CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Wanita Korea Berbaju Ayat Suci Al-Quran Disiasat

21-7-2014 12:26 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11135| Komen: 77

Description: Semalam, Pengguna Laman Sosial Facebook Berang Selepas Menyaksikan Gambar Wanita Itu Secara Selamba Memakai Baju Kaftan Bertulisan Al-Quran Ketika Sedang Membeli-Belah Di Sebuah Pasar Raya Di Ampang.


KUALA LUMPUR 20 Julai - Polis telah mengenal pasti wanita Korea yang gambarnya tersebar di laman-laman sosial semalam kerana memakai baju bertulis ayat suci al-Quran ketika membeli barangan di sebuah pasar raya di Ampang dekat sini.

Wanita itu kini sedang dikesan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 398 Kanun Keseksaan iaitu menghina agama bagi menimbulkan ketidakpuasan hati.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) melalui laman Twitternya berkata, tindakan lanjut terhadap wanita itu akan diambil tidak lama lagi.

"@PDRMsia dah mula siasat kes 'makcik' tu. Dia Korean, baru sampai sini, beli baju tu dari India. Biarlah kita siasat lebih lanjut, harap bersabar.

"Ada yang @PDRMsia dapat ambil tindakan segera, ada memerlukan masa untuk kita bertindak secara rasional. Kami akan laksanakan tanggungjawab kami," katanya dalam laman berkenaan.

Khalid juga menegaskan, polis akan menjalankan siasatan itu dengan telus dan menasihati orang ramai supaya bersabar.


"@PDRMsia tidak akan bias. Semua kesalahan akan disiasat tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kita semua perlu hormat kepada sistem undang-undang kita.

"@PDRMsia peka dengan apa yang berlaku. Insya Allah kita akan ambil tindakan mengikut undang-undang yang ada. Percayalah," ujarnya.

Semalam, pengguna laman sosial Facebook berang selepas menyaksikan gambar wanita itu secara selamba memakai baju kaftan bertulisan al-Quran ketika sedang membeli-belah di sebuah pasar raya di Ampang.

Malah, satu lagi gambar menyaksikan seorang lelaki menegur wanita terbabit setelah dia dikatakan tidak senang hati melihat perlakuan biadab itu yang jelas menghina umat Islam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi memberitahu, satu laporan polis sudah dibuat oleh pihak berkuasa selepas mendapat maklumat berhubung kejadian itu di laman sosial berkenaan.

"Bertindak atas perkara itu, polis kini sedang mengesan wanita berkenaan untuk mengetahui cerita sebenar. Dia dipercayai seorang pelancong yang baru datang memasuki negara ini.

"Oleh demikian, saya meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kerana polis kini sedang menjalankan siasatan tentang perkara itu," katanya.

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Babai 20-7-2014 05:42 AM
Mana budak2 yang so-called aktivis lain? Kecut ke?
Quote protonpersona 20-7-2014 05:46 AM
mana PERKASA???IBrahim Katak mana??

Mana geng2 senaman ponggong tu????
Quote AdsMsia 20-7-2014 05:48 AM
tred perkauman ni
bak kata beberapa forumer tuuuu

kalo kiki punya kisah buleh bikin viral
tapi bukan ini mcm punya kisah
Quote protonpersona 20-7-2014 05:50 AM
kalau jumpa kat aku....aku bakar je ahsoo nie Last edited by protonpersona on 20-7-2014 05:51 AM

Quote Babai 20-7-2014 05:50 AM
AdsMsia posted on 20-7-2014 05:48 AM
tred perkauman ni
bak kata beberapa forumer tuuuu

Benda melibatkan SAMSENG cine = Perkauman
Benda melibatkan SAMSENG melayu = Demi menegakkan keadilan
Quote termignoni 20-7-2014 05:52 AM

Quote secretservice 20-7-2014 05:53 AM
protonpersona posted on 20-7-2014 05:50 AM
kalau jumpa kat aku....aku bakar je ahsoo nie

ikutkan ape yg diberitahu di link fb tu...pemakai tu pelancong dari korea...die beli baju tu di india....takkan jakim nak kene pergi ke india pulak
Quote termignoni 20-7-2014 05:53 AM

Quote AdsMsia 20-7-2014 05:57 AM
Babai posted on 20-7-2014 05:50 AM
Benda melibatkan SAMSENG cine = Perkauman
Benda melibatkan SAMSENG melayu = Demi menegakkan keadi ...

only in CARI dot kom dot mai
Quote protonpersona 20-7-2014 05:58 AM
cahaya solehah la sangat



dah tahu gambar tu boleh mengundang kontroversi...yang ko mangkok bodo pegi tepek di facebook tu buat apa...ni salah sorang melayu islam yang bodo
Quote Babai 20-7-2014 06:01 AM
termignoni posted on 20-7-2014 05:53 AM

Yang kes betina cine babi LEMPANG penguatkuasa tu harap dah mula siasat.

Yang kes sekor lagi betina cine babi pencuri yang pukul2 pekerja pasaraya pun harap dah mula siasat.
Quote batmana 20-7-2014 06:06 AM
protonpersona posted on 20-7-2014 05:58 AM
cahaya solehah la sangat



Itulah

Patut orang cmgitu haramkan je dari menggunakan hp kamera.. Nyusahkan org ramai je.
Patutnya dia letak lah watermark ke penerangan ke.. Biar senang org nk tau. Ni tidak, senyap cmtu tunggu viral baru nk explain

Nak je aku bagi pelempang kt tukang amik gambar ni Last edited by batmana on 20-7-2014 06:08 AM

Quote LUNCH 20-7-2014 06:19 AM
protonpersona posted on 20-7-2014 05:50 AM
kalau jumpa kat aku....aku bakar je ahsoo nie

Sampai macam itewww sekali ke?
Quote theotherfriend 20-7-2014 06:25 AM
Attention seeker!
Quote mat_jenin 20-7-2014 06:29 AM
kalau cina boleh upload  yang mengundang kontroversi tak apa...bagi komen maki-maki , racist tak apa..hak mereka

tapi

apasal kalau yg berkaitan menghina melayu, melayu di buli ke, tak boleh pulak di upload...

apa nak tunjuk cina je yg mcm bagus, cina tak ada buli orang, nak tunjuk melayu je tak betul....yg pentingnya kerana di upload n disebarkan dapat perhatian polis...dan lagi cepat.....
Quote stripper_j 20-7-2014 06:32 AM
jawapn yg baik KPN....reply tweet yg cepat bgini membolehkan caci maki dikurangkan
Quote edee_91 20-7-2014 06:34 AM
mudah-mudahan dengan pakaian itu, ah so korean tu dapat hidayah peluk Islam.
Quote biosfree 20-7-2014 06:37 AM
Kafir harbi
Quote peYno 20-7-2014 06:38 AM
secretservice posted on 20-7-2014 05:53 AM
ikutkan ape yg diberitahu di link fb tu...pemakai tu pelancong dari korea...die beli baju tu di in ...

laa ingat cina sepet mesia... puak caprut ketuanan melayu baru nak asah parang ajak melayu bersatu demi ummah , mereka makin berani pijak kepala pelbagai

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.053935 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top