CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Liyana Jasmay Selamat Melahirkan Anak Perempuan

14-5-2014 11:03 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3227| Komen: 0

Description: Pelakon Dan Penyanyi Liyana Jasmay, 25, Selamat Melahirkan Seorang Bayi Perempuan Seberat 2.9 Kilogram, Tepat Pukul 7.40 Malam Ini Di Hospital Prince Court, Di Sini Hari Ini.
Liyana Jasmay selamat melahirkan anak perempuan

KUALA LUMPUR 12 Mei - Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay, 25, selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.9 kilogram, tepat pukul 7.40 malam ini di Hospital Prince Court, di sini hari ini.

Ibu kepada artis berkenaan, Datin Habsah Simpon ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, kedua-dua ibu dan bayinya berada dalam keadaan selamat dan stabil.

"Liyana dimasukkan ke wad semalam selepas mengadu sakit mahu bersalin. Suaminya berada di sisinya sehinggalah dia melahirkan anaknya secara normal.

"Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan oleh-Nya walaupun terlewat sehari dari tarikh yang dijangka. Amat bersyukur atas kurniaan ini," ujarnya.

Liyana dan suaminya, Fathuddin Mazlan, 29, bergelar suami isteri selepas bernikah pada 2 Februari tahun lalu. 

Forum : http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=766627&extra=&page=1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.117065 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top