CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MH17 Adik Begitu Teruja Pulang Beraya Di Kampung

18-7-2014 11:05 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3034| Komen: 1

Description: Md Ali Yang Merupakan Anak Keenam Daripada Lapan Beradik Itu Sedang Melanjutkan Pelajaran Dan Menyiapkan Tesisnya Dalam Kajian Psikologi Peringkat Doktor Falsafah (Phd) Di Salah Sebuah Universiti Di A ...
Adik begitu teruja pulang beraya di kampung - Abang Mangsa 

SEPANG: Abang kepada seorang daripada penumpang pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Russia, semalam berkata adiknya, Md Ali Md Salim, 30, begitu teruja untuk pulang beraya di kampung mereka di Muar, Johor. 


Menurut Md Zaki, seminggu sebelum kejadian adiknya sempat berbual di laman sosial Facebook dan menyatakan hasrat untuk membeli seluar dan kasut untuk semua anggota keluarganya. 


"Dia sempat bertanya kepada kami meminta saiz seluar dan kasut untuk dibelinya," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini. 

Md Ali yang merupakan anak keenam daripada lapan beradik itu sedang melanjutkan pelajaran dan menyiapkan tesisnya dalam kajian psikologi peringkat Doktor Falsafah (PhD) di salah sebuah universiti di Armsterdam. 

"Setelah mendapat berita dari kakak, saya bergegas ke lapangan terbang ini dan pihak MAS sahkan adik saya adalah salah seorang penumpang pesawat itu," kata Md Zaki. 


Penerbangan MH17 yang membawa 295 penumpang dan anak kapal berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dan dijadual tiba di KLIA, Sepang pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pagi ini.



Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=817992&extra=&page=86

24

Bagus
23

Marah
11

Terkejut
26

Sedih
24

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (123 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote irwansuhadi 18-7-2014 11:18 AM
al-fatihah... ex student iium

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.040999 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top