CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Bertudung Atau Tidak, Itu Bukan Masalah Besar - Hanie Soraya

17-7-2014 11:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 34503| Komen: 187

Description: Bertemu Pelantun Yang Semakin Popular Namanya Menerusi Lagu 'Hingga Hujung Dunia' Ini Di Majlis Pelancaran Album '15 Senandung Aidilfitri' Dan Majlis Berbuka Puasa Warner Music Baru-Baru Ini, Gadis Ya ...
Bertudung Atau Tidak, Itu Bukan Masalah Besar - Hanie Soraya


Penyanyi baru Hanie Soraya Kahar, 20, berharap peminat tidak keliru dengan penampilannya yang ada ketika bertudung dan tidak bertudung.

Bertemu pelantun yang semakin popular namanya menerusi lagu 'Hingga Hujung Dunia' ini di Majlis Pelancaran Album '15 Senandung Aidilfitri' dan Majlis Berbuka Puasa Warner Music baru-baru ini, gadis yang senang disapa sebagai Hanie ini mengakui sekiranya dia pulang ke Mesir dan menghadiri kuliah, dia akan bertudung. Tetapi jika dia pulang ke sini dan sebagai seorang penyanyi, dia akan tampil dengan imej tidak bertudung.


"Memang kalau saya di Mesir, saya bertudung dan ke kuliah. Sebenarnya pihak universiti tak menetapkan sama ada para pelajarnya wajib bertudung atau tidak. Itu adalah atas pilihan saya sendiri. InsyAllah moga nanti satu hari saya dibukakan hati untuk kekal bertudung.

"Saya rasa soal saya bertudung atau tidak, itu bukan satu masalah besar. Saya harap peminat tak keliru dan dapat menerima saya kerana bakat saya. Sekarang ni pun semakin ramai yang tahu lagu saya. Ia satu petanda baik untuk saya teruskan minat saya dalam bidang nyanyian

"Masa saya mula-mula dengar lagu saya di radio setelah saya pulang ke sini. Masa tu saya sangat teruja dan gembira", katanya sambil tersenyum.
Hanie yang pulang ke tanah air kerana bercuti sebenarnya merupakan pelajar tahun kedua jurusan kedoktoran Universiti Mensurah, Mesir.

Ditanya mengenai bagaimana dia membahagikan masa antara kerjaya nyanyiannya serentak dengan kini menyambung pelajaran di luar negara, kata Hanie, tidak dinafi ia satu tanggungjawab yang sangat berat untuk memastikan dia mendapat kejayaan pada kedua-kedua bidang yang diceburinya ini.

Namun Hanie yakin dia dapat membahagikan masa dengan baik dan dia lebih mengutamakan pelajaran.

"Saya nak berjaya dalam dua-dua bidang, doktor yang menyanyi, kenapa tidak? Kan. Saya rasa saya oleh bagikan masa dengan baik. Tapi apa pun saya akan tetap mendahulukan pelajaran. Saya berazam untuk menamatkan pelajaran saya", katanya yang mula melangkah kedunia seni selepas menghadir satu ujibakat yang dilakukan oleh penyanyi Faizal Tahir, kira-kira tiga tahun lalu.

Jelas Hanie lagi, menerusi ujiakat tersebut dia kemudiannya dilamar bernaung dibawah naungan syarikat penyanyi berkenaan iaitu, Faithful Music

"Sebenarnya penglibatan saya dalam dunia seni ini tidak pernah dirancang. Selepas tamat peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), saya hanya duduk di rumah dan ada banyak masa terluang.

"Ketika itu ibu saya memaksa saya untuk menghadiri satu uji bakat yang dilakukan oleh Faizal Tahir. Sebenarnya saya cukup berat untuk menghadiri sesi uji bakat itu. ?Namun rezeki saya apabila saya diterima menjadi penyanyi naungan syarikat beliau", ujarnya yang akan pulang semula ke Mesir selepas Hari Raya Haji nanti.

