CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Malaysia akan selamat jika ada lebih ramai Ibrahim Ali - Tun M

7-4-2013 01:05 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 9507| Komen: 85

Description: Wira Ulung / Negarawan Negara puji Wira Melayu Malaysia akan selamat kalau ada lebih banyak Ibrahim Ali, kata Dr M Oleh Mohd Farhan Darwis . ...
Wira Ulung / Negarawan Negara puji Wira Melayu

Malaysia akan selamat kalau ada lebih banyak Ibrahim Ali, kata Dr M
                                       
 Oleh Mohd Farhan Darwis
April 06, 2013               

                                                                                                                                               


SHAH ALAM, 6 April — Malaysia akan selamat sekiranya mempunyai lebih ramai individu seperti Datuk Ibrahim Ali, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata, Ibrahim (gambar), yang merupakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) adalah orang yang patut disokong dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) kerana beliau adalah pihak yang mahu merealisasikan gagasan 1 Malaysia anjuran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Kalau ada banyak orang macam Ibrahim ini, Malaysia akan selamat ... Inilah orang yang kita patut sokong, dia tidak pentingkan diri,” katanya di hadapan hampir 5,000 penyokong Perkasa dalam satu majlis pertemuan di sini petang tadi. “Saya harap Barisan Nasional (BN) akan bagi tempat kepada Ibrahim Ali untuk bertanding,” kata bekas perdana menteri yang telah berkhidmat selama 22 tahun itu lagi. 


Dr Mahathir juga dalam ucapannya berjanji akan turun berkempen untuk Ibrahim sekiranya BN mencalonkan pemimpin pendesak Melayu itu sekali lagi di kerusi Pasir Mas. 

“Jika Ibrahim dijadikan calon saya akan pergi ke Pasir Mas, untuk berkempen,” kata Dr Mahathir lagi disambut sorakan penyokong Parkasa yang hadir.
Jelasnya lagi, Perkasa bukan calang-calang pertubuhan kerana mereka mempunyai keanggotaan yang lebih ramai daripada PAS.  “Dia punya Perkasa bukan calang-calang ... ada 400,000 ahli, mungkin lebih besar daripada PAS,” tegas Dr Mahathir. 

Tambah veteran Umno itu lagi, dengan penubuhan Perkasa itu juga, mereka bukan berniat untuk bertanding sebaliknya menyuarakan sokongan kepada BN dalam PRU 13. “Baik juga ada Perkasa ini ... dia (Ibrahim) tubuh perkasa bukan untuk bertanding, nak sokong BN, tiap kali dia bercakap dia puji Najib, dia juga nak satu Malaysia,” katanya

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penjejak_awan 6-4-2013 09:45 PM
harap lebih ramai lagi join perkasa...aku pun baru nak join...
Quote penjejak_awan 6-4-2013 09:47 PM
anggota PERKASA lebih ramai daripada PAS...dengar cerita setiap bulan ada 10 ribu keahlian baru mohon...syabas melayu bersatu
Quote kambeng_masam 6-4-2013 09:52 PM
hahaha...of all tuduhan ataupun kata2 dari mahader....statement pasal ibrahim ali nilah hat paling menyayatkan hati...

ni mesti ibrahim ali dah minta tolong sama mamak kutty untuk dijadikan calon BN hehehe...akhirnya yang dipandang mulia dek mamak kutty ialah si tua katak kembung itu juga...
Quote card_reader 6-4-2013 09:54 PM
nak suroh ibrahim ali jadi calon lagi ke........
Quote kecimpret 6-4-2013 10:16 PM
OMG!..bila org ckp tun nyanyuk aku x caya..tp bila dia ckp camni cam ada kebenarannya
Quote boyagombak 6-4-2013 10:17 PM
dulu kan main pok heng kutok che det,la ni al kutty terpaksa sukom pok heng dan purkasa nnti kalah kalu abesle aset anak dan kroni kna sita
Quote highcastle 6-4-2013 10:20 PM
Quote kucingTomey 6-4-2013 10:21 PM
saya sokom cakap dr m.....lebih mudah kalau begitu
Quote shabib 6-4-2013 10:26 PM
penjejak_awan posted on 6-4-2013 09:47 PM
anggota PERKASA lebih ramai daripada PAS...dengar cerita setiap bulan ada 10 ribu keahlian baru moho ...

...

amboi ramai sungguh ahli perkasa tu....

boleh daftar sbg parti politik dan bertanding dlm pru....

boleh bantu melayu miskin jd kaya...

boleh bantu melayu jd lebih pandai...

...
Quote ryer25 6-4-2013 10:28 PM
ibrahim ali - benteng melayu terakhir
Quote dragger 6-4-2013 10:29 PM
berjasa gak berahim katak..
Quote luvly_eone 6-4-2013 10:33 PM
Lawak betol ini worang tua....
Quote penjejak_awan 6-4-2013 10:35 PM
aku bercita2 nak jadi presiden perkasa peringkat wilayah persekutuan...doakan aku
Quote d-7-0ne 6-4-2013 10:38 PM
katak.jpg
Quote sepiITUindah 6-4-2013 10:41 PM
ya Allah ...madey pun dah terikut ngan otak pejuang2 UMNO
Quote kucingTomey 6-4-2013 10:42 PM
d-7-0ne posted on 6-4-2013 10:38 PM

hahahahahahahah...siot
Quote sepiITUindah 6-4-2013 10:44 PM
madey ni serius ker perli
cam kes buku kak ros gak
Quote gogo2 6-4-2013 10:47 PM
Negara Malaysia boleh jadi lebih rasis
Quote azie.dz 6-4-2013 10:50 PM
mohon perkasa buat satu parti politik...ramai penyokong ni

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.216613 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top