CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Tragedi Memali: Fakta Dalam Kertas Putih Tidak Benar

26-5-2014 11:01 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4054| Komen: 11

Description: Mohammad Yusof, Yang Merupakan Orang Kanan Kepada Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmud Atau Ibrahim Libya, Berkata Fakta Dalam Kertas Putih Sengaja Dibuat Bagi Menjustifikasikan Tindakan Pihak Berkuasa Ya ...


BALING: Saksi-saksi hidup dalam peristiwa berdarah Memali 1985 mendakwa, kebanyakan fakta yang dimuatkan dalam kertas putih yang dibentang di parlimen berkait peristiwa itu adalah tidak benar.

Sanggahan itu dibuat melalui satu forum khas bertajuk 'Tragedi Memali: Pembetulan fakta sejarah menolak pembohongan kertas putih Kerajaan Malaysia' di Kampung Memali petang tadi.

Forum itu diadakan sempena program Himpunan Keadilan Untukmu Memali anjuran PAS Pusat yang berlangsung hari ini.

Sembilan saksi ditampilkan dalam forum ini iaitu Bekas Senator Datuk Mohammad Yusof Husin, Azmi Salim, Zaman Mahmud, Zakaria Abdul Rahman, Ramli Che Mit, Osman Salleh, Radziah Rozali, Aisyah Ahmad dan Tuan Guru Abdul Wahab Hassan.

Kesemua mereka adalah antara mangsa yang ditahan selepas berlakunya peristiwa hitam itu, serta balu-balu kepada mereka yang terkorban dalam insiden itu.

Mohammad Yusof, yang merupakan orang kanan kepada Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya, berkata fakta dalam kertas putih sengaja dibuat bagi menjustifikasikan tindakan pihak berkuasa yang telah menyebabkan 14 orang terkorban dalam insiden itu.

"Seramai 161 saksi diminta membuat kenyataan menggambarkan bahawa Ustaz Ibrahim Libya adalah seorang pengganas, mengajar ajaran sesat dan ingin menjatuhkan kerajaan secara revolusi bersenjata," katanya yang namanya disebut sebanyak 16 kali dalam kertas putih.

Beliau yang juga lebih mesra dengan panggilan Pak Ucop, turut dituduh sebagai ketua mujahidin, dan timbalan ketua gerakan revolusi dalam kertas putih itu.

Menurut Pak Ucop, punca sebenar peristiwa Memali berlaku adalah kerana ketegasan Ustaz Ibrahim Libya yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkan sebagai akta zalim dan bercanggah dengan perinsip keadilan Islam.

"Dia pernah kata, dia tak redha ditanggkap di bawah ISA. Dia sanggup serah jasad tanpa nyawa," katanya lagi.

Mengulas dakwaan dalam kertas putih, kononnya rumah Ustaz Ibrahim Libya menjadi tempat menyimpan senjata untuk tujuan revolusi, beberapa saksi lain turut menyanggah.

Radziah berkata, beliau mendapat maklumat bahawa pihak polis bertindak mengumpul parang dari seluruh rumah di kampung itu selepas kejadian itu berlaku, dan bukan parang yang terdapat di rumah Ustaz Ibrahim.

Dakwaan bahawa terdapat lebih 100 orang di rumah Ustaz Ibrahim ketika hari kejadian dengan bersenjata parang juga turut disanggah.

"Orang kampung, bila dengar lembu kena langgar, penuh orang keluar tengok.

"Ini pula orang nak ambik tok guru kita, tentu la kita datang nak tengok, bagaimana mereka nak ambik.

"Mereka ini ada kerja menebas, jadi mereka datang dari tempat kerja sambil pegang parang" katanya.

Pak Ucop kemudiannya menjelaskan, ketika kejadian tak lebih dari 40 orang berada di kawasan rumah Ustaz Ibrahim dan bukan seperti dilaporkan di dalam kertas putih itu.

Dalam kertas putih tersebut, Ustaz Ibrahim Libya juga didakwa memakai azimat dan mengamalkan ajaran khurafat kononya bagi tujuan ilmu kebal dan pelindung diri.

"Kalau pakai azimat, tak mati la. Tapi semua yang kena tembak itu mati.

"Maknanya tuduhan itu tak betul," kata salah seorang dari mereka.

Forum yang berlangsung di Madrasah Islahiah Memali petang tadi itu turut dihadiri lebih 1000 hadirin.

