CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dakwaan Sample Cadbury Tercemar Kekal Misteri

16-6-2014 09:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6059| Komen: 48

Description: Md. Faizal Bercakap Kepada Pemberita Dalam Sidang Akhbar Selepas Mendengar Penjelasan Daripada Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hub Halal, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Muhammad Naim Mohd. Aziz Ber ...


KUALA LUMPUR 15 Jun - Kementerian Kesihatan hari ini didesak agar menjalankan siasatan mengapa ujian keputusan ke atas sampel Cadbury tercemar dengan DNA babi hanya diumumkan tiga bulan selepas ujian dijalankan.

Presiden Ikatan Aktivis Siber Malaysia, Md. Faizal Ahmad berkata, adalah tidak masuk akal keputusan ujian yang memberi kesan besar ke atas umat Islam itu hanya diumumkan selepas tiga bulan ujian dibuat.

"Mengapa keputusan ujian DNA babi ke atas coklat Cadbury diketahui pada bulan Februari tetapi diumumkan pada bulan Mei. Bagaimana jika coklat itu benar-benar tercemar dan bayangkan jumlah yang telah dimakan oleh umat Islam?

"Kita juga mahu penjelasan mengapa kementerian tidak menjalankan ujian kedua bagi mengesahkan penemuan awal," tegas Md. Faizal.

Md. Faizal bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas mendengar penjelasan daripada Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hub Halal, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Muhammad Naim Mohd. Aziz berkaitan isu coklat keluaran Cadbury.

Majlis penerangan itu turut dihadiri blogger daripada MyKMU.Net dan Suara.TV.

"Selepas mendengar penerangan dan sesi soal jawab bersama Jakim mengenai pensijilan halal, kami yakin kaedah yang diguna pakai adalah yang terbaik.

"Kami yakin dan percaya dengan keputusan status halal Jakim dalam isu coklat Cadbury ini dan mereka tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan umat Islam," kata Md. Faizal.

Selepas sidang akhbar itu, Md Faizal bersama-sama blogger yang lain menjalankan demo memakan coklat Cadbury. Demo berkenaan bagaimanapun tidak disertai pegawai Jakim berkenaan.

11

Bagus
2

Marah
8

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bangcak 15-6-2014 11:01 PM
Yg jadi misteri bukan pendedahan borang keputusan ripot kekburii tu selepas 3 bulan

Tapi... Dlm masa 3 hari, bleh takde babi.
Quote razhar 15-6-2014 11:12 PM
bangcak posted on 15-6-2014 11:01 PM
Yg jadi misteri bukan pendedahan borang keputusan ripot kekburii tu selepas 3 bulan

Tapi... Dlm m ...

di tanah milayu ni..tada misteri...
Quote razhar 15-6-2014 11:13 PM
jamil agama tarak mao hantam kaaa kekburiiii ni....
Quote otai_g 15-6-2014 11:15 PM
itu da kira bagus la staff kkm info cadburry ada babi. kalo dia wat diam je apa ada hal?

yg anehnya jakim ni. tetiba tade babi. itu lg misteri...
Quote TuntungReturn 15-6-2014 11:20 PM
nusantara mmg digelar tanah seribu misteri.lol..
Quote R2D2 15-6-2014 11:21 PM
staff yg dedahkan selepas 3 bulan keputusan tu pulak disalahkan
Quote R2D2 15-6-2014 11:27 PM
panggil je Jamil ngan top2 pengarah JAKIM
kasi Cadbury
tgk dia org nk makan ke tidak
Quote bangcak 15-6-2014 11:29 PM
Kesilapan kmm ialah mengambil sample secara rawak di kedai2.
Sepatutnya ikut langkah berhemah jakim dgn minta sample yg takde babi untuk diuji.
Quote clarizsa 15-6-2014 11:33 PM
nape pegawai jakim xmo makan
Quote tepisket.. 15-6-2014 11:44 PM
Mmg byk pon misteri.

Masa NGO nak saman juta2 tu, mana wakil cadbury? Apsal derg x counter balik???

Cadbury Msia ni xde spokesperson ke nak buat pc? Takat umum kt paper je
Quote protonpersona 16-6-2014 12:22 AM
KKM pun dah jadi bangang macam babi agaknya..
Quote taikor 16-6-2014 12:37 AM
kejap ada, kejap takda. macam mana orang tak marah?

sama macam sidang media MH370. kejap ni, kejap tu. orang marah, dia merajuk pulak.

dah memang cara orang kita buat kerja macam ni...
Quote akubest 16-6-2014 12:45 AM
contoh.....

seekor anjing menjilat kuih bingka....

apakah terdapat DNA anjing di situ?????

adakah semua bingka berperisa ayaqlioq anjing????? kesemuanya kah atau part yg dia jilat sajork

contoh nyer lahhhhhh kan?????
Quote lavadengar 16-6-2014 12:49 AM
akubest posted on 16-6-2014 12:45 AM
contoh.....

seekor anjing menjilat kuih bingka....

si bingka ubi ke bingka keledek..??





Quote akubest 16-6-2014 12:55 AM
lavadengar posted on 16-6-2014 12:49 AM
si bingka ubi ke bingka keledek..??

bingka keledek ada ke orang buat...????
selalu org buat bingka ubi jah....
ada satu cerita nih aku dengar org termakan bingka ubi dipercayai ada DNA babi...
kesian betul....

mmg kuih pon skang patut dapat endorsement JAKIM
kalo tak buat naya orang makan je.....

susah nyer kita ni bias....kalo yg kat kedai sebokla telek haram la halal lah....psal ngan macik tepi jalan yg tadek ISO yg ko tatau pon kilang mak jemah mana dia buat....sedap jek kita telan kan......org lain tatau lah....aku mmg NGAP jek tanpa waswas...

cuma aku kena berhati2 ngan kuih bingka skang ni setelah aku mendapat aduan dari member aku tu...
Quote tomatome 16-6-2014 12:57 AM
taikor posted on 16-6-2014 12:37 AM
kejap ada, kejap takda. macam mana orang tak marah?

sama macam sidang media MH370. kejap ni, keja ...

lama tak nampak taikor berporem
Quote lavadengar 16-6-2014 01:04 AM
akubest posted on 16-6-2014 12:55 AM
bingka keledek ada ke orang buat...????
selalu org buat bingka ubi jah....
ada satu cerita nih a ...

mau cek satu satu semua makanan susah lah...

agak2 halal..ngap aje la

yg penting sebelum beli tengok kuku makcik tu...kotor kalu kata la

" alamak makcik..duit tertinggal la pulak..nanti saya datang balik k..."





Quote kentel 16-6-2014 07:42 AM
mungkin ralat dalam sampling tu...biasa la..kdg2 manusia pun buat silap..
Quote batmana 16-6-2014 07:57 AM
mgkin staff kkm tgh makan babi masa wat ujikaji ni...

mana tau..

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.065948 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top