Kuala Lumpur: Kemaruk ‘pucuk muda’, seorang suami bukan saja sanggup berkahwin secara senyap-senyap dengan isteri baru berusia 23 tahun, malah cuba menundukkan isteri pertamanya dengan pelbagai amalan khurafat seperti menyembur minyak guna- guna di dalam bilik dan meletakkan tangkal di bawah tilam. Tembelang lelaki berusia 47 tahun itu terbongkar selepas isterinya hairan apabila hampir setiap minggu sejak tiga bulan lalu, suaminya ke selatan tanah air dengan alasan urusan kerja sehingga dia terbaca SMS berbaur cinta seperti ‘minggu depan abang datang sayang’ dan ‘abang rindu’ di telefon bimbit suaminya. Selepas itu, bermulalah ‘perang’ membabitkan pasangan itu, namun si suami masih enggan mengaku menjalin hubungan sulit sehingga si isteri menemui sijil nikah Thailand tertera nama suaminya dan madu, dua bulan lalu. Mangsa permainan suami itu yang mahu dikenali sebagai Wani, 49, berkata, selepas menemui surat nikah, selama seminggu suaminya bermati-matian menafikan berkahwin lain sebelum akhirnya mengaku.
WANI menunjukkan barangan khurafat yang ditemui.
“Saya tidak dapat menerima hakikat itu dan mahu suami meninggalkan isteri barunya. Saya pernah berbalas SMS dengan isteri barunya tetapi nampaknya dia juga keras kepala dan tetap mahukan suami saya. |
alinone78 posted on 25-5-2014 02:50 PM
Ada aku tertengok kisah apa entah
Si isteri merayu
kumbang7 posted on 25-5-2014 02:11 PM
nak yang muda2 je..pastu nanti dah tua sakit bini tinggal baru terhegeh2 nk cari balik yang tua
kumbang7 posted on 25-5-2014 02:11 PM
nak yang muda2 je..pastu nanti dah tua sakit bini tinggal baru terhegeh2 nk cari balik yang tua
roblucci posted on 25-5-2014 03:36 PM
dah tua bangka nanti bini muda buat skandal dgn laki lain sbb sudah tak power
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-3-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.056287 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.