Suara Macam Amy Mastura

Jika sekali dengar lagu yang dinyanyikan oleh Hanie, suaranya ia tak ubah seperti suara penyanyi Amy Mastura. Mengulas mengenai perkara itu, Hanie berkata dia berasa berbesar hati jikalau suaranya di samakan dengan Amy.

"Saya ada dengar juga ramai yang berkata begitu. Bagi saya, saya berbesar hati sebab Amy Mastura antara penyanyi kegemaran saya dan saya memang membesar dengan lagu-lagu dia.

"Tapi saya juga berharap agar saya dapat dikenali dengan identiti saya sendiri", katanya yang juga memberitahu bakal merakamkan single terbbaru dalam masa terdekat ini.



Bagus
3

Marah
2

Terkejut
8

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 15-7-2014 07:57 AM
slalu gak dgr lagu tu kat radio..baru tau die yg nyanyi..ingatkan amy mastura
Quote enchikfitz 15-7-2014 07:58 AM
Kejap lagi benang ni mst dilahar oleh setazah2 cari. Kau tungguuuuu....

Aku x de masalah dia nak bertudung ke tak. Itu antara dia dgn Tuhan. Btw aku suka lagu dia. Terus mood jadi baik
Quote siputsedut 15-7-2014 08:04 AM
suara sebijik cam amy mastura..aku dah happy2 ingat amy mastura buat comeback..tp carik kat youtube takde plak..skali dengar DJ ckp hanie soraya...tp aku terdengar haniez soraya..ingatkan vlassy yang nyanyi tp tak mungkinla sbb vlassy tu sengau...

Quote espri6006 15-7-2014 08:18 AM
anis suraya
hanez suraya
hanie soraya
Quote zacrin 15-7-2014 08:20 AM
sape ni sape ni sape ni
Quote misoto 15-7-2014 08:23 AM
"Sebenarnya pihak universiti tak menetapkan sama ada para pelajarnya wajib bertudung atau tidak."

Ulas pasal universiti saja kah.Pasal tuntutan agama tak mau ulas.Oh sorry.. katanya bukan masalah besar.Next!!!
Quote khaira01 15-7-2014 08:25 AM
faizal tahir...
Quote ryshaNur 15-7-2014 08:27 AM
bakal doktor bimbo
Quote zila_hakimie 15-7-2014 08:28 AM
Nama dah knp close sgt dgn si pmbuat syampu...
Quote Santeira 15-7-2014 08:30 AM
oo dia rupanya nyanyi lagu ni. sedap gak.
Quote fellahumaira 15-7-2014 08:37 AM
suara ko mcm amy mastura dik..kopi paste sgt
Quote setankuning 15-7-2014 08:41 AM
bukan masalah besar yeeeee
ko tunggu satgi

ramai setazah sini
Quote RatuDunia94 15-7-2014 08:44 AM
bongkaknye statement!

next Ani Soraya...
Quote cikatilia 15-7-2014 08:46 AM
xnak bertudung ke nak pakai topi ke suka hati la
tp xyah la gebang2 no big deal bagai
senyap2 sudah
Quote znuyul 15-7-2014 09:00 AM
hurm..masing2 tanggung la dosa masing2..
Quote gechak 15-7-2014 09:14 AM
Siyes aku ingat Amy Mastura nyanyi lagu ni..Suweet gak..haha..Dia ni adik Baizura Kahar ke..giginya sangat menyerlah..haha
Quote achicha 15-7-2014 09:24 AM
Artis baru nak naik buat statement macam orang bodoh. Bukan masalah besar katanya.. haih laa..
Quote myakayina 15-7-2014 09:26 AM
aku memula dengar lagu ni ingat amy yg nyanyi.. bila dj announce nama dia aku ingat si pembuat syampoo yg nyanyi.. terkejut aku.. rupanya bukan..
Quote aechae 15-7-2014 09:30 AM
Bru 2nd year bleh la ko nk suka2 bleh bg msa...msuk 3rd year n so on da start buat clinical bagai, cuti ko pn pndek je nnt xda msa nk blk msia slalu....tp klu nxt year muka ko ada je byk terselit kt msia ni mgkin da quit la kot

Lihat semua komen(187)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.221878 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top