CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rezeki Terjejas: Ikan Bandaraya

27-5-2014 10:41 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9745| Komen: 49

Description: Penduduk Lima Kampung Di Sini Merungut Apabila Jaring Dan Pukat Digunakan Untuk Menangkap Ikan Di Terusan Sering Koyak Disebabkan Ikan Bandaraya Atau Dikenali Juga Sebagai Ikan Cuci Cermin Yang Didakw ...

Khalid menunjukkan ikan bandaraya yang banyak membiak dalam terusan dan tali air

KUALA KURAU - Penduduk lima kampung di sini merungut apabila jaring dan pukat digunakan untuk menangkap ikan di terusan sering koyak disebabkan ikan bandaraya atau dikenali juga sebagai ikan cuci cermin yang didakwa semakin banyak membiak di situ.

Difahamkan, setiap kali musim menangkap ikan sungai, penduduk kampung terbabit akan memperoleh pendapatan sampingan dengan menjala dan menjaring ikan di kawasan terusan dan tali air.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, penduduk Kampung Batu 14, Kampung Parit Abas, Parit Tok Hin, Parit 30 dan Parit Mat Ali merungut apabila ikan cuci cermin yang membiak dengan banyak di dalam tali air merosakkan peralatan menangkap ikan mereka.

Seorang penduduk, Khalid Mustapha, 22, berkata, jaring digunakan untuk menangkap ikan air tawar seperti lampam, puyu, haruan dan sepat rosak digigit ikan berkenaan.

Menurutnya, setiap kali ikan itu tersekat dijaring, dia mengambil masa lima minit untuk menanggalkannya kerana badan sisik ikan itu yang kasar dan berduri menyukarkannya untuk mengalihkan jaring.

“Kadang-kadang ada penduduk terpaksa koyak jaring mereka untuk alihkan ikan tersebut kerana apabila terperangkap pada jaring, ia akan putarkan badannya bersama jaring," katanya ketika ditemui di sini.

Khalid berkata, dia percaya kehadiran banyak spesies itu akibat perbuatan segelintir individu membuangnya ke dalam kawasan terusan dan tali air di sini.

Khalid berkata, keadaan itu membimbangkan penduduk setempat berikutan sumber pendapatan sampingan mereka terjejas dengan kewujudan banyak ikan tersebut.

Katanya, pihak berkuasa tempatan diminta mengambil tindakan sewajarnya untuk menghapuskan kewujudan ikan cuci cermin di kawasan terusan dan tali air sekitar Kuala Kurau.


Bagus
12

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 27-5-2014 10:38 AM
ikan bandaraya ikan parit, akak fikir ikan laut

camnelah boleh hidup dalam akuarium yang ada ikan air masin
Quote cmf_rambutan 27-5-2014 10:58 AM
STONER posted on 27-5-2014 10:55 AM
macam ni pun masuk surat khabar?? lepas ni aku nk masuk surat khabar gak la... berudu makin banyak ...

dah kena peruntukkan baper2 artikel kena siap untuk setiap ari... kalau takde citer best... ikan bandaraya pon.. bandaraya la..
Quote Babai 27-5-2014 11:05 AM
Banyak songeh la orang kampung ni. Dah la menjala free, lagi mau banyak bunyi. Bukan ko ada buat kolam sendiri untuk ternak ikan pun. Cukai pendapatan lagi la hentah bayo hentah tak.
Quote amyainsamad 27-5-2014 11:07 AM
abg pn..siap spek hitam nk masuk paper



stylo sgt
Quote Omong 27-5-2014 11:25 AM
ape lagi, mamam la ikan tuh
Quote Omong 27-5-2014 11:26 AM
buat kasam ke. . . .  
Quote Babai 27-5-2014 11:28 AM
Berita level sampah pun boleh masuk paper ek.
Quote arasham 27-5-2014 11:35 AM
Babai posted on 27-5-2014 11:05 AM
Banyak songeh la orang kampung ni. Dah la menjala free, lagi mau banyak bunyi. Bukan ko ada buat kol ...

