CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kasih Isteri Tak Pernah Pudar

26-5-2014 06:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10580| Komen: 105

Description: Rosnany Dari Taman Bukit Bay Route, Bukit Setongkol, Dekat Sini, Berkata, Suaminya Menghidap Penyakit Berkenaan Sejak Enam Bulan Lalu Sehingga Memaksa Bapa Kepada Dua Anak Itu Berhenti Kerja Sebagai P ...
“Saya tidak pernah merungut menjaga suami kerana dia satu-satunya lelaki di dalam dunia ini yang saya sayang sampai akhir hayat,” kata Rosnany Ismail, 32, yang menjadi ketua keluarga selepas suaminya, Mohd Zulkifli Ali, 36, tidak mampu bekerja akibat penyakit kanser lidah tahap kritikal.

Rosnany dari Taman Bukit Bay Route, Bukit Setongkol, dekat sini, berkata, suaminya menghidap penyakit berkenaan sejak enam bulan lalu sehingga memaksa bapa kepada dua anak itu berhenti kerja sebagai pemandu lori.

Menurutnya, selepas suaminya hanya mampu terbaring di rumah serta tidak berdaya untuk mencari rezeki, dia terpaksa mengerah keringat untuk membahagikan masa bersama keluarga dan kerja.

Katanya, lebih menyedihkan lagi, dia tidak mampu untuk menampung kos perubatan suaminya yang mencecah RM2,000 sebulan sedangkan pendapatannya sebagai kerani di sebuah syarikat swasta, di sini, hanya RM1,400 sebulan.

“Kalau hendak dikira, memang tidak cukup dengan gaji bulanan saya.

Dulu kami berdua bekerja untuk membesarkan dua anak berusia lapan dan lima tahun namun kini hanya saya seorang bekerja untuk menyara keluarga.

“Sebelum ini, ahli keluarga, saudara serta sahabat banyak membantu dan memberikan kata semangat, namun mereka juga bukan orang senang untuk meneruskan memberi bantuan kepada kami,” katanya.

Penderitaan Mohd Zulkifli turut mendapat perhatian Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang melakukan lawatan ke rumahnya petang semalam.

Adnan berkata, kerajaan negeri bersimpati dengan nasib keluarga terbabit dan pihaknya akan memantau perkembangan Zulkifli.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga sudah menghulurkan bantuan segera kepada keluarga terbabit dalam usaha meringankan beban ditanggung mereka.

“Ini antara usaha membantu golongan kurang bernasib baik dan dalam kes ini kami dapati mangsa menghidap penyakit kanser yang memerlukan rawatan rapi dan bantuan,” katanya.


Orang ramai yang mahu membantu boleh menghubungi Rosnany di talian 019-9520922.







7

Bagus
7

Marah
19

Terkejut
5

Sedih
12

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 26-5-2014 09:49 AM
kuatkan semangat kak.......
Quote sunquick 26-5-2014 09:50 AM
semoga si isteri tabah...
dugaan + ujian wat dia...
besar pahala dia....
Quote makton 26-5-2014 09:58 AM
semoga tabah.....
insya Allah besar pahala si isteri...
Quote Anden 26-5-2014 10:01 AM
Besar pahala...isteri ni dpt...gugur dosa..

Quote yayangmama 26-5-2014 10:03 AM
nauzubillah....ngeri nya tengok...huhu...bertabahlah...kesian sbb muda lagi n ank pon kecik2
Quote Babai 26-5-2014 10:05 AM
Syukurla kalo dapat isteri camni.
Quote imthegirl 26-5-2014 10:06 AM
Kanser lidah ni macam mana ya? Cepat betul ya merebak 6 bulan terus macam tu.
Quote xtahumenahu 26-5-2014 10:07 AM
dah terlalu banyak kes kanser yg x dpt rawatan
aku xtau kenapa...kita kurang kapasiti kah?
kawan aku pon bergolok gadai habiskan segala duit nak beli ubat untuk kanser
bagi aku...kita patut ada special hospital yg ditaja sepenuhnya ntuk kanser
kat arab pon dah ada..
xtau laa kalo aku xtau
Quote Innrukia 26-5-2014 10:11 AM
..hati isteri ni teguh....
Quote liyamariska 26-5-2014 10:18 AM
kagum ai dgn ketabahan kakak ni menjaga sominya...
Quote mizahanan 26-5-2014 10:20 AM
harap bukanlah bekas perokok tegar
Jiwa kental isterinya
Quote kumbang7 26-5-2014 10:21 AM
imthegirl posted on 26-5-2014 10:06 AM
Kanser lidah ni macam mana ya? Cepat betul ya merebak 6 bulan terus macam tu.

tak penah dengar...tapi ye lah kanser ni kat mana2 bahagian badan pun boleh muncul
Quote ell768 26-5-2014 10:26 AM
semoga tabah menghadapi dugaan....
Quote dubuk 26-5-2014 10:27 AM
isteri begini lah yg bagus

setia
Quote asermullen 26-5-2014 10:32 AM
kenser lidah.. kuat merokok ni... anyway bertabahlah kak
Quote shernazz 26-5-2014 10:34 AM
Bagus bini ni..bukan cm sesetengah org..bini atau laki sakit..pi cari lain plak..choy
Quote haryatie 26-5-2014 10:41 AM
ngeri nyer..
semoga Allah permudahkan segala urusan
Quote batmana 26-5-2014 10:46 AM
isteri cmni klu dpt title datuk pun aku rela daripada artis2 yg ntah apa2..

org cmni mmg ptut dibuat contoh, sebab byk berkorban tuk somi dia..
Quote Dewa19XKangen 26-5-2014 10:49 AM
dubuk posted on 26-5-2014 10:27 AM
isteri begini lah yg bagus

setia

betul tu,sangat janggal ngan pupus dah jenis nie..

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.090367 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top