulu tengkuk saya jangan meremang, boleh???


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote popjack 6-5-2014 04:43 PM
waww!pejabat mana tu ade cctv delam tandas
sekodeng org berak ye!kui kui kui
Quote ana_una 6-5-2014 04:50 PM
seram gak bila g toilet memalam sensorang..riso tetiba ade tangan ke..kepala ke..kluar dr lubang jamban
Quote lantodak 6-5-2014 04:52 PM
Bangunan lama ke opis uols ni? Iols punya hq mmg bangunan lama.dah lebih 10 tahun take penghuni..tandas memang angker la. Ada staff cite penah dengar suara budak menangis and menyanyi dalam tandas..even pal gad pun dengar
Quote budak_gemuk91 6-5-2014 05:53 PM
seram lak aku nk g tandas sorang2 pasni
Quote sinnerz 6-5-2014 08:28 PM
pengalaman aku pada tahun 2002 kat tandas sebuah syarikat / kilang / warehouse .

keadaan tandas - seram..sbb staff sana tak pakai tandas tu kerana ada tandas kat ofis dorang tapi tandas kat warehouse tu kelihatan bersih . So aku gunakan tandas kat warehouse tu memandangkan tandas ofis ada yang mengunakan..seperti biasa aku tak suspek apa-apa pun yang menyeramkan kerana jam hanya pukul 2pm dan lebih menfokuskan untuk melepaskan hajat diperut...semasa dalam operasi diteruskan secara tetiba aku terasa belakang badan aku terasa pedih seperti dicakar-cakar . tapi aku tetap bertahan sampai operasi perutku selesai .

selepas selesai je aku terus membersihkan diri ( perasaan cuak tapi takmo nampakkan ) . dan aku terus keluar jumpa member dan bercerita apa yang telah berlaku kat tandas tadi..dan aku tunjuk dia keadaan belakang badan aku....Nahh!! kau..terdapat kesan cakar yang brutal sekali . ( patutlah pedih ) .

akan tetapi kesan cakar tu hilang ke esokkan hari....( pelikkan ) .
Quote lantodak 6-5-2014 09:11 PM
sinnerz posted on 6-5-2014 08:28 PM
pengalaman aku pada tahun 2002 kat tandas sebuah syarikat / kilang / warehouse .

keadaan tandas - ...

Dia tak suka share tandas kot. Tu pasal dia cakar2 hang. Heheh
Quote GhostWalking 6-5-2014 10:08 PM
Ko ke yang punya pengalaman ni?seram tuh
Quote mamapea 7-5-2014 11:03 AM
bbrp thn lps bila masuk tandas lps pkl 4 ptg aku akan dengar suara org dok humming..
suara tu mmg sebijik mcm org indon..lama jugak la kejadian ni berlaku..
skrg dh tak dengar apa2 dah..kekadang rasa seram gak bila sorang2..
Quote edoraixora 7-5-2014 12:49 PM
opis sebelah ni pulak...ade staf die penah ternampak cik pon mencangkung atas tandas duduk
giler...mula lah aku asik terbayang jer tiap kali nk msuk tandas
Quote lotuslife 7-5-2014 12:54 PM
Takut nk masuk tandas ni
Quote hajimex 7-5-2014 12:57 PM
sinnerz posted on 6-5-2014 08:28 PM
pengalaman aku pada tahun 2002 kat tandas sebuah syarikat / kilang / warehouse .

keadaan tandas - ...

ko terduduk atas die... so die cakar2 suruh ko bangun... haha!
Quote lantodak 7-5-2014 01:03 PM
hajimex posted on 7-5-2014 12:57 PM
ko terduduk atas die... so die cakar2 suruh ko bangun... haha!

Hahaha lemas dibuatnya ye
Quote lampu_liplap 7-5-2014 02:05 PM
aku "terkena" tahun lepas, bulan 12.

Masuk tandas kat opis nie jam 6 ptg.....selalunya ada je org dlm tandas time mcm tu.  Ditakdirkan aku sengsorang....lg aku suka coz leh memerut dgn jaya nye....

Ada 5 cubicle dlm tandas tu....dan semua pintu cubicle terbuka......happy giler aku coz cubicle kegemaran aku mmg kosong.....

The moment aku melangkah ke cubicle kegemaran......baru sampai tgh2 area tandas tu....tiba2 aku terdengar suara perempuan panggil nama ku.........kuat dan lantang.....sekali je dia seru......

Mula2 tu aku terpaku.....then aku dok pikir siapalah budak opis nk pedajal kan aku.....then aku tgk lgi sekali ke arah semua cubicle....sah.....semua cubicle kosong.....

Aku pun apa lagi....bukak langkah seribu ler keluar dari situ.....terus ilang rasa nk memerut.....
Quote sheetRock 7-5-2014 02:09 PM
citer antu ke cite lawak nih...

Quote myakayina 7-5-2014 02:15 PM
tandas kan tempat peberet hantu..
Quote garyura 7-5-2014 02:44 PM
aku kalau org nak cerita bab seram2 kat tempat keje aku langsung tak mau dgr...sama jugak kalau cerita seram area rumah aku...nanti akan menakutkan diri sendiri......
Quote lantodak 7-5-2014 03:15 PM
Takut wei..satg dia keluar kot lubang jamban. Parah.
Quote andalism 7-5-2014 03:20 PM
Waaaa baca cerita macam ni terus takut nak masuk toilet
Quote maja07 7-5-2014 03:21 PM
Pandai Mak Cik clener. kurang sikit kerja.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.066066 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top