napa ckp mcm tu? bunyi p cik tu ckp mmg mcm tuk kepentingan individu,
tapi berita ni juga beri kesedaaran pd kita ttg perangai buruk org yg bela ikan
than buang sesuka hati. kalaulah kewujudan ikan ni kat tpt tu boleh menyebabkan
kerosakan ekosistem mcmmana? kita mmg sedia maklum yg perangai org kita yg tak sayangkan bumi ini..
Quote Babai 27-5-2014 11:37 AM
arasham posted on 27-5-2014 11:35 AM
napa ckp mcm tu? bunyi p cik tu ckp mmg mcm tuk kepentingan individu,
tapi berita ni juga beri ke ...

Setuju, orang kita memang takde otak. Yang buang ikan tu bahlol, yang menjaring pun bahlol.
Quote the_killer 27-5-2014 11:38 AM
ikan2 dalam parit siap upah ikan bandaraya ni kot
Quote cmf_rambutan 27-5-2014 11:39 AM
ekosistem berubah.... sungai blakang umah aku dulu... ada ikan keli banyak, udang.. ketam kecik2.... pastu ikan bandaraya bermaharaja lela.... abis bandaraya... penuh talapia lak.... skang ikan keli ka bandaraya ka.. tilapia ka semua pupus.... tinggal ikan tebal sisik, seluang jerk...  patut dah lama pakai pek itam panggil press ni..
Quote Dewa19XKangen 27-5-2014 11:41 AM
semua sebelum post aku pelik,nie nama dia penjajahan,dan bagi orang kampung,apabila ikan parasit/ikan luar(bandaraya,talapia,temekung) masuk parit tala ke bendang,memang suwey la.dia dah ganggu kitaran normal.tambah temekung,berduri,hampeh!nie bandaraya pula,talapia dia ratah benih puyu,sepat,benih ikan sedia ada dalam parit bagi populasi kurang..

tu dia punya ancaman.. Last edited by Dewa19XKangen on 27-5-2014 11:42 AM

Quote melia_star 27-5-2014 11:41 AM
nasib baiklah ikan cuci cermin, kalu ikan pirahna yg di buang dlm kolam tu.....
Quote cmf_rambutan 27-5-2014 11:45 AM
lain kali lepas la ikan yang mahal2.....  kelisa ka... ikan akuarium yg lawa2 tuh.. ikan kap ka...
Quote tupaiterbang 27-5-2014 11:55 AM
Aku pernah tgk grup india bakar dan ratah ikan mpbj ni sambil minum stout kt tasik taman jaya
Quote kekure 27-5-2014 12:02 PM
Orang Malaysia memang macam tu..
Dah malas nak bela buang ja dalam longkang,parit dan sungai bagai..
Tak pikir ekosistem yang dah terjejas
Quote arasham 27-5-2014 12:16 PM
cmf_rambutan posted on 27-5-2014 11:45 AM
lain kali lepas la ikan yang mahal2.....  kelisa ka... ikan akuarium yg lawa2 tuh.. ikan kap ka...

pernah tgk kat nat geo org kat amareka memusnahkan ikan karp yg membiak dan memusnahkan ekosistem sg depa.
Quote cmf_rambutan 27-5-2014 12:20 PM
arasham posted on 27-5-2014 12:16 PM
pernah tgk kat nat geo org kat amareka memusnahkan ikan karp yg membiak dan memusnahkan ekosistem  ...

ye.. sama gak haruan.. dorang musnahkan jugak.... ikan2 luar ni bleh ganggu ekosistem sbb bukan tempat dia.... tp kalau ada orang lepas rabbit lam utan pastu membiak ai ok jah... nih kalau masuk utan asyik jumpa biawak boring gak
Quote OmJualGas 27-5-2014 12:29 PM
babi btol punya ikan ...

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.076047 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top