CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Sayur Mula Naik

19-5-2014 10:11 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8764| Komen: 80

Description: Ketua Umno Cawangan Kampung Bahagia, Tajul Hasnan Muhammad Rasit Berkata, Ini Merupakan Satu Tindakan Sabotaj Terhadap Kerajaan Menjelang Prk Parlimen Teluk Intan Pada 31 Mei Ini. "Apabila Harga Ba ...



TELUK INTAN 17 Mei - Masyarakat di sini melahirkan rasa pelik de-ngan kenaikan harga barangan secara mendadak, khususnya sayur yang dikatakan sebagai sabotaj untuk memburuk-burukkan kerajaan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Kenaikan harga sayur dikatakan berlaku di Pasar Besar Teluk Intan di sini sejak seminggu lalu dengan harga jualan berbeza-beza mengikut kaum.
Antara sayur yang dikatakan naik secara mendadak adalah sawi daripada RM2.40 sekilogram kini mencecah RM6, kobis (RM2.50 kepada RM6 sekilogram) manakala cili merah (RM6 kepada RM9 sekilogram).

Selain itu, harga pasaran sengkuang juga naik RM2.60 sekilogram, namun dijual cuma 70 sen sekilogram kepada pembeli Cina.
Begitu juga limau kasturi yang naik mendadak daripada RM3 kepada RM12 sekilogram.

Difahamkan peniaga di pasar besar di sini mendakwa kenaikan harga sayur itu disebabkan kenaikan harga baja.

Namun, kenaikan harga sayur itu disifatkan sebagai disengajakan, bertujuan untuk menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.


Sementara itu, seorang pemimpin tempatan di sini menyatakan rasa kesal jika benar kenaikan tersebut berlaku kerana jelas bertujuan untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Ketua UMNO Cawangan Kampung Bahagia, Tajul Hasnan Muhammad Rasit berkata, ini merupakan satu tindakan sabotaj terhadap kerajaan menjelang PRK Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini.
"Apabila harga barangan naik, sudah pasti rakyat marah, namun hakikatnya ini bukan salah kerajaan, sebaliknya hanyalah mainan politik semata-mata.

"Jadi saya berharap pihak yang berkenaan segera menyiasat perkara ini. Ini tidak seharusnya berlaku, apatah lagi di saat rakyat akan memilih wakil rakyat dalam PRK tidak lama lagi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

1

Bagus

Marah
4

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote razhar 18-5-2014 11:47 PM
ye la tu..hanya lembbbooooo je x sedar..
Quote hzln 18-5-2014 11:49 PM
apabila ketua umno cawangan menjadi pakar rujuk sesuatu isu...
Quote burque 18-5-2014 11:57 PM
Tanam sayur guna minyak

Minyak naik sayur pun naik
Quote AbukRokok 19-5-2014 12:17 AM
alhamdulillah...terima kasih pembangkang  
Quote alinone78 19-5-2014 12:19 AM
Hah gila...gila...
Quote totokreturn 19-5-2014 12:24 AM
kangkung turun harga, kenapa tak puji kerajaan... hahaaa

Quote totokreturn 19-5-2014 12:26 AM



[youtube]Uwy5MH14i8M[/youtube]
Quote adfiza 19-5-2014 12:30 AM
Haaaa yelatu..
Quote sup@rm@n 19-5-2014 12:31 AM
Bodo punye tajul
Quote Acong 19-5-2014 12:45 AM
totokreturn posted on 19-5-2014 12:24 AM
kangkung turun harga, kenapa tak puji kerajaan... hahaaa

semua nak kena tampo?
Quote totokreturn 19-5-2014 01:11 AM
bodoh tahap yg tak mampu aku ucapkan pada pemimpin UMNO nih... Ya Allah.. tak tau laa sekarang nih species camna lagi yg masih dok sokong UMNO nih....
Quote umnoumnoumno 19-5-2014 02:21 AM
PEMBORONG CINA...

CINA DAP...............

SENDIRI MAW INGAT LA...........
Quote umnoumnoumno 19-5-2014 02:22 AM
totokreturn posted on 18-5-2014 05:11 PM
bodoh tahap yg tak mampu aku ucapkan pada pemimpin UMNO nih... Ya Allah.. tak tau laa sekarang nih s ...

ko suruh Anwar buka syrkt sayur jual semua  jenis sayur 10 sen seguni .....

aku sokong Anwar nnti.....



Quote freebird 19-5-2014 03:15 AM
hzln posted on 18-5-2014 11:49 PM
apabila ketua umno cawangan menjadi pakar rujuk sesuatu isu...

ketua cawangan ameno teluk anson....biasanya kerja tukang kebun sekolah je...
Quote AHMADVW 19-5-2014 05:51 AM
Quote crankshaft 19-5-2014 06:35 AM
Sayur mahal...cuba bawak makan rumput.........

Quote AHMADVW 19-5-2014 06:54 AM
crankshaft posted on 19-5-2014 06:35 AM
Sayur mahal...cuba bawak makan rumput.........

harga sayur masih murah kalu nk dibandingkan dgn ngara layeen
--statement menteri umno dan balaci dulu kini selamanya
Quote isseliparjepun 19-5-2014 08:26 AM
Tapi aku memang ade dengar pasal harga barang ni naik turun. Memang ada pihak yg membeli secara pukal dan kemudian menjualnya kepada pengedar dengan harga yang tinggi. Dengan tujuan menjatuhkn kerajaan sedia ada. Ntah betul ntah tidak taktau le. Kesian rakyat jelata jugak..x memasal kene tanggung kesannye.
Quote gaara_X 19-5-2014 08:38 AM
bukan sayur je.....bahan mentah pun mahai sebenarnya...ahaks!!

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.071293 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top