CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Jessica Simpson-Eric Johnson Disatukan

14-7-2014 10:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5970| Komen: 7

Description: Namun Simpson mula berhati-hati dan menjaga pemakanannya ketika hamil anak ke duanya.


Jessica Simpson-Eric Johnson disatukan

SEMBILAN bulan menjalinkan hubungan percintaan, pasangan ini membuat keputusan mengikat tali pertunangan pada November 2010.

Setelah lebih tiga tahun, ikatan pertunangan mereka kini diakhiri dengan sebuah perkahwinan yang menjadi momen indah buat penyanyi Jessica Simpson dan pasangannya, Eric Johnson.

Biarpun masing-masing pernah gagal dalam perkahwinan pertama, namun itu bukanlah alasan buat pasangan ini mensia-siakan kasih sayang yang terjalin antara mereka.

Kehadiran dua cahaya mata, Maxwell, 2 dan Ace 12 bulan menjadi pengikat buat pasangan ini meneruskan kehidupan mereka sebagai pasangan suami isteri.

“Kami sangat terharu dan gembira dengan perkahwinan ini kerana ia melengkapkan kehidupan kami berdua,” kata Simpson yang teruja bergelar seorang isteri.


Tertutup tapi meriah

Pernah sekali menunda tarikh hari bahagia, kali ini Simpson memilih tarikh 4 Julai bagi meraikan majlis perkahwinan mereka.

Bagaimanapun majlis yang berlangsung di San Ysidro, Monecito California itu dijalankan secara tertutup.

Majalah People melaporkan pasangan itu kelihatan cukup gembira pada hari bahagia berkenaan yang dihadiri lebih kurang 250 tetamu dalam kalangan ahli keluarga dan teman rapat mereka.

“Berkahwin di hadapan ahli keluarga dan teman rapat dan paling penting anak-anak kami adalah hari yang cukup menggembirakan,” kata Simpson.

Simpson, sebelum ini pernah berkahwin dengan Nick Lachey pada 2002 sebelum bercerai selepas empat tahun berkahwin manakala Eric, 34, pernah berkahwin dengan Keri Johnson selama lima tahun.


Anak ambil bahagian

Biarpun dijalankan secara tertutup, namun suasana sepanjang majlis perkahwinannya berlangsung dengan cukup meriah.

Lebih istimewa, Simpson dan Johnson memberi kepercayaan kepada dua anak mereka untuk turut serta mengambil bahagian menjayakan majlis tersebut.

Menurut laporan Us Magazine, Maxwell diberi tugasan sebagai ‘flower girl’ pada majlis kemuncak itu manakala adiknya Ace berperanan menyerahkan cincin perkahwinan kepada ibu bapa mereka.

Selain itu, keanggunan dan Simpson mengenakan gaun dari Carolina Herrera turut menambat hati tetamu yang hadir.

Majalah People turut mendedahkan sekeping foto eksklusif Simpson yang kelihatan sangat elegan dan menawan.

“Hiasan wajah dan rambut tidak perlu dilakukan secara berlebihan.

“Cukup dengan hiasan yang sederhana untuk menonjolkan kecantikannya,” kata pendandannya, Roque Jimenez.


Diet demi hari bahagia

Sebelum ini Simpson pernah menjadi perhatian ramai apabila dia mengalami masalah berat badan selepas melahirkan anak pertamanya.

Namun Simpson mula berhati-hati dan menjaga pemakanannya ketika hamil anak ke duanya.

Penyanyi “Where You Are” ini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 23 kilogram selepas melahirkan Ace yang kini berusia lapan bulan.

Kata Simpson sebelum ini, dia mengambil langkah menurunkan berat badan untuk kelihatan langsing pada majlis perkahwinannya.

“Menyedari tarikh perkahwinan saya semakin hampir, jadi saya mengambil inisiatif untuk menguruskan badan. Saya akan sentiasa berada di dalam gim dan bersenam selalu.

“Apabila anda melihat gaun saya nanti, anda akan tahu betapa langsingnya badan saya,” seloroh Simpson


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 11-7-2014 02:52 PM
Hensem dan taf  laki dia...
Quote fuzzyfuzzy 11-7-2014 04:14 PM
at last...
Quote seri_mawr 11-7-2014 05:12 PM
Penyanyi “Where You Are” ini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 23 kilogram selepas melahirkan Ace yang kini berusia lapan bulan.
Kehadiran dua cahaya mata, Maxwell, 2 dan Ace 12 bulan menjadi pengikat buat pasangan ini meneruskan kehidupan mereka sebagai pasangan suami isteri.

dari dua ayat ni...berape umur si Ace ni..?
12 bulan ke 8 bulan....
Quote syasb 21-7-2014 04:03 PM
Lain benor dh muke jessica ni
Quote deanswify 8-8-2014 04:39 PM
seri_mawr posted on 11-7-2014 05:12 PM
Penyanyi “Where You Are” ini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 23 kilogram selepas melahirka ...

tak ada jawapan lagi ka?
Quote seri_mawr 8-8-2014 05:35 PM
deanswify posted on 8-8-2014 04:39 PM
tak ada jawapan lagi ka?

hahahaa...

x leh jawab lah tu....

aku pun dh lupe soklan ni....
Quote deanswify 8-8-2014 10:48 PM
seri_mawr posted on 8-8-2014 05:35 PM
hahahaa...

x leh jawab lah tu....

Harharharhar

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.248959 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top