CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Nazrey Johari Raihan Kini Nyanyi Nasyid Di Bazar Ramadan!

11-7-2014 10:03 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15103| Komen: 88

Description: Pusat Tahfiz Ini Disasarkan Untuk Membantu Golongan Asnaf, Anak Yatim Dan Saudara Baru Mempelajari Agama Islam. Masih Teringat Lagi Suara Merdu Nazrey Menyanyikan Lagu Harapan Ramadan Bersama Manbai S ...



KUALA LUMPUR, 10 JULAI 2014: Walaupun hanya mendendangkan lagu nasyid di kawasan bazar Ramadan, bekas penyanyi utama kumpulan nasyid Raihan yang popular sekitar awal tahun 2000 itu tetap gigih meneruskan usahanya untuk membina usat tahfiz di Ranau, Sabah.

Malah, tanpa rasa lelah atau malu, Ustaz Nazrey Johari kini dilihat menjelajah ke bazar Ramadan di seluruh negara untuk mengumpul dana bagi membina pusat tahfiz yang diberi nama Maahad Tahfiz Bayu Syahadah di kampung kelahirannya itu.

Pusat tahfiz ini disasarkan untuk membantu golongan asnaf, anak yatim dan saudara baru mempelajari agama Islam. Masih teringat lagi suara merdu Nazrey menyanyikan lagu Harapan Ramadan bersama Manbai suatu ketika dulu.

Sungguh mulia hati Ustaz Nazrey yang tidak kisah langsung menyanyikan lagu nasyid di bazar Ramadan untuk mengutip derma pembiayaan pusat tahfiz itu.

Terkini Nazrey dilihat berada di pasar Ramadan di Kajang, Selangor. Kami juga ingin berkongsi dengan anda jika anda mahu menyumbang membiayai pembinaan pusat tahfiz ini. Ayuh kita sama-sama menyumbang Dana Pembinaan Al-Tahfiz Bayu Syahadah sempena Ramadhan yang penuh barakah ini.

Sumbangan Ikhlas DANA PEMBINAAN AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH Ranau , Sabah
:: AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH RESOURCES : CIMB BANK 1230 0000 8331 09

( akaun BARU CIMB CIMB: 8600627302 )

Dari Abu Hurairah dia berkata: Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa yang membantu seorang muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan menolongnya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat”









Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote addamnor 10-7-2014 04:52 PM
minggu lepas saya  jumpa beliau di bazar ramadhan kubang kerian.. show amal kutip derma utk bina madrasah katanya...

boleh la, daripada terkinja kinja d tivi show aidilfitri hausss mcm azwan ali , lebih baik buat kerja amal sbegini
Quote mzzenma 10-7-2014 04:54 PM
Bagusnya dia. Moga madrasah tersebut dpt dibina.
Quote crazecousa 10-7-2014 04:56 PM
semoga usaha memperoleh kejayaan...alhamdulilah
Quote Tok_Batin 10-7-2014 05:05 PM
Agaknya berapa juta target kalau kompleks besar macam tu? Kalau setakat menyanyi di pasar ramadhan, sampai ke tua pun duit tak cukup.

