3 keluarga merempat dalam hutan Kuantan: “Kami sekeluarga tidak meminta lebih, sebaliknya berharap dapat berpindah ke rumah baru. “Sekurang-kurangnya anak kami, termasuk bayi lelaki berusia 43 hari, Mohamad Hazim Hazrel Mohd Hassan tidak lagi hidup seperti gelandangan,” kata Suryati Azman, 32, antara 16 orang daripada tiga keluarga yang menghuni tiga khemah dan dua pondok kayu dalam belukar di Kampung Alur Ladang, Beserah, di sini. Dia bersama suami, Mohd Hassan Manaf, 43; ibu mentua, Timah Mohamad, 65, dua ipar dan pasangan masing-masing serta sembilan kanak-kanak tinggal di situ sejak lima hari lalu, selepas tidak mampu membayar sewa bulanan RM250 ketika menyewa sebuah rumah berhampiran. Meskipun hidup dalam keadaan daif tanpa bekalan air dan elektrik, tujuh daripada sembilan kanak-kanak itu masih meneruskan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Beserah, di sini.
Kuantan: Nasib 16 orang daripada tiga keluarga termasuk bayi lelaki berusia 44 hari, bagaikan jatuh ditimpa tangga apabila terpaksa berpindah dari tiga khemah dan dua pondok dalam belukar di Kampung Alur Ladang, Beserah, di sini, yang menjadi tempat tinggal mereka, malam kelmarin, akibat gangguan sekumpulan 20 lelaki bermotosikal. Kejadian itu berlaku tidak sampai 12 jam selepas media menyertai Badan Kebajikan dan Kemanusiaan Mukim Beserah dan Sungai Karang (BAKKISS) meninjau nasib tiga keluarga berkenaan terpaksa tinggal di situ sejak lima hari lalu akibat tidak mampu membayar sewa rumah RM250 sebulan. Suryati Azman, 32, ibu kepada bayi berkenaan mendakwa, ketika kejadian jam 7.30 malam kelmarin, mereka baru selesai makan malam apabila dikejutkan dengan bunyi bising motosikal. Katanya, suami, Mohd Hassan, 43, menghubungi BAKKIS kerana bimbangkan keselamatan ibu, Timah Mohamad, 65, dan dua keluarga adiknya, termasuk kanak-kanak tinggal di situ. “Nasib baik BAKKIS menawarkan kami untuk tinggal di pejabat mereka, sementara menunggu bantuan mendapat tempat tinggal. Apa salah kami sehingga dilayan sebegini,” katanya di sini, semalam. Sementara itu, YDP BAKKIS Wan Azlan Wan Salleh berkata, pihaknya bersama polis, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan ahli kelab peminat motosikal berkuasa tinggi, Auto Speed Owners Club (ASoC) Kuantan membantu proses pemindahan keluarga itu. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=805098&extra=&page=1
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.033891 second(s), 20 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.