CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Anwar Beri Amaran Kepada Azmin, Saifuddin Dan Khalid

22-5-2014 05:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8303| Komen: 94

Description: Tiga Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (Pkr) Diberi Amaran Berhubung Kegagalan Menjaga Dan Mengawal Penyokong Mereka Yang Bertindak Agresif Semasa Menyertai Bantahan Di Hadapan Ibu Pejabat ...
Anwar beri amaran kepada Azmin, Saifuddin dan Khalid
DARI KIRI: Azmin Ali, Saifuddin nasution

KUALA LUMPUR 21 Mei - Tiga calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) diberi amaran berhubung kegagalan menjaga dan mengawal penyokong mereka yang bertindak agresif semasa menyertai bantahan di hadapan ibu pejabat parti itu malam tadi.


Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyokong mana-mana calon tidak sepatutnya mencalarkan imej parti kepada seteru politik.

"Saya bagi amaran kepada ketiga-tiga calon Timbalan Presiden (jaga penyokong sendiri). Kalau tidak. jadi macam inilah. Untuk TV3 dan UMNO...puaskan hati! Biar jahanam parti...puas hati.


"Kerana apa? Kerana nafsu tidak dipenuhi. Kalau tidak ada tindakan...okey..kita ambil tindakan..ada soalan? Jadi saya minta bersurai," katanya sebagaimana dipetik dalam portal berita Antarapos hari ini.

Rakaman video aksi Ketua Pembangkang yang keluar daripada ibu pejabat parti itu semata-mata bagi memberi amaran kepada pihak yang berdemonstrasi telah tersebar di laman sosial YouTube.

Anwar dilihat amat marah apabila mengarahkan mereka yang hadir bersurai atau berdepan tindakan dipecat daripada parti.

Tindakan Ketua Pembangkang itu dianggap banyak pihak bertentangan dengan perbuatan beliau sebelum ini yang sering mengetuai demonstrasi jalanan bagi menentang kerajaan kononnya demi menegakkan prinsip demokrasi.

Walaubagaimanapun, prinsip itu tidak pula dibenarkan dalam PKR malah beliau melabelkan puak-puak yang terlibat dalam demonstrasi itu sebagai pengkhianat.

"Saya tidak peduli you (awak) siapa, kalau buat juga, saya pecat, sebab kita bertindak ada prinsip.

"Jadi saya minta bersurai. Jangan layan satu dua pengkhianat, saya minta siapa yang hadir bersurai kalau tidak saya terpaksa ambil tindakan," katanya.

Malam tadi, sekumpulan ahli PKR berkumpul di hadapan ibu pejabat parti bagi membantah kaedah sistem pengundian yang digunapakai pada pemilihan kali ini.

Mereka turut menyifatkan jawatankuasa pemilihan kali ini lebih teruk daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ajie2000 22-5-2014 11:19 AM
sunyi jer benang ni..

macai-macai yang suci murni mana pergi??..
Quote Babai 22-5-2014 11:22 AM
Blah la nuwart!!! Cakap jela ko taknak TSKI menang!!!
Quote Anak_Nogori 22-5-2014 11:25 AM
Abdul Khalid dijangka menang

KUALA LUMPUR 21 Mei - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) dijangka membuat kejutan dengan memenangi jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengalahkan penyandangnya, Azmin Ali.

Menurut sumber, Menteri Besar Selangor itu pada masa ini mendahului Azmin dengan kelebihan kira-kira 92 undi.

Abdul Khalid mengumpul 12,270 undi, diikuti Azmin, 12,178 undi dan seorang lagi calon, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, 7,988 undi.

Jangkaan kemenangan itu jika tidak ada ‘gangguan’ daripada pihak tertentu, akan membolehkan Abdul Khalid berganding bahu dengan presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun, kedudukan terakhir siapa yang akan mengisi jawatan nombor dua PKR itu bergantung kepada pemilihan semula di 35 cabang bermula 31 Mei hingga 22 Jun ini.

Antara cabang yang membuat pemilihan semula adalah Kuala Nerus, Kemaman, Dungun, Pengerang, Setiu, Tenggara, Sungai Petani, Jerantut, Paya Besar, Pasir Puteh, Saratok, Galau dan Batang Sadong.