Haraplah ada agensi-agensi dan pihak yang boleh membantu merealisasikan usaha murni beliau.
Quote lyailya 10-7-2014 05:05 PM
harap madrasah tersebut akan dapat dibina kelak...dan org2 yg memerlukan beroleh manfaat...
Quote emmaisa 10-7-2014 05:12 PM
mudah2an tercapai target yg dikehendaki...
Quote myakayina 10-7-2014 05:17 PM
takde ke org2 kaya yg nak menderma utk keje2 amal mcm ni.. aku tengok kt mana2 bazaar pun ada je yg mintak derma mcm ni..tu tak termasuk peminta sedekah lagi..
Quote mitnick 10-7-2014 05:27 PM
lama jgk dia nyanyi di bazar/pasar ye
Quote myrustyme 10-7-2014 05:28 PM
selalu nmpk dia di pasar mlm putrajaya.. suara dia masih seperti dulu..
Quote Changa 10-7-2014 05:30 PM
apa kejadahnya dah bertahun2 dok minta derma.
entah2 propa jah.
Quote shernazz 10-7-2014 05:49 PM
Slalu nampak kat prima saujana
Quote annehuda 10-7-2014 05:52 PM
pengalaman aku lah dulu aku penah pegang projek buat sekolah agama mcm ni, dana yg diorg dpt ni melalui badan2 korporat n ahli perniagaan islam. buat dinner beli meja pastu edarkan pamplet utk beli wakaf tanah. takde yg nyanyi2 mcm ni. so aku agak skeptikal di sini. wallahualam
Quote miss_lavander 10-7-2014 06:08 PM
Korang kenal tak Saiful Nang? Photographer yg siap ada akedemi photografi kat Puchong. Dulu dia Ada kes ngan Liyana Jasmay pasal pic wedding kawin...
By the way, i kagum dengan dia
Beliau ada bangunkan pusat perlindungan org tua, asnaf dan anak2 yatim kalau tak silap di kajang. So far mmg nampak pembangunan tempat perlindungan yg beliau bangunkan tu. Dan salah satu cara beliau buat utk biaya pusat perlindungan tu ialah by sell hasil photografi beliau. Beliau cuba elakkan utk meminta minta tapi lebih janakan pembiayaan melalui hasil usaha. Walaubagaimanapun beliau tetap tidak menolak hasil sumbangan awam..

Dan dalam kes nazri ni plak tak tahu nak judge Nazri ni sbg seorang yg sedang berusaha dgn bakat yg ada utk dapatkan dana macam si saiful nang buat ataupun sama seperti peminta2 sedekah yg gunakan reason kumpul dana pembangunan madrasah yg mencanak kt ibu negara sekarang.

Apapun semoga one day akan nampak kegigihan beliau ni mendatangkan hasil bukan sia sia semata2. Dan satu lagi nak pesan. Jgn plak sibuk jelajah dr bazat ke bazar dgn nawaitu nak kumpul dana tp jd si pebghabis dana plak sebab nak biaya kos travel abang nazri ni.

Hope he be smart dalam mengumpul dana. All the best.
Quote freakyskinny 10-7-2014 06:16 PM
agak skeptikal n bau bau negatif baca certain comment.

Die menyanyi okay, bukan nye duduk je letak tupperware.
usaha itu ada.
kemana duit itu pergi. Die y bertanggungjawab. kite nie derma sahaja atas niat yg betul.
atleast sambil berderma, dpt dengar sore ustaz y sedap itu.
mama suke.

Quote lionsleepin 10-7-2014 06:18 PM
maafkan aku.citer pasal madrasah ni dr tahun 2010 lagi dia dh war2kan masa dia bg talk kt opis aku sempena maal hijrah kot...
talk dia kurang menarik. maaf ckp. tak bape layak nk berceramah pada hemat aku yg memang kurang ilmu ni..
korang tahu x madrasah tahfiz yg dia dok cerita ni besar yg amat .dia ada tunjuk video grafiknya.
dah macam satu fakulti kot

sebab tu aku jugak agak skeptikal collect dana guna cara ni..
nk bina pun perlukan berjuta2. nak beli peralatan lagi bape juta.nak maintain tak kira lagi.
sorilah. zaman sekarang ni memang aku susah nk percaya.  
Quote diss69 10-7-2014 06:22 PM
Pernah gak jmpa kt bazar ramadhan stadium shah alam...ramai jugak menyumbang...
Quote toxicated 10-7-2014 06:33 PM
Bukan dh bertahun ke.abis kalau dia asyik pegi nyanyi utk collect dana, dia keje ape utk sara hidup dan anak2 eh.
Quote DayangKirana 10-7-2014 06:52 PM
Sebut pasal collect duit utk dana ni, i teringat kisah kenapa dia keluar Raihan dulu..kalau x salah ade sedikit tak best.. Wallahualam..kisah lama.
Quote maxim 10-7-2014 07:36 PM
toxicated posted on 10-7-2014 06:33 PM
Bukan dh bertahun ke.abis kalau dia asyik pegi nyanyi utk collect dana, dia keje ape utk sara hidup  ...

Duit time ngan raihan dlu 7 keturunan pn x abis la sis

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.054139 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top