CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Kes Bunuh Pelancong Perancis Tertuduh Asni Omar Dihukum Mati

10-7-2014 10:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21028| Komen: 100

Description: "Mahkamah Mendapati Keterangan Tertuduh Hanyalah Cerita Kosong Yang Telah Disusun Dengan Baik Untuk Menunjukkan Tertuduh Tidak Bersalah, Namun Penceritaan Tertuduh Hanya Melemahkan Kes Pembelaan," ...



KUANTAN, 9 Julai - Seorang peniaga di Pulau Tioman dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah membunuh seorang pelancong wanita Perancis di rumahnya di pulau itu, tiga tahun lepas.


Hakim Datuk Seri Mariana Yahya menjatuhkan hukuman itu ke atas Asni Omar, 39, dari Kampung Tekek, Pulau Tioman selepas berpuas hati pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Asni yang berniaga peralatan berenang di Kampung Tekek didakwa membunuh Stephanie Foray, 30, di rumah tidak bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin antara 8 malam, 10 Mei dan 12 tengah hari pada 12 Mei 2011.

Pertuduhan terhadap Asni dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Dalam penghakimannya, Mariana berkata semua alasan dan penjelasan tertuduh sepanjang perbicaraan adalah penafian semata-mata dan pengakuan tertuduh di peringkat pembelaan menunjukkan bahawa tertuduh merupakan orang terakhir berada bersama mangsa iaitu pada 10 Mei 2011.



"Pandu arah yang dilakukan tertuduh ke sebuah gua berhampiran rumah tertuduh pada 8 Ogos 2011, yang mayat Stephanie Foray disembunyikan juga adalah di dalam pengetahuan tertuduh yang mengetahui tentang kematian mangsa.

"Tidak dapat disangkal lagi penglibatan tertuduh dalam kes ini apabila barangan milik mangsa ditemui di dalam sebuah bilik di rumah tertuduh, percikan darah di dinding rumah tertuduh juga disahkan oleh Jabatan Kimia bahawa ia milik mangsa.

"Mahkamah mendapati keterangan tertuduh hanyalah cerita kosong yang telah disusun dengan baik untuk menunjukkan tertuduh tidak bersalah, namun penceritaan tertuduh hanya melemahkan kes pembelaan," katanya.

Pihak pendakwaan memanggil 45 saksi manakala pihak pembelaan memanggil lima saksi.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Amer Abu Bakar Abdullah, Nor Azizah Mohamed, Farhah Nazari dan Salim Soib@Hamid manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Ng See Teong, Mohd Hisham Abd Rahim dan Ibrahim Kamaruddin.

Peguam pemerhati kepada keluarga mangsa, Amy Ling memberitahu pemberita, kedua-dua ibu bapa Foray, Joel Foray dan Irene Mortel yang hadir mendengar keputusan itu menyatakan rasa lega kerana kematian anaknya akhirnya telah terbela.

8

Bagus
18

Marah
16

Terkejut
17

Sedih
7

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penari 9-7-2014 12:51 PM
takziah utk keluarga foray...xde detail camne dia bunuh?
Quote DTECCONAN 9-7-2014 01:01 PM
sbb apa dia dibunuh? sbb hensem ker?
Quote ellZack 9-7-2014 02:05 PM
huntley ni yg hilang baru ni tu ke?
yang org cari kemain jauh, tapi mayat dia around tempat dia stay tu je..
Quote munchkin 9-7-2014 02:06 PM
DTECCONAN posted on 9-7-2014 01:01 PM
sbb apa dia dibunuh? sbb hensem ker?

foray tu pompuan. dia dibunuh sebab tak nak layan permintaan lelaki tu yang nak ehem ehem. klau tak silap
Quote bluehedgehog 9-7-2014 02:17 PM
tahun melawat malaysia 2014 yg gagal sgt...
mh370 la, sabah kidnap la, nz kes la...
Quote machai_umno 9-7-2014 02:19 PM
munchkin posted on 9-7-2014 04:06 AM
foray tu pompuan. dia dibunuh sebab tak nak layan permintaan lelaki tu yang nak ehem ehem. klau ta ...

muka botak berkerak ada hati nak ehem ehem kokesen
Quote munchkin 9-7-2014 02:20 PM
machai_umno posted on 9-7-2014 02:19 PM
muka botak berkerak ada hati nak ehem ehem kokesen

dia pun teringin.
Quote haryatie 9-7-2014 02:23 PM
munchkin posted on 9-7-2014 02:06 PM
foray tu pompuan. dia dibunuh sebab tak nak layan permintaan lelaki tu yang nak ehem ehem. klau ta ...

sebb tu ker...
issshhhh...


Quote machai_umno 9-7-2014 02:28 PM
munchkin posted on 9-7-2014 04:20 AM
dia pun teringin.

pulak, nak merasa la tu, silap beno lah, mulayu punya bkn mcm negro
Quote namirulmukminin 9-7-2014 02:31 PM


Ni zaman bila punya gambar ni?? Ni kat Mahkamah lama ni.... Rasanya Mahkamah Kuantan dah pindah ke bangunan baru sejak tahun 2012 lagi...
Quote missus_meow 9-7-2014 02:49 PM
Nak sgt kat pompuan omputih ....
Quote Cik_Andak 9-7-2014 02:56 PM
R.I.P Stephanie Foray
Quote amyainsamad 9-7-2014 02:56 PM
pdn muka.....
Quote mjla 9-7-2014 02:57 PM
Nak ikut napsu sgt.

Sanggup tempah tiket utk jupe malaikat maut...
Quote azrain98 9-7-2014 03:02 PM
munchkin posted on 9-7-2014 02:06 PM
foray tu pompuan. dia dibunuh sebab tak nak layan permintaan lelaki tu yang nak ehem ehem. klau ta ...

ehem ehem ape ni..?
Quote kokocrunch 9-7-2014 03:11 PM
kejamnya membunuh hanya krn permintaan ditolak..
Quote seri_mawr 9-7-2014 03:16 PM
DTECCONAN posted on 9-7-2014 01:01 PM
sbb apa dia dibunuh? sbb hensem ker?

sape yang hensem..?

Foray tu pompuan...

ke ko ckp pasal Hurtley tu...yang ni polis still investigate lagi...punca kematian...
Quote kucen_miang 9-7-2014 03:23 PM
pensel kecik, ada hati lautan dalam hendak di duga

Quote DTECCONAN 9-7-2014 03:24 PM
seri_mawr posted on 9-7-2014 03:16 PM
sape yang hensem..?

Foray tu pompuan...

oh!!! ingatkan lelaki tu

patut ler mcm cepat bebenor dapat tangkap pembunuh

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.064515 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top