Cabang-cabang yang besar di Sabah dan Selangor pula mengadakan proses pemilihan semula iaitu antara 7 hingga 22 Jun ini.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... enang#ixzz32PYtilAQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote cipOt_cedOt 22-5-2014 11:25 AM
aku tak paham pasai PKR ni satu menda jer... apa kuasa DSAI ada lam PKR...

lam perlembagaan PKR takde satu perkataan pun merujuk mengenai jawtaan ketua umum... so status jawtaan DSAI ni apa sebenarnya?
Quote kentel 22-5-2014 11:37 AM
shhh....diam...jgn ckp kuat kuat...nnt bang nuwa dtg dari blakang...hik hik hik
Quote Anak_Nogori 22-5-2014 11:42 AM
[youtube]L33SKNSJr78[/youtube]

ko sendiri buat budaya kem berkem..sekarang bila 3 calun Tim ko berkem plak...ko marah2..lepas tu ngan tak tahu malunya ko salahkan TV3 dan UMNO..

baguslah penjara sedang menunggu mu..
Quote blackred99 22-5-2014 11:45 AM
udahla anwar, awak tu dah takde fungsi pun, bgla orang lain pulak. saya sapot TSK!
Quote Anak_Nogori 22-5-2014 12:07 PM
ajie2000 posted on 22-5-2014 11:19 AM sunyi jer benang ni..macai-macai yang suci murni mana pergi??..

biasalah...nama pun macai.
Quote Babai 22-5-2014 12:08 PM
ajie2000 posted on 22-5-2014 11:19 AM
sunyi jer benang ni..

macai-macai yang suci murni mana pergi??..

Biasalah, macai penjilat.
Quote Anak_Nogori 22-5-2014 02:55 PM
cipOt_cedOt posted on 22-5-2014 11:25 AM
aku tak paham pasai PKR ni satu menda jer... apa kuasa DSAI ada lam PKR...

lam perlembagaan PKR t ...

status syok sendiri dan lantik diri sendiri..



Quote hafiz18 22-5-2014 03:07 PM
Budaya demo ni kan nuar yg pelopori, bila org berdemo , die plak suruh org balik
Quote lkick2113 22-5-2014 03:35 PM
up.............................
Quote sidewinder 22-5-2014 03:43 PM
apa nak heran....PKR ni wujud pun drpd org2 UMNO/BN yg merajuk....tak dpt project...tak dpt jawatan.....jd apa2 UMNO....BN dipersalahkan
Quote ketum 22-5-2014 03:45 PM
lkick2113 posted on 22-5-2014 03:35 PM
up.............................

bekali kali ko UP pun macai takan masuk punyer
Quote lkick2113 22-5-2014 03:46 PM
ketum posted on 22-5-2014 03:45 PM
bekali kali ko UP pun macai takan masuk punyer

saje je....kita UP lg
Quote magnus 22-5-2014 03:47 PM
lollollollol
Quote Anak_Nogori 22-5-2014 03:49 PM
sidewinder posted on 22-5-2014 03:43 PM
apa nak heran....PKR ni wujud pun drpd org2 UMNO/BN yg merajuk....tak dpt project...tak dpt jawatan. ...

dan anwar, saifudin, azmin, khalid gak ko jilat habis..
Quote terung 22-5-2014 03:51 PM
hhahahhaha lawak shial.. mana penyokong tegar BERSHIT
Quote Anak_Nogori 22-5-2014 07:29 PM
Demo Depan HQ PKR : Anwar Terus Diasak Ahli Parti Sendiri
May 21,2014 - by AIDC

AIDCNews – 21/5/14 – Selepas ahli PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mengasak Datuk Seri Anwar Ibrahim di twitter, ada satu pihak lagi mengasak Ketua Umum parti itu di ibu pejabat parti, Tropicana pada malam semalam.

Menurut pisau.net, 200 orang berkumpul meluahkan protes mereka terhadap Anwar berkaitan dengan pemilihan PKR 2014 yang didakwa mereka sebagai tidak telus dan penuh penipuan.

Banner yang digantung di sekitar ibu pejabat parti itu menunjukkan kemarahan ahli kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) parti dan tiga individu iaitu Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Tan Kee Kwong (ditulis dibanner sebagai Tan Kee Keong).

Azmin adalah penyandang Timbalan Presiden PKR, Zuraida pula penyandang Ketua Wanita yang diumumkan JPP parti dua hari lepas sebagai ‘pemenang’ kerana masih mendahului undian dalam mengekalkan jawatan masing-masing.

Manakala Tan Kee Kwong adalah Pengerusi Jawatan Kuasa Disiplin PKR yang telah mengambil tindakan tatatertib terhadap lapan ahli berkaitan pemilihan parti.

Terdapat satu banner yang mengkritik calon Timbalan Presiden, Datuk Saifuddin Nasution, namun tiada banner yang mengkritik Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga bertanding merebut jawatan tersebut.















Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.524117 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top