CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Khir Rahman Redah Bazaar-Bazaar Ramadan Carik Roti Jala

17-7-2014 11:23 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9911| Komen: 62

Description: "Tahun Ini Kami Lebih Bersedia Beraya Tanpa Ibu. Seba Tahun Lalu Rasa Macam Sekejap Sangat Sebab Arwah Pergi Pada Bulan Mei Dan Kemudian Kita Semua Dah Menyambut Aidilfitri. Tapi Tahun Lepas Kami Ta ...
Khir Rahman Redah Bazaar-Bazaar Ramadan Cari Roti Jala




Setiap kali menjelang bulan Ramadan, sepekara yang paling biasa kita semua perkatakan ialah juadah berbuka puasa kegemaran masing-masing. Bagi pelakon dan pengarah Khir Rahman, saat aktu berbuka sering mengingat beliau kepada menu arwah ibunya iaitu roti jala.


Menurut Khir, sejak Ramadan pertama lalu, hampir setiap hari beliau ke bazaar Ramadan untuk mencari roti jala yang rasanya sama seperti buatan ibunya.

"Ini tahun kedua kami sekeluarga berpuasa tanpa ibu. Sepanjang bulan puasa ni saya cari roti jala. Hampir setiap hari saya ke bazaar-bazaar Ramadan nak cari roti jala yang rasanya sama macam arwah ibu saya buat. Sudah merata bazaar saya pergi, tapi sampai hari ini saya tak jumpa lagi.

"Kalau semasa arwah ada dulu, itulah juadah wajib dalam keluarga kami. Kami adik beradik akan berkumpul di rumah abah dan berbuka bersama-sama", kata Khir Rahman ketika ditemui pada majlis tayangan filem terbaru lakonannya, 'Tembus' bertempat di e@cure malam tadi.

Khir Rahman adalah anak kepada pasangan penyanyi Pop Yeh Yeh popular sekitar 60-an iaitu Datuk Rahman Hassan dan Datin Azizah Mohamat.

Tahun ini Khir sekeluarga akan beraya di Kuala Lumpur dan pada hari raya ketiga mereka akan berangkat ke Sabah untuk beraya di kampung isteri adiknya.
"Tahun ini kami lebih bersedia beraya tanpa ibu. Seba tahun lalu rasa macam sekejap sangat sebab arwah pergi pada bulan Mei dan kemudian kita semua dah menyambut Aidilfitri. Tapi tahun lepas kami tak fikir pun tentang nak raya sebab masih lagi bersedih.

"Seperti biasa, selepas solat hari raya, kami adik beradik akan menziarahi pusara ibu dan kemudian berkumpul untuk bermaaf-maafan. Masa tu juga kami saling membuat pengakuan apa yang kami buat sepanjang tahun. Kalau katakan kami ada menipu, kami berterus-terang yang kami menipu. Barulah pengertian kosong-kosong itu lebih bermakna.

"Tahun ni hari raya pertama, kedua dan ketiga kami beraya di Kuala Lumpur. Kemudian kami akan ke Sabah, beraya ke rumah kampung isteri adik saya", katanya.


2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote enchikfitz 15-7-2014 07:59 AM
Cari roti jala pun boleh jadi story :kill:
Quote revolusi_30 15-7-2014 08:19 AM
Masa mak hidup tau melantak je. Tak mau belajar buat.  Sekarang baru tahu kangen.  Rasain lo.  
Quote RatuDunia94 15-7-2014 08:42 AM
tu la x nak suruh isteri hang minta resepi dr mertuanya dulu!
Quote cikatilia 15-7-2014 08:44 AM
roti jala jual jrg sedap yek
baik buat sendiri

bertabahlah khir rahman
Quote juita 15-7-2014 09:05 AM
kalau jual tu bancuh ngan air je kot!! kalau buat sendri bancuh ngan susu + butter cair .....opkos laen rasa dia
Quote fellahumaira 15-7-2014 09:09 AM
xde citer lain ker bang khir..roti jala jah punn
Quote znuyul 15-7-2014 09:22 AM
xkan takde yang pandai wat???
Quote krukx 15-7-2014 09:24 AM
Roti jala rata2 orang pandai buat. cuma kuah kari tu nak dapat yg sedap payah
Quote aderaderker 15-7-2014 09:27 AM
Wartawan lebih suka tulis pasal roti jala...
Pasal kerjaya letak bawah2 pun xpe yer dak.
Asal ade..
Quote zacrin 15-7-2014 09:36 AM
memang kalo nak cari rasa sebijik sama xdapat la der
Quote jula7 15-7-2014 09:39 AM
tetiba aku nak makan roti jala plak bukak pose arini..
Quote annezghaff 15-7-2014 10:33 AM
roti jala pun bole laaa...btw..opkos airtangan ibu takkan sama dengan yang lain..alfatihah
Quote Yoongie 15-7-2014 10:45 AM
cerita roti jala pun roti jala la.. layannnn
Quote lazim 15-7-2014 10:51 AM
mana la nk jumpa masakan yg setanding ibu kita. walopon sebenarnya yg org bt tu jauh lagi sedap dr mak sendri bt tapi tetap rasa xsedap

kawan lazim dlu ske merungut makanan dining hostel xsdp macam mak dia masak, lazim fedap sampai cakap uols sila bawak mak uols letak kat dining kalau asyik2 merungut
Quote lazim 15-7-2014 10:56 AM
mana la nk jumpa masakan yg setanding ibu kita. walopon sebenarnya yg org bt tu jauh lagi sedap dr mak sendri bt tapi tetap rasa xsedap

kawan lazim dlu ske merungut makanan dining hostel xsdp macam mak dia masak, lazim fedap sampai cakap uols sila bawak mak uols letak kat dining kalau asyik2 merungut
Quote maxim 15-7-2014 10:57 AM
apa la lazim ni post dua kali pulak
Quote cemolot 15-7-2014 11:12 AM
Kemudian kami akan ke Sabah, beraya ke rumah kampung isteri adik saya



motip beraya umah isteri adik????


Quote mrs.Big 15-7-2014 11:15 AM
cemolot posted on 15-7-2014 11:12 AM
motip beraya umah isteri adik????

kaaaaannn...aii pon pelik...dh kehabisan tempat beraya ke....??
Quote iman_aly 15-7-2014 12:11 PM
buang masa aku je baca..

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.064062 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top