CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dyana hanya kosmetik DAP

21-5-2014 10:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 1904| Komen: 0

Description: Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Berkata, Pihaknya Berasa Simpati Dengan Setiausaha Politik Penasihat Dap, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, Kerana Membiarkan Dirinya Diper ...
Dyana hanya kosmetik DAP

Dyana hanya kosmetik DAP Shahrizat (duduk, dua kiri) beramah mesra dengan Wanita Umno Pulau Pinang di Menara Umno, semalam

GEORGETOWN – Pengumuman calon DAP untuk PRK Parlimen Teluk Intan yang dibuat semalam dianggap lakonan biasa oleh pemimpin tertinggi parti itu.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya berasa  simpati dengan Setiausaha Politik Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, kerana membiarkan dirinya diperalatkan.

“Pelantikan itu dianggap sekadar lakonan. Seperti biasa, pemimpin DAP penuh dengan lakonan. Saya kasihan dan simpati dengan calon itu kerana dia telah dipermainkan.

“Saya juga kasihan kerana dia sanggup membiarkan dirinya menjadi alat dan boneka kepada DAP. Keterbukaan DAP meletakkan Dyana Sofya sebagai calon mereka bagi PRK Parlimen Teluk Intan hujung bulan ini dilihat hanya kosmetik dalam menggambarkan parti itu tidak bersifat cauvinis,” katanya kepada media di Menara Umno, Jalan Macalister, di sini semalam.


Shahrizat mendakwa, semua maklum perjuangan DAP yang bersifat cauvinis dan tidak kisah dengan calon yang diketengahkan parti itu.

“Siapa pun calon mereka, itu bukan satu cabaran. Kita semua tahu perjuangan DAP bagaimana," katanya.


Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=804348&extra=page%3D1&page=1
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.030768 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top