CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

PAS Belakangkan Raja-Raja

21-7-2014 01:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6178| Komen: 50

Description: "Sesiapa Pun Mengetahui Sultan Merupakan Ketua Agama Islam Dan Perbuatan Yang Mengundang Kemurkaan Baginda Apatah Lagi Dalam Isu Berkaitan Agama Jelas Tidak Boleh Diterima.
Bukti ada segelintir pemimpin Pas belakangkan raja-raja Melayu

Mohamed Nabi Bux

PULAU PINANG 17 Julai - Tindakan Ahli Parlimen Pas, Khalid Samad yang mengundang kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membuktikan wujud segelintir pemimpin parti itu yang membelakangkan institusi raja-raja Melayu.

Ahli Pas Cawangan Kampung Banjar, Gombak, Mohamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abd. Sathar berkata, perbuatan itu yang boleh disifatkan seolah-olah mengkhianati agama Islam dilakukan kerana terlalu taksub untuk bersahabat dengan DAP.


"Sesiapa pun mengetahui Sultan merupakan ketua agama Islam dan perbuatan yang mengundang kemurkaan baginda apatah lagi dalam isu berkaitan agama jelas tidak boleh diterima.

"Dalam keadaan ini, Khalid tidak boleh bertangguh-tangguh menghadap Sultan Selangor dan memohon maaf. Jika tidak, dia sewajarnya dibuang daerah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamed Nabi Bux yang juga calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini mengulas mengenai kemurkaan Sultan Selangor terhadap Khalid apabila menyifatkan tindakan mempersoal kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai perbuatan biadab selain penentangan terhadap baginda selaku ketua agama Islam negeri.

Dalam masa sama, beliau menyarankan Khalid bertaubat atau setidak-tidaknya memohon maaf kepada seluruh umat Islam jika benar mempunyai niat mahu mengizinkan penggunaan kalimah Allah dalam cetakan Bible versi bahasa Melayu.

Katanya, Khalid tidak mempunyai hak untuk memberi keizinan bagi penggunaan kalimah Allah tersebut kerana jelas tidak menghormati peranan dan tanggungjawab Sultan sebagai ketua agama Islam negeri.

"Kita kesal kerana terdapat pemimpin Pas yang seolah-olah mengiktiraf pemimpin DAP sebagai khalifah.
"Tanpa disedari, tindakan mereka itu memperlekeh agama Islam dan institusi Melayu termasuk raja-raja Melayu," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote robertocarbos 18-7-2014 10:31 AM
PAS ni cakap kemain memperjuangkan umat Islam,
Cepuk kang
Quote -electrifying- 18-7-2014 11:31 AM
bangga sgt dengan perjuangan pertahankan hak melayu dan raja2 melayu... islam xnak pulak beriya2 mcm tu. no offense.
Quote dauswq 18-7-2014 11:34 AM
sape mamat ni?
Quote Defcon2 18-7-2014 11:41 AM
Teringat krisis perlembagaan 1993. Umno mengkhianati Raja-Raja Melayu:

Ahli Parlimen dari Rompin, Pahang dilaporkan
memberi tempoh 30 hari kepada raja-raja bagi
memikirkan semula pendirian mereka berhubung
pindaan tersebut. Pergerakan Pemuda Umno pula
mahu Kerajaan Persekutuan berpendirian tegas
dan tidak berganjak daripada sebarang pindaan,
terutamanya prinsip kekebalan raja-raja, supaya
matlamatnya dapat dicapai..” (Berita Harian, 17
Januari 1993):

Malahan, pada ketika itu kakitangan dan pegawai
kerajaan termasuk Datuk Bandar Kuala Lumpur
tidak lagi boleh berurusan dengan Istana Negara
kecuali dengan kebenaran Perdana Menteri. Para
pegawai juga dibenarkan untuk menolak
undangan ke istana untuk menghadiri majlis
bersama raja-raja Melayu (Berita Harian, 25
Januari 1993):

Jelas Umno lebih membelakangkan Raja-Raja Melayu. Tapi pembuka thread pura-pura tak nampak kesalahan Umno.



Quote abbyhoney 18-7-2014 11:51 AM
dauswq posted on 18-7-2014 11:34 AM
sape mamat ni?

PAS Nafi Mohamed Nabi Bux Ahli Parti

GEORGETOWN: PAS sekali lagi menafikan calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Abd Sathar yang bertanding di Parlimen Bukit Gelugor bukan ahli parti itu.

Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar berkata, berdasarkan pemeriksaan rekod keahlian di Pejabat Agung PAS mendapati nama Mohamed Nabi tiada dalam senarai ahli parti.

"Saya bercakap berasaskan tiada rekod menunjukkan dia ahli PAS. Pemeriksaan telah dilakukan tapi keahliannya tiada dalam rekod di cawangan Kampung Banjar.

"Saya tak tahu mana dia dapat sijil keahlian itu. Kalau dia tetap dakwa sebagai ahli PAS tiada masalah," katanya ketika ditemui pemberita selepas ceramah di Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat di Jalan Bunga Raya, Gelugor, malam Khamis.

Jelas Mahfuz sekiranya Mohamed Nabi tetap menegaskan dirinya masih ahli PAS, perkara itu akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti kerana dia telah mengambil langkah bertentangan dengan pendirian parti.

"Jika dia tetap mendakwa dirinya ahli PAS, saya serah kepada jawatankuasa disiplin untuk menentukan kedudukan beliau.

