CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Gadis lari dari rumah merajuk kena tegur suruh solat

22-5-2014 11:22 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 14352| Komen: 130

Description: Kangar: Hanya kerana ditegur supaya bersolat, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun tergamak melukakan hati bapanya apabila bertindak keluar dari rumah keluarganya di Bintong, di sini, sejak Khami ...


Kangar: Hanya kerana ditegur supaya bersolat, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun tergamak melukakan hati bapanya apabila bertindak keluar dari rumah keluarganya di Bintong, di sini, sejak Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, Sharifah Atiqah Syed Azharudin yang juga anak sulung daripada dua beradik menghilangkan diri tanpa membawa pakaian mahupun wang.

Bapanya Syed Azharudin Syed Bainy, 42, berkata pada malam sebelum kejadian, dia ada memarahi Atiqah kerana tidak menunaikan solat menyebabkannya merajuk lalu memberitahu ibu tirinya Siti Zubaidah Abdullah, 44, mengenai perkara itu.

Menurutnya, anaknya sebelum ini menetap di Kuala Lumpur bersama ibu saudaranya sebelum tinggal bersama mereka selama dua minggu sejak awal bulan ini.

“Memang saya menegurnya kerana tidak bersolat selain perwatakannya yang begitu sosial bersama rakan-rakannya menyebabkannya mungkin merajuk lalu keluar dari rumah.


“Namun, saya terkejut kerana dia tidak pulang semula ke rumah pada petang kejadian sebelum diberitahu salah seorang rakan isteri bahawa Atiqah ada datang berjumpa bagi mencari kerja untuk membeli tiket bas tanpa diketahui tujuannya,” katanya.

“Saya merayu orang ramai atau sesiapa terserempak dengan Atiqah dapat menghubungi talian 012-4104286 atau 012-4875231,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai orang hilang.


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mikasa 22-5-2014 10:01 AM
Dah berlubang balik la nanti.

Dah besar baru nak tegur ker.atau cara teguran tahap dewa ni
Quote jaja4 22-5-2014 10:07 AM
mengada-ngada la ko dik.. nnti da jadi ape2 pndai plk cari bapak ko?? rase cm nk lempang laju2 je budak ni.
Quote prettyuglybabe 22-5-2014 10:09 AM
anak dah 18 tahun baru nak dipaksa solat
Quote famri7 22-5-2014 10:09 AM
Ummah suci dah masalah harian mureka.Nih la jadi kalo kecik2 xnak rotan kalo x smaye..sayangkan anak katanya....
#parentingfail
Quote annehuda 22-5-2014 10:10 AM
“Namun, saya terkejut kerana dia tidak pulang semula ke rumah pada petang kejadian sebelum diberitahu salah seorang rakan isteri bahawa Atiqah ada datang berjumpa bagi mencari kerja untuk membeli tiket bas tanpa diketahui tujuannya,” katanya.


nih mane satu ni? jumpe sbb nk cari keje ke sbb nk beli tiket bas?
Quote revolusi_30 22-5-2014 10:10 AM
Taliban rules.... Sekarang baru ada akai anak dah lari ... Tak solat pun takpela nak.  Yg penting jgn lari ..
Quote revolusi_30 22-5-2014 10:13 AM
annehuda posted on 22-5-2014 10:10 AM
nih mane satu ni? jumpe sbb nk cari keje ke sbb nk beli tiket bas?

Sis .. Yg akak faham atiqah ne cari kije coz nak beli tiket bas.. Yg ayat jumpa tu.  atiqah ne jumpa kawan dye n cite nak cari kije.
Quote kakikuDibibirmu 22-5-2014 10:15 AM
lari ikut jantan kan?
Quote Badut.Sarkas 22-5-2014 10:16 AM
no komen on the solat part. however, aku rasa minah ni menggunakan mende tu sebagai sexcuse je untuk melarikan diri.. maybe dia dah set untuk bersama2 bf melarikan diri.. esok dah berkali2 kena enjut and liwat, balik la ke umah sambil bagi alasan kena pukau.
Quote jofizo 22-5-2014 10:16 AM
dah penah dok kat kota urban, pi balik dok kat hulu mana la nak boleh pollow.....

ada la tu lari dok kat kl balik......
Quote solstice 22-5-2014 10:26 AM
bohsia lah ni
Quote makton 22-5-2014 10:38 AM
alasan nak larik je tu..
alang2 mak bapak dh bebel2, ada can nak larik.
konon2 majuk.. puiiiiii
Quote cikatilia 22-5-2014 10:40 AM
xbawa apa2
berbaloi sgt la ko dik
ingat org kat luar tu sebaik mak pak ko??
aduyai

singkat tol pemikiran
bukan mak pak tu suruh melacur ke makan najis ke..
solat kot.. wajib tuh
Quote cikatilia 22-5-2014 10:40 AM
makton posted on 22-5-2014 10:38 AM
alasan nak larik je tu..
alang2 mak bapak dh bebel2, ada can nak larik.
konon2 majuk.. puiiiiii

kan??
silap2 dah menanti dgn kereta nya or tiket kapal terbang utk ke lambok or siamm

bakal jadi ayam
Quote makton 22-5-2014 10:51 AM
cikatilia posted on 22-5-2014 10:40 AM
kan??
silap2 dah menanti dgn kereta nya or tiket kapal terbang utk ke lambok or siamm

dah smpai lombok jgn duk hantar2 surat mintak mak bapak jemput amik bawak balik!
duduk je lombok sana diam2 smpai beranak pinak.
Quote ElmoRed 22-5-2014 10:55 AM
ikut hati, pk pendek, merajuk lari..hmmmmm
Quote cikatilia 22-5-2014 10:57 AM
makton posted on 22-5-2014 10:51 AM
dah smpai lombok jgn duk hantar2 surat mintak mak bapak jemput amik bawak balik!
duduk je lombok  ...

kann
kalau dok lombok bole la jemput pulang

kot2 kat dlm penjara kat lombok sanun
thailand ke.. korea ke, jepon ke... kejadah nak jemput balik
silap ari bulan penjara sampai mati *if kes dadah*

aku stil xleh nak hadam org2 yg bosan fedup dgn famili sendiri tp hadap kan pakwe yg baru kenal..
at least hadap kat kawan2 xpe gak

ini org luar tuh
Quote oranghalus 22-5-2014 10:59 AM
Melentur buluh biarlah dari rebung...
Suruhlah anak solat apabila umurnya 7 tahun..
Dan rotan mereka apabila mereka tidak bersolat pada umur 10 tahun....
Quote sofea_jenab 22-5-2014 10:59 AM
melentur buluh biarlah dari rebungnya...dh  umo belasan tahun nk tegur  sruh solat....

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.059083 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top