CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Fasha Sandha Kagum Dengan Pihak Polis

2-6-2014 04:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3271| Komen: 1

Description: "Polis berjaya menahan mereka di rumah kongsi lelaki kontrak di Kajang. Saya yakin pembantu saya telah menyerahkan wang tunai dan barang kemas tersebut kepada orang lain. Walau bagaimana pun, saya k ...


Fasha Sandha Kagum Dengan Pihak Polis

Portal Mstar hari ini melaporkan dua orang pembantu rumah pelakon cantik Fasha Sandha telah dihukum penjara dua hingga enam bulan kerana didapati bersalah mencuri wang tunai dari rumah majikan mereka. Insiden tersebut berlaku di kediaman pelakon itu di Duta Suria, Ampang pada 12 Mac 2014 lalu, kira-kira pukul 9.45 malam.

Nilawati, 39, dan Sri Maniami, 35, yang kedua-duanya merupakan warga Indonesia mengaku bersalah mencuri wang tunai milik suami Fasha, Rizal Ashram Ramli, 38, dalam bentuk ringgit dan rupiah. Kedua-dua pesalah dibicarakan di bawah Seksyen 381, Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri. GUA menghubungi Fasha pada petang Jumaat menerusi kiriman e-mel untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai kejadian tersebut.

"Ketika kejadian tersebut, pada 12 Mac yang lalu, lebih kurang jam 9.45 malam, saya berada di Perlis bersama suami dan anak, Putra Rayfal. Mereka telah mencuri tiga telefon bimbit, wang dalam matawang Rupiah dan barang kemas. Sebenarnya, anggaran kerugian adalah sebanyak RM20,000 tetapi ketika tangkapan dilakukan, polis hanya menemui RM200 dan tiga telefon bimbit," jelas pelakon drama bersiri 'Chinta' ini.


"Polis berjaya menahan mereka di rumah kongsi lelaki kontrak di Kajang. Saya yakin pembantu saya telah menyerahkan wang tunai dan barang kemas tersebut kepada orang lain. Walau bagaimana pun, saya kagum dengan kecekapan polis kerana berjaya menangkap mereka selepas tujuh jam mereka melarikan diri," ujar Fasha.

Menurut Fasha, seorang pembantu tersebut telah bekerja dengan mereka selama setahun dan seorang lagi baru sahaja bekerja selama sebulan. Setelah mereka melarikan diri, Fasha diberitahu oleh jiran-jiran bahawa salah seorang di antara mereka bercinta dengan seorang buruh kontrak lelaki Indonesia yang bekerja tidak jauh dari rumah Fasha kerana dia seringkali dilihat berjalan keluar untuk berjumpa dengan lelaki itu.

"Sebelum ini, saya tidak pernah berkongsi tentang perkara ini dengan pihak media kerana semuanya masih dalam siasatan polis. Tetapi hari ini, perkara ini telah tersebar di Internet kerana ada beberapa orang pemberita berada di mahkamah ketika perbicaraan diadakan siang tadi. Saya kurang jelas tentang kepastian dan pengesahan hukuman terhadap dua orang pembantu rumah saya. Suami saya akan mendapatkan maklumat daripada pihak berkenaan pada Isnin nanti," jelas Fasha lagi.

Ketika ditanya adakah dia berasa fobia dengan kejadian ini, aktres filem 'Anak Halal' ini menyatakan dia sentiasa dalam keadaan berhati-hari.

"Mujurlah anak berada dengan saya ketika itu. Saya sentiasa berhati-hati dan apabila saya tidak ada di rumah, saya sentiasa melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau anak saya. Anak pula saya hanya percayakan untuk ditinggalkan dengan keluarga saya," jelas Fasha lagi.

Adakah Fasha mempunyai sebarang nasihat untuk semua orang di luar sana agar kejadian yang berlaku kepadanya tidak berulang lagi kepada orang lain?

"Saya kurang pandai menasihati. Tapi apa yang saya boleh kongsikan, sentiasa berhati-hati dengan pembantu rumah dan jangan percayakan mereka walaupun mereka telah bekerja lama. Adakalanya pembantu rumah menjadi lalai dan leka, serta lupa diri terutamanya apabila bercinta," jelas Fasha mengakhiri kiriman e-melnya

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=807249
5

Bagus
4

Marah
12

Terkejut
7

Sedih
5

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote devilito2 4-6-2014 07:13 AM
yup... Polis Malaysia antara terbaik kot kat dunia... cuma kena hapuskan yg korup2 tu akan bertambah baik...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.043511 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top