Malam ini pula akan berlangsung ceramah perdana oleh pemimpin PAS termasuk Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingTomey 24-5-2014 03:13 PM
pale hotak kau la....yang datang tu sume pengganas......syukur dato seri madey ade waktu itu untuk selesai kes memali.......




cai ibnu cai
Quote CiliPadiSedap 24-5-2014 03:41 PM
kucingTomey posted on 24-5-2014 03:13 PM
pale hotak kau la....yang datang tu sume pengganas......syukur dato seri madey ade waktu itu untuk s ...

san miguel tetap menang.

petron menang.

petronas di macaikan.

ini lah malaysia.,

melayu jd kuli cina dan mamak.
Quote Anak_Nogori 24-5-2014 04:15 PM
utk berlaku adil...kenapa tak ajak barang dua tiga org yg membuat kertas putih yg masih hidup utk dijadikan panel?..
Quote cecari 24-5-2014 04:48 PM
Anak_Nogori posted on 24-5-2014 04:15 PM
utk berlaku adil...kenapa tak ajak barang dua tiga org yg membuat kertas putih yg masih hidup utk di ...

macai ...  takkan hang tak kenal sapa tuan hang?
Quote tobby 24-5-2014 05:51 PM
kes tabung memali tu benar ke tidak?  penipooo duit tabung tu hidup lagi tak?
Quote tobby 24-5-2014 05:55 PM
CiliPadiSedap posted on 24-5-2014 03:41 PM
san miguel tetap menang.

petron menang.

nak tau benar tak benar sila korek kubur mangsa tragedi memali tu. klu reput maknanya depa memang pengganas. klu tak reput maknanya depa syahid.  klu nak korek jgn declare terang2 kata nak korek utk prove shahid ke tidak (nanti jadi kecoh pulak), so buat2 la alasan korek nak buat jalan ka, nak buat masjid ka so kubur kena korek utk dipindahkan. dari situ boleh tau mayat reput ke tidak.
Quote CiliPadiSedap 24-5-2014 06:06 PM
tobby posted on 24-5-2014 05:55 PM
nak tau benar tak benar sila korek kubur mangsa tragedi memali tu. klu reput maknanya depa memang  ...

ada hadis atau nas mengatakan mayat mati syahid tidak akan reput??

kalau pengganas mayat kena reput ada hadis atau nas daripada alquran berkata begitu??

sila bagi dalil yang mengatakan mati syahid mayat tidak reput??

pergilah korek makam raja? kalau reput maksudnya pengganas? mcm tu?

pergilah korek kubur pejuang kemerdekaan, kalau tak reput maksudnya mereka mati syahid?

cmtu?
Quote batmana 24-5-2014 06:17 PM
tobby posted on 24-5-2014 05:55 PM
nak tau benar tak benar sila korek kubur mangsa tragedi memali tu. klu reput maknanya depa memang  ...

kamu ni mesti tak penah pi sama2 bergaul ngn org msa kebumikn org..

pi lar cmpur dgn org luar sana.. cuba gerakkan sket bontot kamu dari kerusi tu..
bercmpur ngn org surau , masjid, time ada kematian , pi la lawat..smpai ke kubur..turun skali dlm kbur, smbut jenazah, bwk turun..

so pikirla...
igt senang ka nk korek kubur?

nk tanam pun susah..
apatah lagi nk korek  balik?

Quote JokesCop 24-5-2014 06:23 PM
Isu hudud xabis lagi dah dibangkit plak memali balik.. trending ke?

Hudud - memali - hudud - memali - kapiaq - balik hudud balik - memali plak - eyh hudud balik - daging sembelihan harom !!! - eyhhhh, itu laennnn..
Quote tobby 24-5-2014 06:51 PM
batmana posted on 24-5-2014 06:17 PM
kamu ni mesti tak penah pi sama2 bergaul ngn org msa kebumikn org..

pi lar cmpur dgn org luar s ...

apa susahnya. huloq duit sat jer depa korek. mcm penggali2 kubur yg pindahkan kubur utk besarkan masjid or nak buat jalanraya ... dah selalu org buat & dlm proses tu ramai penggali kubur yg jumpa mayat tak reput walau sudah beratus2 tahun lamanya.
Quote jaa139 28-5-2014 02:56 PM
"Mereka ini ada kerja menebas, jadi mereka datang dari tempat kerja sambil pegang parang" katanya.

yang ni aku tak pcaya...kenyataan lain, ok

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.051410 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top