"Kalau dia ahli PAS dia telah melanggar keputusan parti yang menyokong calon DAP, Ramkarpal Singh untuk bertanding di Parlimen Bukit Gelugor," katanya.





Quote dauswq 18-7-2014 11:54 AM
abbyhoney posted on 18-7-2014 11:51 AM
PAS Nafi Mohamed Nabi Bux Ahli Parti

GEORGETOWN: PAS sekali lagi menafikan calon B ...

itu sbb aku tanye, sape mamat ni?

kwn aku pun ahli PAS, bkn pemimpin tertinggi PAS
tp tak de pun diberi peluang komen mcm mamat ni buat
Quote cowey 18-7-2014 11:59 AM
Defcon2 posted on 18-7-2014 11:41 AM
Teringat krisis perlembagaan 1993. Umno mengkhianati Raja-Raja Melayu:

Ahli Parlimen dari Rompin ...

satu lagi..

anuar musa lantik sultan baru kat kelantan...



Quote highcastle 18-7-2014 11:59 AM
dauswq posted on 18-7-2014 11:54 AM
itu sbb aku tanye, sape mamat ni?

kwn aku pun ahli PAS, bkn pemimpin tertinggi PAS

Dia kan Nabi......
Quote abbyhoney 18-7-2014 12:04 PM
dauswq posted on 18-7-2014 11:54 AM
itu sbb aku tanye, sape mamat ni?

kwn aku pun ahli PAS, bkn pemimpin tertinggi PAS

tau tak pe..hehe.....dah lah bln puasa..
Quote Defcon2 18-7-2014 12:28 PM
Akughi...rentikan le usaha ko nak melaga2kan orang. Apa yang ko dapat? Kepuasan ke tengok orang makin benci membenci antara satu sama lain?

Berapa APCO bayar ko utk mengadu domba orang ni? Lumayan tak? Kalau setakat dapat kad top up sekeping dan tshirt BN sehelai aku rasa tak bebaloi. Takkan ko letak maruah ko hanya setakat sekeping kad top up dan sehelai tshirt BN?
Quote AwgSagi 18-7-2014 02:02 PM
Raja2 negeri2 selain berfungsi utk ucap titai kat Majlis, Potong riben, yg acaranya semua ready made. Mungkin apa nak dipakai pun tak perlu fikir.
Adakah ada, antara banyak tugas rasmi tu, RAJA2 ni juga perlu menggunakan ilmu & akalnya, malah perlu kreatif, inovatif dan kritikal utk memerah solusi memajukan negara yg sesuai.

Apa fungsi & pencapaian mereka selaku KETUA AGAMA ISLAM? Hari2 mendengar nasihat? Atau meronda in disguise utk witness sendiri kehidupan rakyatnya?

P/S: Adakah MURKA itu ikut skrip yg dibuat oleh geng2 yg paling awal murka lepas kena kondem. Raja murka sebab dinasihat utk murka... kot.
Quote kakasotong 18-7-2014 02:14 PM
Defcon2 posted on 18-7-2014 11:41 AM
Teringat krisis perlembagaan 1993. Umno mengkhianati Raja-Raja Melayu:

Ahli Parlimen dari Rompin ...

Sapa ahli parlimen rompin masa tu??? Datuk JJ kahhh???
Quote zacrin 18-7-2014 02:45 PM
media biol interview orang biol lepas tu macai biol pun percaya
Quote Maideen. 18-7-2014 02:49 PM
Apa komen Al Fadhil Ostad 'Salameleykom Mah" Sabu, Timbalan Presidin Parti Aslam Semalaya, PAS, tentang dakwaan ini?...
Quote namirulmukminin 18-7-2014 02:51 PM
TT dah cabot lari terkincit-kincit ka??

Moh aku seru... "wahai bro akughi... menjelma lah kau... menjelamalah kau... mnejelma lah kau..."
Quote namirulmukminin 18-7-2014 02:54 PM
abbyhoney posted on 18-7-2014 11:51 AM
PAS Nafi Mohamed Nabi Bux Ahli Parti

GEORGETOWN: PAS sekali lagi menafikan calon B ...

Nasib baik dia ngaku ahli PAS je... Buatnye dia ngaku "Nabi" ummah melayu... tak ke haru tu....
Quote slippergombak 18-7-2014 02:55 PM
dauswq posted on 18-7-2014 11:34 AM
sape mamat ni?

mamat nih dulu dok setinggan kg. banjar, gombak, yg sekarang kg. dia dah jadi kondo banjaria...... pernah joint pas kawasan tunjuk rajin buat itu ini kemain masa dekat PRU 12 dulu... tapi tiap kali pas buat aktiviti jer.. musti tiba2 UMNO datang buat gak.. walaupun berpakat diam2 pun.. bila sampai masa buat aktiviti, tiba2 UMNo pasti mencelah kat situ... mmg masa tuh naik pelik.. abis PRU, datang merintih2 nak pinjam duit along cari dia sampai tido dalam keta anak bini katanya... PAS kawsaan buat laa kutipan terbuka, dapat laa beberapa ribu dan bagi trus lesap.. bila dia muncul balik arituh, baru tahu dah sampai penang dah skarang.. dan dah tahu sampai hantu masa PRU dulu bagi pecah lobang.... sekian serba sedikit mamat nih di bulan puasa...
Last edited by slippergombak on 18-7-2014 02:57 PM

Quote maja07 18-7-2014 02:58 PM
Berdosa ke belakangkan raja-raja Melayu ni?
Quote bangcak 18-7-2014 03:33 PM
jais dah ada nape perlu ada mais ??

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.069140 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top